KUALA LUMPUR: Langkah 'mengurung' rakyat tidak lagi dilihat sesuai ketika ini, malah ia dikhuatiri mendatangkan lebih banyak implikasi termasuk kesihatan mental, demikian kata perdana menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.
Jelas Ismail Sabri, ia sekali gus memberi keutamaan kepada kerajaan untuk membuka semula sektor ekonomi.
Menurut beliau, pembukaan ekonomi bukan sahaja dapat membantu mempercepatkan pemulihan ekonomi, malah memberi peluang dan ruang untuk rakyat memperbaiki hidup.
Beliau berkata demikian ketika menjawab pertanyaan Datuk Mohd Salim Sharif (Jempol) yang meminta Perdana Menteri menyatakan kewajaran pembukaan semula 11 sektor ekonomi di negeri-negeri Fasa 1 Pelan Pemulihan Negara (PPN) di kala kes harian baharu masih mencatatkan angka yang membimbangkan.
"Kerajaan telah mempertimbangkan pembukaan sektor tertentu sebagai salah satu cara untuk memulihkan kembali ekonomi negara.
"Pembukaan semula 11 sektor ekonomi di negeri-negeri Fasa 1 PPN adalah wajar berikutan peratusan penerima vaksinasi yang tinggi.
"Malah, keputusan ini dibuat dengan mengambil kira data penilaian risiko yang dijalankan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP).
"Selain itu, sektor-sektor ini dibuka dengan SOP yang ketat termasuk hanya membenarkan pelanggan yang telah divaksinasi lengkap sahaja untuk masuk membuat urus niaga atau mendapatkan perkhidmatan," katanya di Dewan Rakyat, di sini, pada Selasa.
*Ikuti semua kandungan ini di laman mikro Sisi TV Parlimen serta di semua platform media sosial Astro AWANI sepanjang sidang Parlimen ini berlangsung.
Hasimi Muhamad
Tue Sep 14 2021
ISMAIL SABRI: Pembukaan ekonomi bukan sahaja dapat membantu mempercepatkan pemulihan ekonomi, sebaliknya memberi peluang dan ruang untuk rakyat memperbaiki hidup. -Gambar fail
Sultan Selangor berkenan lancar Tabung Pembangunan Ehsan Selangor-Gaza
Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah hari ini berkenan melancarkan Tabung Pembangunan Ehsan Selangor-Gaza.
PADU: Keraguan pengguna patut menjadi satu mesej yang kerajaan kena faham - Pakar
Masalah itu tercetus akibat kurangnya komunikasi yang cermat dan akhirnya, ia membawa kepada pemahaman yang bersegmen dan kompleks.
Jumlah korban serangan di dewan konsert Rusia meningkat kepada 143
Jumaat lepas, sekumpulan lelaki bersenjata melepaskan tembakan rambang di Dewan Bandaraya Crocus, Krasnogorsk dalam Wilayah Moscow.
Kerjasama dua hala India-Malaysia bergantung kepada kepercayaan, kebolehpercayaan bersama - Menteri Luar
Memupuk kepercayaan dan kebolehpercayaan bersama sebagai asas untuk kerjasama dua hala antara India dan Malaysia adalah sangat penting, kata Menteri Luar India, Dr S. Jaishankar.
AWANI 7:45 [28/03/2024] - 75 peratus pemegang akaun keldai | Sakit mata, sakit hati | Bayar agihan pendapatan | Elak serbuan saat akhir
#AWANI745 malam ini bersama Essan Yahya;
1. Scammer! Dalam tiga bulan, lebih empat ribu ditahan
2. Hati jadi sakit, lambakan kereta terbiar depan rumah... Gempur745 siasat
3. PNB agih pendapatan RM0.67 bilion
4. Tambahan 300 kaunter PADU seluruh negara
1. Scammer! Dalam tiga bulan, lebih empat ribu ditahan
2. Hati jadi sakit, lambakan kereta terbiar depan rumah... Gempur745 siasat
3. PNB agih pendapatan RM0.67 bilion
4. Tambahan 300 kaunter PADU seluruh negara
AWANI Ringkas: Rusuhan di bazar Ramadan
AWANI Ringkas
PM Anwar beri bayangan tiada 'cuti tambahan' sempena sambutan Aidilfitri
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim beri bayangan tiada cuti tambahan diberikan menjelang sambutan Hari Raya Aidilfitri yang dijadual pada 10 April depan.
UAE lancar kempen derma lebihan makanan sepanjang Ramadan
Emiriah Arab Bersatu (UAE) menerusi UAE Food Bank melancarkan kempen menderma lebihan makanan sepanjang ramadan kepada mereka yang memerlukan.
Pelapor Khas PBB terima ugutan
Pelapor Khas Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Francesca Alabanese mendedahkan menerima ugutan ketika cuba mengumpulkan bukti genosid dilakukan Israel di genting Gaza.
Pentadbiran Biden arah semua agensi persekutuan AS lantik ketua pegawai AI
Pentadbiran Presiden Joe Biden telah mengarahkan semua agensi persekutuan negara itu melantik seorang ketua pegawai Kecerdasan Buatan (AI) untuk menyelia semua teknologi berkaitan.
RM20 juta untuk bangunkan litar di setiap negeri tidak pernah dibahas, diluluskan Parlimen - KBS
PM Ismail Sabri bubar Dewan Rakyat sebelum bajet itu dibahas dan diluluskan di Parlimen.
Pemilihan UMNO: Wan Rosdy gariskan sebab kenapa tawar diri bertanding Naib Presiden
Pengerusi UMNO Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail hari ini mededahkan sebab dia memilih untuk menyerahkan borang untuk bertanding jawatan Naib Presiden UMNO pada pemilihan parti itu kali ini.
PAU2022: Boleh rujuk RoS teliti semula kelulusan usul Presiden, Timbalan tak dipertanding - Ismail Sabri
Mana-mana ahli atau pemimpin UMNO boleh merujuk kepada Jabatan Pendaftar Pertubuhan (RoS) bagi meneliti semula keputusan meluluskan usul tambahan agar dua jawatan tertinggi parti tidak dipertandingkan
Lapor SPRM jika ada maklumat, bukti sogokan undi pos di Bera - SPR
Individu yang mempunyai maklumat atau bukti berlakunya perbuatan sogokan atau rasuah ketika proses pengundian pos di Parlimen Bera, Pahang supaya melaporkannya kepada SPRM.
PRU15: Anwar perlu minta maaf tuduh tentera dibayar RM300 undi awal - Ismail Sabri
Tuduhan Datuk Seri Anwar Ibrahim mengatakan anggota tentera yang mengundi di Parlimen Bera dibayar RM300 bertujuan merendahkan imej anggota pasukan keselamatan itu, kata Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob
NGO antarabangsa, media Indonesia puji pendirian Ismail Sabri ke atas Myanmar
NGO dan media Indonesia memuji keberanian Ismail Sabri yang lantang bersuara mengenai nasib rakyat Myanmar dan kekejaman dialami mereka di negara yang diperintah junta.
Lokman Adam fail tuntutan balas terhadap Ismail Sabri
Selepas disaman Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob atas dakwaan menyiarkan kata-kata fitnah menerusi akaun media sosial, Datuk Lokman Noor Adam pula memfailkan tuntutan balas terhadap perdana menteri itu.
PRU15: Ismail Sabri beri bayangan manifesto BN ada 'tawaran besar' buat pengundi muda
Manifesto Barisan Nasional (BN) sempena Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) dijangkakan memberi 'tawaran besar' buat golongan muda di negara ini.
PRU15: Fokus keutamaan bekerja untuk rakyat - Ismail Sabri
Budaya berdebat tidak memberikan hasil, sebaliknya kerajaan lebih menumpukan tugas menjaga kepentingan rakyat.
PRU15: DUN di bawah BN bubar serentak dengan pembubaran Parlimen
Dewan Undangan Negeri (DUN) di bawah pentadbiran Barisan Nasional (BN) akan dibubarkan serentak dengan pembubaran Parlimen bagi memberi laluan kepada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).