PETALING JAYA: Bank Simpanan Nasional (BSN) terus menawarkan peluang memenangi pelbagai ganjaran lumayan setiap bulan termasuklah RM1 juta kepada pemenang Cabutan BSN Sijil Simpanan Premium (BSN SSP).

Ketua Pegawai Perniagaannya, Mujibburrahman Abd Rashid berkata, inisiatif yang dilaksanakan ini adalah untuk membina asas kewangan yang kukuh sekali gus memberi galakkan kepada orang ramai  terus menabung dan menyimpan dalam BSN SSP.

“Mudah sahaja nak menyimpan dalam BSN SSP. Hanya simpan serendah RM10, anda berpeluang untuk memenangi pelbagai hadiah menarik. Untuk layak memenangi RM1 juta pula, simpanan minimum RM3,000 diperlukan.

“Masih sempat lagi untuk anda di luar sana menyimpan dalam BSN SSP dan berpeluang bergelar jutawan. Selain hadiah RM1 juta setiap bulan, kami juga bawa kembali kereta mewah BMW, baucar percutian domestik bernilai RM5,000, kereta Perodua Myvi, barangan mewah dan pelbagai hadiah menarik yang lain,” katanya kepada Astro AWANI baru-baru ini.

Ketika acara cabutan nombor benih untuk BSN SSP SSP.

Mengulas lanjut, Mujibburrahman menambah: “Untuk bulan ini BSN SSP akan diadakan di Kuantan Parade, Pahang pada 26 September hingga 1 Oktober depan. Anda dijemput hadir untuk menyaksikan proses cabutan yang akan melahirkan jutawan seterusnya.” 

Setakat Ogos 2022, BSN telah melahirkan 79 jutawan dan terbaharu dimenangi oleh penyimpan berusia 73 tahun dari Melaka.

Manakala, sehingga Julai 2022, BSN SSP terus mendapat sambutan menggalakkan daripada orang ramai dengan jumlah simpanan dicatatkan sebanyak RM4.8 bilion.

BSN SSP | Tawar hingga RM 1 juta ganjaran untuk dimenangi

*Artikel ini adalah kandungan berbayar