Kerajaan mengumumkan pemberian Bantuan Rakyat 1Malaysia, (BR1M) perlu diteruskan bagi meringankan beban golongan berpendapatan rendah.

Jelas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, pengagihan lebih banyak bantuan boleh dilakukan jika kerajaan terus mendapat mandat daripada rakyat.

Tambah Najib, pelaksanaan pelbagai program transformasi ekonomi, bukan sahaja meningkatkan pertumbuhan ekonomi, malah terbukti turut menambah pendapatan negara.

Menerusi BR1M dan BR1M 2.0 sebelum ini, penerima berpendapatan di bawah RM3,000 sebulan layak mendapat bantuan RM500.

Manakala bagi golongan bujang berpendapatan RM2000 sebulan dan ke bawah, layak mendapat bantuan RM250.

Beliau berkata demikian pada Majlis Sambutan Tahun Baru Cina peringkat Johor di Kulaijaya yang dihadiri seramai 10,000 masyarakat dari pelbagai kaum.

Turut hadir sama adalah Menteri Besar , Datuk Abdul Ghani Othman dan isteri serta Presiden MCA, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek.