Ladang kelapa sawit Bukit Tok Alang di sini, yang dipercayai menjadi tempat penyimpanan cecair merkuri yang mencemari beberapa rumah di kawasan itu pada Sabtu, akan dibersihkan.
Pegawai Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pulau Pinang M.Vijayan berkata maklumat mengenai lokasi penyimpanan merkuri itu diperoleh berdasarkan keterangan saksi dan pemeriksaan pihaknya di kawasan terbabit.
"Operasi membersihkan enam rumah yang dicemari cecair merkuri telah selesai kira-kira pukul 8 malam tadi dan bomba telah berjaya mengenal pasti kawasan penyimpanan bahan kimia itu.
"Kami akan menyambung kerja pembersihan di ladang berkenaan bermula 9 pagi esok. Setakat ini kita belum kenal pasti pemilik bahan kimia itu," katanya di sini malam tadi.
BACA: Pencemaran merkuri: Lima keluarga dirujuk ke hospital buat rawatan susulan
Katanya seramai 26 pegawai dan anggota bomba terlibat dalam operasi pembersihan bahan kimia itu pada Ahad, yang turut dibantu Pasukan Unit Bahan Berbahaya Bomba (Hazmat) dari Ibu Pejabat JBPM Putrajaya.
Menurut Vijayan operasi pembersihan nyah cemar yang dilakukan di enam rumah itu melibatkan prosedur dan bahan tertentu bagi memastikan ia selamat dihuni semula.
"Kami telah membersihkan rumah itu dengan menggunakan agen sulfur serta bahan peluntur.
"Selepas selesai kerja pembersihan kita akan serahkan rumah kepada penghuni untuk tindakan seterusnya, tapi ketika ini penghuni rumah masih di hospital kerana dalam pemerhatian Jabatan Kesihatan," katanya.
Beliau berkata punca kejadian penduduk terdedah kepada merkuri itu adalah disebabkan masyarakat tidak arif dan mengetahui tentang bahaya merkuri yang boleh menjejaskan fungsi otak.
Dalam kejadian petang Sabtu, seramai 15 penduduk di Jalan Padang Menora, Kampung Baru di sini dihantar ke hospital untuk pemeriksaan kerana dikhuatiri terdedah kepada cecair merkuri.
Penduduk berkenaan dilaporkan memberitahu bahan itu dibawa balik oleh anak mereka yang menjumpainya tidak jauh dari kawasan rumah mereka.
Bernama
Sun May 29 2016
Pada Khamis, pelajar SMK Guar Perahu Indah dekat Permatang Pauh terpaksa dikuarantin berikutan insiden tumpahan cecair merkuri dalam salah sebuah blok bangunan sekolah. - Gambar Astro AWANI
Tiga kilang perabot, kotak di Bandar Puncak Alam terbakar
Tiga premis dipercayai kilang perabot dan kotak di Taman Perindustrian Alam Jaya, Bandar Puncak Alam di Kuala Selangor dilaporkan terbakar malam ini.
Tumpuan Ahad – 15 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, pada Sabtu.
BN dan UMNO tetap rakan setia politik dengan PH
Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyatakan parti itu akan kekal setia sebagai rakan politik bersama Pakatan Harapan (PH) di dalam Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Jelas beliau, BN dan juga UMNO juga tidak akan termakan dengan ajakan serta pujukan daripada mana-mana pihak untuk meninggalkan gabungan sedia ada.
Saya dinasihatkan kekal sebagai MB Selangor - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan, termasuk merangka Rancangan Selangor Kedua yang dijangka siap pada 2026.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 14 Disember 2024.
10 Berita Pilihan - (14 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, hari ini.
Checkmate! remaja tewaskan juara bertahan dari China
Seorang remaja berusia 18 tahun dari India, Gukesh Dommaraju dinobatkan juara dunia catur termuda selepas menundukkan lawannya dari China yang juga juara bertahan, Ding Liren. Dommaraju menewaskan Liren dalam satu perlawanan dramatik yang berlansung di Singapura.
Saya dinasihat kekal sebagai MB sehingga akhir penggal - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan.
Dua kenderaan rosak ‘ditelan’ tanah runtuh
Dua buah kenderaan mengalami kerosakan akibat kejadian tanah runtuh susulan hujan lebat di Taman Lembah Maju, di sini pada Sabtu.
Tujuh individu sesat ketika daki Bukit Maras
Operasi pencarian melibatkan empat anggota Polis Diraja Malaysia dan 15 pegawai serta anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia.
Bomba kenal pasti 18 'hotspot' kepala air di Kelantan
Kesemua 'hotspot' berkenaan membabitkan kawasan rekreasi air terjun dan sungai termasuk Jeram Pasu dan Jeram Mengaji di Pasir Puteh yang sering menjadi lokasi tumpuan pelancong.
Tebing sungai runtuh, projek loji rawatan air tenggelam 19 meter
JBPM Selangor mengarahkan kerja-kerja pembinaan Projek Loji Rawatan Air berhampiran Taman Mas Puchong, dihentikan serta-merta susulan runtuhan tebing sungai, pada petang Sabtu.
Tanah jerlus Masjid India: ‘Takut bila ingat kejadian semalam’ - Peniaga
Pemilik kedai berhadapan lokasi insiden tanah jerlus di Jalan Masjid India, Al Amin Abdul Kassim memaklumkan bimbang dengan keselamatan.
25 individu terperangkap akibat kejadian kepala air
Seramai 25 individu terperangkap dalam kejadian kepala air di Sungai Pisang, Gombak, tengah hari Ahad.
Tiga kilang perabot di Sungai Buloh hangus terbakar
Tiga buah kilang perabot musnah dalam kebakaran berhampiran Kampung Baru Sungai Buloh, pada Ahad.
Kajang dilanda banjir kilat, seorang warga emas diselamatkan bomba
Tujuh anggota dan pegawai JBPM Selangor turut melaksanakan operasi menyelamat seorang warga emas berusia 86 tahun di Kg Sungai Kantan.
JBPM beri keutamaan naik taraf, selenggara BBP lama
JBPM akan memberi keutamaan menaik taraf serta menyelenggara kemudahan balai bomba dan penyelamat yang lama menerusi bajet inisiatif diterima.
JBPM sasar periksa 17,000 bangunan tahun ini - Nga
Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) menyasarkan untuk memeriksa sejumlah 17,000 bangunan daripada pelbagai kumpulan maksud kegunaan, pada tahun ini.