KOTA BHARU: Kanak-kanak berusia empat tahun yang dilapor tertelan dadah jenis methamphetamine kini mulai sedar dan keadaannya bertambah baik.
Menurut ibu kepada kanak-kanak itu, kaki dan tangan anak bongsunya sudah mula bergerak dan dia telah membuka mata.
"Nampak lainlah sikit, nampak boleh buka mata dan gerakkan kaki.
"Dia juga sudah mula sedar, makan dan minum semuanya sudah," katanya.
Tambah wanita itu, keadaan anaknya nampak bertambah baik dengan pemantauan rapi doktor di unit rawatan rapi wad kanak-kanak Hospital Raja Perempuan Zainab II, di sini.
Malam tadi, wanita itu memberitahu kaki anaknya mulai bergerak manakala air mata turut mengalir.
Dia ditemui selepas menerima sumbangan daripada Ketua Srikandi Bersatu Kelantan, Lina Aina Zakaria di sini, malam tadi.
Lina Aina turut menyampaikan sumbangan daripada Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang) Datuk Mas Emiryati Samsuddin yang prihatin dengan nasib malang keluarga berkenaan.
Pada masa sama, jelasnya, kerajaan perlu melihat kepada hukuman tambahan yang lebih berat ke atas pelaku yang sengaja menyebabkan kanak-kanak terdedah dengan kesakitan dan bahaya seperti yang dialami kanak-kanak berkenaan.
Kata Lina Aina lagi, daripada rekod yang diperoleh, 20 hingga 30 peratus kes penyalahgunaan dadah menggunakan helah membawa kanak-kanak bagi mengaburi mata pihak berkuasa, termasuk untuk aktiviti jual beli dadah dan penagihan di sarang penagihan.
Muhafandi Muhamad
Wed Jun 22 2022
Menurut ibu kepada kanak-kanak itu, kaki dan tangan anak bongsunya sudah mula bergerak dan dia telah membuka mata. -Astro AWANI
Norjuma didakwa atas lima tuduhan cedera, khianat
Bekas personaliti televisyen Norjuma Habib Mohamed didakwa atas tiga pertuduhan menyebabkan kecederaan ke atas tiga individu dan dua pertuduhan melakukan khianat.
Pegawai kanan polis lindungi sindiket haram diarah isytihar harta - Azam Baki
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah memberikan notis pengisytiharan harta, dengan tarikh akhir pada 28 April ini, kepada pegawai kanan polis yang ditahan kerana disyaki melindungi sind
Malaysia, Jepun perkukuh kerjasama strategik dalam sektor binaan - Nanta
Kerajaan Malaysia dan Jepun memperkukuhkan kerjasama strategik dalam sektor teknologi dan digitalisasi pembinaan, infrastruktur jalan, pengurusan bencana dan cerun.
Bangkai, serpihan helikopter terhempas dibawa keluar dari lokasi nahas
Operasi membawa keluar bangkai dan serpihan pesawat HOM (M503-3) dan Fennec (M502-6) itu dimulakan pada jam 9 pagi pada Khamis dan selesai sekitar jam 4.30 petang tadi.
MOT cadang perkenal perkhidmatan komuter sokong RTS Link
Kementerian Pengangkutan bercadang memperkenalkan perkhidmatan komuter bagi menyokong projek RTS Link yang akan beroperasi sepenuhnya pada 1 Jan 2027.
Niaga AWANI: Meta turunkan jangkaan untuk hasil suku kedua
Meta meramalkan pendapatan suku kedua mungkin berada di bawah jangkaan pasaran, menandakan kemungkinan semakan mengenai teknologi AI baharu yang boleh meningkatkan perniagaan syarikat.
#NiagaAWANI
#NiagaAWANI
Niaga AWANI: Dunia siber yang selamat perlu input wanita - Nurul Izzah
Nurul Izzah berkata, sasaran dunia siber yang lebih selamat memerlukan input daripada wanita untuk memahami cara bagi membolehkan ekosistem selamat diwujudkan.
#NiagaAWANI
#NiagaAWANI
Niaga AWANI: Chongqing percepat usaha jadi hab utama barat daya China
Hab logistik di Chongqing memainkan peranan penting dalam membina zon ekonomi Chengdu-Chongqing, dan mewujudkan kawasan hab kawasan pedalaman yang terkemuka.
#NiagaAWANI
#NiagaAWANI
Niaga AWANI: MRANTI pertingkat kerjasama bidang teknologi, inovasi
Antara lima bidang utama kerjasama tersebut meliputi pertukaran kakitangan dan perkongsian pengalaman pembangunan.
#NiagaAWANI
#NiagaAWANI
Nahas helikopter Lumut: Mendiang Joanna Felicia disemadi dengan istiadat ketenteraan
Keranda mendiang Joanna Felicia diturunkan sekitar jam 11.20 pagi selepas upacara keagamaan berakhir, diikuti kawad hormat bersenjata disempurnakan oleh 12 pegawai dan anggota TLDM yang berpangkalan di Kuching.
Cakna media sosial: Anak-anak perlu pendedahan awal pendidikan digital
Kanak-kanak perlu diberikan pendedahan awal kepada pendidikan digital bagi memastikan mereka cakna mengenai kebaikan dan keburukannya.
Kanak-kanak perempuan 8 tahun cedera dipercayai jadi mangsa buli anak jiran
Polis mengesahkan menerima laporan kejadian kanak-kanak berusia lapan tahun, dipercayai menjadi mangsa buli anak jiran di Hulu Langat, di sini baru-baru ini.
PM hulur sumbangan tampung kos perubatan adik Tasnim
Perdana Menteri menyerahkan sumbangan bagi menampung kos perubatan adik Tasnim Al-Ulya Amali Mohammad Raji yang hilang upaya kekal.
Instagram tapis imej lucah dalam DM yang diterima pengguna bawah umur
Jika ia didapati konsisten dengan imej lucah, secara lalai ia akan dikaburkan dengan label mengatakan ia mungkin mengandungi kandungan yang tidak ingin dilihat pengguna.
Golongan muda alami rabun tua sebelum usia
Rabun tua atau presbiopia (presbyopia) sering dialami individu yang berusia 40 tahun, namun kini masalah berkenaan juga 'menghantui' golongan lebih muda.
Program pembangunan bakat di institusi kebajikan perlu dihidupkan semula - Nancy
Program Pembangunan Bakat terutama melibatkan kanak-kanak di institusi Jabatan Kebajikan Masyarakat perlu dihidupkan semula.
Kanak-kanak ganggu jemaah di masjid: Apa hukum, tanggungjawab kita?
Didiklah anak-anak untuk mencintai masjid namun perlu mengawal mereka agar tidak mengganggu jemaah lain.
Masjid Kapitan Keling tawar hadiah kepada kanak-kanak solat tarawih
Antara hadiahnya nanti mungkin berupa peralatan permainan seperti kereta kawalan jauh, atau basikal, yang ditaja beberapa pihak.
Parental Control Tools bantu ibu bapa pantau kandungan dalam talian- Fahmi
MCMC bekerjasama dengan lima penyedia perkhidmatan telekomunikasi dalam menyediakan perkhidmatan perisian Parental Control Tools.
Hampir 31,000 rakyat Palestin terbunuh pada hari ke-156 serangan Israel ke atas Gaza
Lebih 30,960 rakyat Palestin terbunuh, kebanyakannya kanak-kanak dan wanita dalam serangan berterusan Israel di Semenanjung Gaza yang telah memasuki hari ke-156, kata pihak berkuasa kesihatan di wilay