Bot karam di Sabak Bernam: Najib ucap takziah

Bernama
September 4, 2015 02:18 MYT
Najib menyampaikan ucapan takziah kepada keluarga mangsa yang terlibat dalam kejadian bot karam di Sabak Bernam pada pagi Khamis. - Gambar Fail
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menyampaikan ucapan takziah kepada keluarga mangsa yang terlibat dalam kejadian bot karam di Sabak Bernam, pagi semalam.
"Kejadian bot karam di Sabak Bernam menyedihkan. Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) akan terus cari dan menyelamat. Al-Fatihah dan takziah kepada keluarga penumpang yang terkorban," catat Najib dalam laman Twitternya, hari ini.

Kejadian bot karam di Sabak Bernam menyedihkan. APMM akan terus cari & menyelamat. Al-Fatihah & takziah kpd keluarga penumpang yg terkorban

— Mohd Najib Tun Razak (@NajibRazak) September 4, 2015
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Setakat semalam, mayat 13 wanita dan dua lelaki ditemui manakala 19 lagi termasuk seorang wanita terselamat selepas bot yang membawa kira-kira 70 penumpang karam di perairan Selangor pada pagi Khamis.
Bot sepanjang 12.192 meter itu karam ketika dalam perjalanan dari Kuala Sungai Bernam menuju Tanjong Balai, Indonesia.
Insiden berlaku pada kedudukan sembilan batu nautika di barat daya Tanjong Sauh.
#Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia #Najib Razak #Sabak Bernam #Twitter