KUALA LUMPUR: Gara-gara mengalami masalah brek, enam buah kenderaan dirempuh sebuah lori dalam kejadian berhampiran Kondominium Pantai Hill Park, Jalan Kerinchi di sini pada Isnin.
Kejadian tersebut sebelum itu yang dirakam penduduk berhampiran menjadi tular di Facebook.
Ketua Jabatan Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Sarifudin Mohd Salleh berkata, pihaknya menjalankan siasatan selepas menerima video tular berkaitan kejadian kira-kira jam 4.20 petang.
"Siasatan mendapati kemalangan kira-kira jam 1.30 petang itu berlaku semasa sebuah lori yang membawa muatan tanah dari arah tapak pembinaan berhampiran Kondominium Pantai Hill Park.
"Ketika melalui Jalan Kerinchi berhampiran lampu isyarat pejalan kaki, sistem brek lori berkenaan dipercayai gagal berfungsi lalu melanggar kenderaan yang sedang diparkir di bahu kiri jalan," katanya dalam kenyataan pada Selasa.
Katanya, pelanggaran itu mengakibatkan kenderaan terbabit menggelongsor serta melanggar kenderaan lain.
"Siasatan turut mendapati lori tersebut juga telah melanggar tiga kenderaan lain yang sedang berhenti di lampu isyarat.
"Bagaimanapun, semua pemandu kenderaan terlibat tidak mengalami sebarang kecederaan," katanya.
Menurutnya, pemandu lori berusia 49 tahun itu ditahan selepas kejadian dan menjalani ujian pernafasan alkohol (EBA).
"Hasil dari ujian mendapati pemandu tidak berada di bawah pengaruh alkohol dan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Dang Wangi untuk ujian saringan air kencing dan keputusannya negatif," katanya.
Tambahnya, siasatan dijalankan di bawah Seksyen 43 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
"Orang ramai yang mempunyai sebarang pertanyaan atau pun maklumat boleh menghubungi Balai Polis Trafik Jalan Tun H.S Lee di talian 03-2071 9999.
"Selain itu, orang ramai turut boleh menghubungi Hotline JSPT Kuala Lumpur di talian 03-20260267/69 atau mana- mana balai polis berhampiran," katanya.
Pada Isnin, tular sebuah video di Facebook memaparkan sebuah lori membawa muatan tanah merempuh enam kenderaan dalam kejadian di berhampiran Kondominium Pantai Hill Park, Jalan Kerinchi di sini pada Isnin.
*Berita asal di Sinar Harian
Sinar Harian
Tue Jan 25 2022
Sebuah lori merempuh enam kenderaan dalam kejadian berhampiran Kondominium Pantai Hill Park, Jalan Kerinchi pada Isnin. -Foto Sinar Harian
Pengembara dari dan ke Singapura bawa lebih S$20,000 perlu lakukan pengisytiharan
Pengisytiharan menggunakan kertas pada masa ini akan dihentikan pada 13 Mei ini.
GiatMARA Bagan Datuk dinaik taraf sebagai Malaysia-China Institute
Pada peringkat awal, pusat itu akan melatih 2,000 tenaga TVET yang mendapat tajaan latihan ke negara berkenaan.
PM tiba di Kota Kinabalu untuk lawatan sehari
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim tiba di Kota Kinabalu malam tadi untuk lawatan kerja sehari ke Sabah.
Bayaran yuran latihan e-sukan layak nikmati pelepasan cukai mulai tahun depan - Hannah
Perbelanjaan yuran keahlian gimnasium, mengikuti latihan atau kelas e-sukan, ekuestrian, renang, sukan bermotor dan taekwondo layak untuk menikmati pelepasan cukai sehingga RM1,000 mulai tahun depan.
PM Anwar beri sumbangan kepada Nur Khayla Azzahra
Sumbangan berkenaan disampaikan Setiausaha Politik beliau Farhan Fauzi yang mewakilinya bertemu Nur Khayla Azzahra dan keluarganya.
Fasa pertama Litar Pasir Gudang dijangka siap dalam tempoh tiga tahun - Tunku Abdul Rahman
Tunku Panglima Johor Tunku Abdul Rahman Sultan Ibrahim menjangkakan fasa pertama 'Johor Circuit' di Litar Pasir Gudang siap dalam tempoh dua hingga tiga tahun.
MYStartup lancar program pemecut ketiga perkasa syarikat pemula niaga
MYStartup terus memperkasa syarikat pemula niaga di Malaysia dengan memulakan program pemecut ketiganya MYStartup Accelerator Kohort 3.
Perdagangan Malaysia meningkat 7.1% tahun ke tahun kepada RM690.59 bilion - MITI
Perdagangan Malaysia bagi Januari hingga Mac 2024 mengekalkan trend peningkatan, merekodkan pertumbuhan 7.1 peratus tahun ke tahun kepada RM690.59 bilion, dengan lebihan dagangan RM34.22 bilion.
Keselamatan makanan, perubahan iklim agenda utama Malaysia selaku Pengerusi ASEAN
Memperkukuh keselamatan makanan serantau dan menangani cabaran mendesak perubahan iklim adalah antara agenda utama yang akan diketengahkan Malaysia apabila memegang tampuk Pengerusi ASEAN.
Freedom Flotilla to Gaza: 'Konflik Israel-Iran bukan urusan kami' - FFC
Misi Break the Siege of Gaza Freedom Flotilla tetap akan diteruskan sekiranya konflik di antara Israel dan Iran terus meningkat.
Kemalangan maut Pokok Sena: Polis selesai ambil keterangan pemandu lori tanah
Beliau berkata, siasatan dilakukan mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.
Dua wanita maut, kereta dirempuh lori tanah
Mangsa yang meninggal dunia telah diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut dan dibawa ke Jabatan Forensik Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) Alor Setar.
Pemandu lori tanah putus dua kaki dalam nahas empat kenderaan
Seorang lelaki putus kedua-dua belah kaki selepas lori muatan tanah dipandunya melanggar belakang sebuah treler tanpa muatan dan sebuah kereta sebelum terbalik di Jalan Pintasan Kuantan di Semambu.
Cuba kaut keuntungan berganda, KPDN tumpas sindiket seleweng diesel bersubsidi guna lori tanah
Kejayaan itu hasil serbuan di sebuah stor simpanan di kawasan penyelenggaraan dan pembinaan Jalan Batu 20, Trong, petang Khamis.
Pekerja kilang maut motosikal rempuh lori
Mangsa disahkan meninggal dunia akibat kecederaan parah di badan dan kepala.
Brek rosak, lori tanah rempuh enam kenderaan
Kejadian tersebut sebelum itu yang dirakam penduduk berhampiran menjadi tular di Facebook.
Warga emas maut digilis lori tanah di lampu isyarat
Siasatan awal mendapati kemalangan berpunca apabila mangsa dipercayai telah melanggar lampu isyarat merah.
Lorong arah utara GCE ditutup susulan tumpahan minyak sawit
Susulan penutupan itu, laluan kontra telah diaktifkan untuk membantu melancarkan aliran trafik.
Seorang maut, 3 parah pacuan empat roda dirempuh lori tanah
Seorang pekerja kebun warga Bangladesh maut manakala tiga rakannya parah selepas pacuan empat roda mereka dirempuh sebuah lori tanah di Simpang Tiga Gajah Putih dekat Jenerik, di sini, pada Ahad.