Pembayaran Bantuan Rakyat 1Malaysa (BR1M) 2.0 akan dapat diselesaikan dalam tempoh sebulan iaitu pada Februari dengan kaedah penyampaian dilakukan mengikut kawasan parlimen, kata Timbalan Menteri Kewangan Datuk Dr Awang Adek Hussin.
Beliau berkata kementerian akan memastikan setiap rakyat Malaysia yang layak menerima bantuan tersebut memperolehnya dalam tempoh itu.
"Bagi penerima yang uzur terlantar sakit atau disebabkan usia lanjut, mereka boleh menghantar wakil atau pihak Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) di kawasan masing-masing untuk menyampaikan bantuan itu kepada mereka," katanya kepada pemberita selepas berucap pada majlis kursus jentera pilihan raya yang dihadiri 300 peserta di sini hari ini.
Awang Adek berkata bantuan BR1M 2.0 yang melibatkan peruntukan RM3 bilion itu dijangka memberi manfaat kepada 4.3 juta isi rumah dan 2.7 juta individu bujang.
Katanya pembayaran itu akan dilakukan dalam bentuk baucar yang boleh ditunaikan di bank.
"Kesemua rakyat Malaysia yang layak tanpa mengira agama dan fahaman politik berhak menerimanya," katanya yang juga Ketua Umno Bahagian Bachok.
Bernama
Fri Jan 18 2013
Wanita cedera diragut ketika tunggang motosikal ke tempat kerja
Mangsa dilapor alami kerugian kira-kira RM3,000 selepas kehilangan beg yang berisi telefon bimbit jenis iPhone 14, dokumen peribadi dan wang tunai RM114.
"OIC dah tak bermakna, tak berguna dalam meredakan ketegangan"
Pandangan dikongsi Prof Dr Salawati Mat Basir, Pakar undang-undang antarabangsa, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).
Perkembangan konflik Iran-Israel
Bagi perinciannya kita bersama Prof. Dr. Mohd Roslan Mohd Nor, Ketua Jabatan Sejarah dan Tamdun Islam, Universiti Malaya, UM.
Program Madani Rakyat Zon Utara di Tapak Pesta Sungai Nibong 3-5 Mei
Program MADANI Rakyat 2024 Zon Utara akan diadakan di Tapak Pesta Sungai Nibong, Pulau Pinang selama tiga hari bermula 3 Mei ini.
Malaysia kecewa AS veto, halang PBB iktiraf negara Palestin
Pelaksanaan veto ke atas perkara penting dan signifikan itu telah menimbulkan persoalan terhadap keinginan sebenar Ahli UNSC.
[TERKINI] Israel Serang Iran, Isfahan dibedil 3 letupan
Perkembangan konflik Iran-Israel
Bagi perinciannya kita bersama Ahli Kumpulan bagi Pertubuhan Perundingan Undang-undang Asia Afrika (AALCO), Profesor Datuk Dr Rahmat Mohamad.
[TERKINI] Malaysia zahir kebimbangan dengan kegagalan Majlis PBB mengiktiraf Palestin
Malaysia bimbang dan berasa amat kecewa susulan penggunaan veto di Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNSC) untuk menghalang kemasukan Palestin sebagai Anggota Penuh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada 18 April 2024, walaupun terdapat sokongan daripada sebahagian besar Negara-Negara Anggota PBB.
Konsert Aina Abdul penanda aras baharu MPO - Konduktor
Kehebatan vokal penyanyi bersuara lunak dan lantang, Aina Abdul dalam menyanyikan lagu berentak genre balada sehingga mampu membuai emosi pendengar, sememangnya tidak dapat disangkalkan lagi.
Israel mungkin akan serang negara lain berdekatan Iran - Pakar
Pandangan dikongsi Prof Dr Salawati Mat Basir, Pakar undang-undang antarabangsa, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).
Pendaftaran BRIM 2.0 ditutup 15 Mac
Kerajaan memutuskan bahawa pendaftaran Bantuan Rakyat 1Malaysia 2.0 (BRIM 2.0) ditutup pada 15 Mac 2013.
BRIM 2.0 akan selesai dibayar Februari
Pembayaran Bantuan Rakyat 1Malaysa (BR1M) 2.0 akan dapat diselesaikan dalam tempoh sebulan iaitu pada Februari dengan kaedah penyampaian dilakukan mengikut kawasan parlimen.