LABUAN: Sejumlah 12,000 anggota bomba di seluruh negara siap siaga bagi menghadapi musim monsun timur laut yang akan datang, dengan enam negeri dijangka mengalami banjir, kata Ketua Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Datuk Seri Mohammad Hamdan Wahid hari ini.
Beliau berkata jabatan itu telah meningkatkan keupayaan logistik dan tenaga kerjanya untuk bertindak balas dengan berkesan serta membantu orang ramai sekiranya berlaku bencana.
"Kami telah dimaklumkan oleh Jabatan Meteorologi mengenai monsun akhir tahun (monsun timur laut) yang bermula bulan depan.
"Enam negeri termasuk Sabah diramal mengalami cuaca buruk dan kemungkinan bencana banjir. Kami sudah bersedia dan jika keadaan bertambah buruk, kami akan mendapatkan bantuan dari negeri berhampiran," katanya kepada pemberita pada penganugerahan pingat jabatan dan perkhidmatan cemerlang di sini hari ini.
Mohammad Hamdan berkata enam negeri yang diberikan tumpuan ialah Kelantan, Terengganu, Pahang, Johor, Sabah dan Sarawak.
Beliau juga berkata sejak Januari lepas, jabatan itu telah menerima 115,000 panggilan kecemasan dari seluruh negara.
"Secara purata, kami menjawab kira-kira 400 panggilan kecemasan setiap hari dan kami tidak pernah menyangka bahawa semasa pandemik COVID-19, kami akan menerima jumlah panggilan kecemasan yang begitu tinggi berbanding tahun-tahun sebelumnya," katanya.
Mohammad Hamdan juga berkata kira-kira 1,300 anggota bomba di seluruh negara telah diuji positif COVID-19 yang kebanyakannya membabitkan jangkitan dalam komuniti.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Oct 10 2021
Sejumlah 12,000 anggota bomba di seluruh negara siap siaga bagi menghadapi musim monsun timur laut yang akan datang, dengan enam negeri dijangka mengalami banjir. - Gambar fail
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 20 April 2024.
10 Berita Pilihan - (20 April 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini
Tumpuan Ahad - 21 April 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Lebih 300 tahanan asing dihantar pulang
Kerajaan Chile menghantar pulang 53 pendatang asing atas pelbagai kesalahan sebagai sebahagian daripada program pengusiran dengan penerbangan khas oleh Tentera Udara Chile.
Seorang tentera Iraq terkorban, lapan lagi cedera
Seorang tentera Iraq terkorban manakala 11 yang lain cedera selepas Pangkalan Tentera di tengah Baghdad menjadi sasaran bom pada Jumaat malam.
Tujuh lemas bot terbalik di Odisha, India
Tujuh mangsa bot terbalik di Sungai Mahanadi, Odisha ditemukan pasukan penyelamat pada hari kedua misi mencari dan menyelamat.
Lelaki bakar diri di luar mahkamah meninggal dunia
Seorang lelaki yang bertindak membakar dirinya di luar mahkamah New York, Amerika Syarikat (AS) di mana perbicaraan bekas Presiden AS, Donald Trump, sedang berlangsung dilaporkan meninggal dunia.
Ketegangan selesai jika iktiraf Palestin sebagai negara
Ketegangan antara Israel dan Iran, serta konflik lain di rantau itu tidak akan diselesaikan melainkan pengiktirafan palestin sebagai sebuah negara.
Konflik Iran-Israel: Kerajaan utamakan keselamatan jemaah haji - Mohd Na'im
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Mohd Na'im Mokhtar menjelaskan, keselamatan dan kebajikan jemaah haji menjadi keutamaan kerajaan dan TH.
Pelajar perlu jelaskan status kesihatan sebelum sertai aktiviti sekolah - JPNS
Pengarah JPNS Datuk Dr Roslan Hussin berkata ibu bapa dan penjaga juga digesa memaklumkan status kesihatan anak mereka bagi memastikan segala maklumat berkaitan diambil maklum pihak sekolah sekali gus mengelakkan kejadian tidak diingini.
15 kedai, stesen minyak di Pekan Kota dilanda banjir kilat
Hujan lebat kira-kira jam 6 petang itu berlarutan sehingga satu jam menyebabkan limpahan air mencecah setengah meter.
14 rumah musnah dalam kebakaran di Nabawan
Pasukan bomba daripada BBP Sook, Keningau dikerah ke lokasi kejadian yang terletak 89km selepas menerima panggilan pada 9.16 pagi.
Bomba Perak bekukan 70 peratus cuti raya pegawai, anggota
Sayani berkata hanya 30 peratus daripada 1,270 pegawai dan anggota diberikan kelonggaran untuk bercuti sempena perayaan itu.
Cuaca panas: Lebih 500 kebakaran direkodkan dalam tempoh tiga bulan - Bomba Kelantan
Peningkatan lebih 50 peratus itu agak membimbangkan dan dikenal pasti susulan cuaca panas serta kemarau yang melanda kira-kira dua bulan lepas.
Kanak-kanak lelaki warga Thailand ditemukan lemas di Sungai Golok
Bomba menerima panggilan kecemasan memaklumkan mangsa yang beralamat di Kampung Ibrahim Pencen, Rantau Panjang telah hilang di sungai itu.
Kilang pengeluar sarung tangan terbesar musnah dalam kebakaran
Pusat Gerakan Operasi JBPM Kedah menerima panggilan kecemasan melalui talian MERS 999 berlaku kebakaran besar pada jam 10.27 malam.
Malaysia rekod peningkatan drastik kebakaran terbuka dua bulan pertama 2024 - Nga
Negara merekodkan peningkatan kes kebakaran terbuka yang sangat drastik dalam tempoh dua bulan pertama tahun ini.
Deretan kedai musnah terbakar dekat R&R Jalan Sungkai
Kebakaran melibatkan kedai kelas B berukuran 60 kaki x 40 kaki yang terbakar sebanyak 90 peratus daripada isi bangunan.
Bapa, anak perempuan maut dalam nahas di Keningau
Mangsa dikenali sebagai Masino Gelong, 45, dan Claeryina Mecthildis Masino, 4.
Lelaki rentung dalam kebakaran kereta terbabas
Bomba dapati sebuah kereta jenis Perodua Myvi marak terbakar di lokasi kejadian membabitkan kemusnahan 80 peratus.