DEMONSTRASI aman telah diamalkan di Tanah Melayu sejak dari sebelum merdeka, semasa Melaya sehinggalah selepas pembentukan Malaysia. Berbagai pihak, parti-parti politik, NGO, sering mengadakan himpunan aman, tunjuk perasaan untuk menyatakan hasrat dan inspirasi mereka.
Tunjuk perasaan para pelajar, paling hebat di zaman almarhum Tunku Abdul Rahman dalam tahun 1970an. Tunjuk perasaan Baling di atas kemiskinan dan kejatuhan harga getah pada waktu itu. Parti-parti politik sentiasa membuat himpunan kecil atau besar untuk menyampaikan hasrat mereka kepada mana-mana pihak secara aman.
Secara umumnya, demonstrasi di Malaysia berlangsung dalam keadaan aman dan tenteram walaupun kadang kala ada sedikit kekecohan yang berakhir dengan pendakwaan di mahkamah.
Menjelang pilihan raya 2008, parti-parti politik dan NGO menjalankan usaha untuk menuntut pilihan raya yang adil dan bersih, kebebasan media serta ketelusan kakitangan kerajaan sehingga himpunan BERSIH di anjurkan pada 10 November 2007.
Himpunan yang begitu besar melibatkan pimpinan politik utama, Keadilan, DAP dan Pas bersama NGO menghantar memorandum kepada Seri Paduka Baginda Yang Di Pertuan Agong. Tuntutan Bersih yang di kemukakan berjalan dengan aman walaupun beberapa orang yang kemudiannya didakwa di mahkamah termasuklah saya sendiri.
Himpunan ini diikuti dengan himpunan Bersih 2, kemudian Himpunan Kebangkitan Rakyat (HKR), dan seterusnya Bersih 4. Himpunan rakyat untuk menuntut keadilan terutama kebersihan dalam pilihan raya bermula lebih awal. Tidak ada kena mengena dengan Arab Spring yang berlaku dalam tahun 2011.
Terlalu bodoh orang yang mengatakan himpunan Bersih meniru atau lanjutan daripada Arab Spring. Kita tetap komited dengan demokrasi dan pilihan raya untuk mengambil alih kuasa bukan dengan cara yang lain. Mereka yang mengatakan himpunan Bersih ala Arab Spring adalah suatu kebodohan dan berpura-pura serta suatu alasan yang diada-adakan oleh mereka yang tidak mahu menyertai himpunan Bersih 5 ini.
HARAPAN BARU
MOHAMAD BIN SABU
Presiden
Parti Amanah Negara
Media Statement
Fri Oct 14 2016
Menurut Mat Sabu, secara umumnya, demonstrasi di Malaysia berlangsung dalam keadaan aman dan tenteram walaupun kadang kala ada sedikit kekecohan yang berakhir dengan pendakwaan di mahkamah. - Gambar fail
Pau Marti puji Harimau Malaya berjaya menang lepas ketinggalan
Vicente mengakui, ia satu perlawanan yang mencabar, terutamanya dengan kecederaan yang dialami pemainnya.
Denmark buka semula kedutaan di Malaysia, perkukuh hubungan menjelang Kepengerusian ASEAN 2025
Kedutaan Denmark di Malaysia, yang ditutup pada 2021 semasa pandemik COVID-19, telah memulakan semula operasinya pada Ogos 2024.
Polis tahan 10 lelaki disyaki curi kabel TM
Kesemua suspek berusia 18 hingga 44 tahun itu ditahan bersama 54 batang potongan kabel yang berlabel Telekom, tiga kereta jenis Proton Wira dan beberapa peralatan pemotong kabel.
Pengarah FBI, Chris Wray akan letak jawatan pada akhir pentadbiran Biden, beri laluan pada pilihan Trump
Sebahagian pihak dalam FBI bimbang peletakan jawatan Wray itu akan membuatkan Trump menjadi terbiasa untuk sering menggantikan Pengarah FBI yang tidak disukainya.
Ahmad Samsuri letak jawatan Bendahari Agung PN
Tiada alasan dikemukakan Naib Presiden Pas itu berhubung keputusannya melepaskan jawatan berkenaan.
Arab Saudi sah tuan rumah Piala Dunia 2034 - FIFA
Sepanyol, Portugal dan Maghribi pula akan menjadi tuan rumah bersama untuk kejohanan bola sepak dunia itu pada 2030.
Kurang kesedaran punca ramai rakyat Malaysia menderita kerana COPD
Penyakit Pulmonari Obstruktif Kronik menimpa sebahagian besar populasi dunia dan merupakan punca kematian tertinggi di seluruh dunia dengan 3.23 juta kematian pada 2019.
Bangunan baharu MOM di Bukit Jalil diharap jadi motivasi tingkat prestasi atlet - Ahmad Zahid
Beliau berkata pembinaan bangunan baharu itu telah dipersetujui Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh, bagi pihak kerajaan.
Victor mohon maaf isu Jalur Gemilang terbalik di jersi Zii Jia
Victor Malaysia dalam kenyataan dimuat naik di akaun X, mengakui kesilapan dan kesal dengan insiden berkenaan.
Aaron-Wooi Yik Olimpian Tahunan 2024
Ia mengiktiraf pencapaian luar biasa mereka menyumbang pingat gangsa selepas menewaskan Kim Astrup-Anders Skaarup Rasmussen.
Kematian Morsi: Malaysia tunggu laporan teliti daripada Mesir - TPM
Malaysia terima kenyataan Pendakwa Raya Mesir, bagaimanapun bimbang dengan pelbagai laporan mengenai layanan yang diterima Morsi sebelum kematiannya.