Seramai 20 orang awak-awak dan tekong sebuah bot nelayan diselamatkan selepas bot mereka terbakar di perairan Pangkor Laut, dekat sini pada Khamis.

Mereka diselamatkan oleh rakan-rakan yang berada di dalam sebuah bot berasingan berhampiran lokasi kejadian.

Menurut jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Negeri Perak, pihaknya menerima panggilan mengenai kejadian itu pada 7.09 pagi.

“Kebakaran melibatkan sebuah bot nelayan jenis tangkapan ikan bilis yang sedang terbakar 30 peratus,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Foto JBPM Perak

Katanya, komander operasi telah membuat ‘size up’ dan mengarahkan anggota memakai peralatan perlindungan diri (PPE) lengkap, termasuk peranti pengapungan peribadi (PFD), untuk kerja-kerja pemadaman.

“Kebakaran memusnahkan 80 peratus bot tersebut tetapi tidak melibatkan mangsa,” ujarnya.

Operasi yang turut dibantu anggota Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia itu tamat jam 10.15 pagi.