SHAH ALAM: Keperluan tauliah mengajar bukan bertujuan menghalang atau menyusahkan aktiviti pembelajaran agama, sebaliknya merupakan langkah pencegahan bagi memenuhi maqasid syariah dalam aspek memelihara agama Islam (hifz ad din).
Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Zulkifli Mohamad Al-Bakri ketika menyampaikan khutbah Jumaat berkata, ia juga bertujuan mengelakkan individu yang tidak mempunyai kredibiliti menyampaikan syarahan agama kepada orang ramai.
Jelasnya yang juga bekas Mufti Wilayah Persekutuan, perkara itu adalah selari dengan apa yang dilakukan oleh Nabi Muhammad SAW dan para Sahabat.
“Hadiri sekalian, meskipun kita nampak ia merupakan perkara yang remeh, namun ia mesti dipandang serius kerana berapa banyak di luar sana ajaran sesat yang telah berkembang luas.
“Pengalaman saya ketika menjadi mufti dahulu, saya pernah menguruskan banyak kes melibatkan ajaran sesat ini. Ada kes yang mana seorang individu itu mengaku sebagai imam mahdi.
“Yang hairannya, ada orang yang menjadi pengikutnya,” katanya dalam khutbah bertajuk ‘Kenapa Tauliah Mengajar Satu Keperluan?’ di surau Kumpulan Karangkraf, di sini, pada Jumaat.
Justeru, Zulkifli mengingatkan bahawa kebenaran tauliah yang telah ditetapkan menerusi sistem perundangan sedia ada tidak perlu menjadi satu isu kerana ia bertujuan menutup sebarang anasir berbahaya terhadap kefahaman umat Islam di negara ini.
Sebelum ini, Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar menitahkan bahawa penceramah yang mengajar dan memberi syarahan agama Islam di negeri tersebut perlu memiliki tauliah.
Tauliah berkenaan meliputi masjid dan surau serta di mana-mana tempat dalam Johor, selaras dengan Seksyen 118 (3) Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Johor) 2003.
* Artikel asal disiarkan di Sinar Harian.
Sinar Harian
Sat Mar 11 2023
Keperluan tauliah mengajar bukan bertujuan menghalang atau menyusahkan aktiviti pembelajaran agama, sebaliknya, merupakan langkah pencegahan bagi memenuhi maqasid syariah dalam aspek memelihara agama, kata Zulkifli Mohamad Al-Bakri. - Gambar fail
Lima penjawat awam direman bantu siasatan kes terima suapan
Lima penjawat awam direman bagi membantu siasatan kes menerima suapan RM3,000 hingga RM15,000 daripada kontraktor berkait kerja pembersihan.
AFPPD pilih Malaysia jadi tuan rumah pejabat sekretariat
Forum Ahli Parlimen Negara Asia Mengenai Populasi dan Pembangunan (AFPPD) memilih Malaysia sebagai pilihan utama untuk menempatkan pejabat sekretariatnya.
Nahas helikopter Lumut: "Nampaknya dia yang 'pergi' dulu..." - Ibu Allahyarham Komander Firdaus
Komander Muhammad Firdaus anak yang bertanggungjawab serta contoh yang baik kepada adik-adik yang lain, malah sangat mengambil berat tentang keperluan keluarga.
EPL: Dua bintang remaja ditahan kerana disyaki merogol
Dua pemain bola sepak Liga Perdana Inggeris telah ditangkap pada hujung minggu kerana disyaki merogol dan melakukan serangan.
Paul Yong fail rayuan kes rogol amah di Mahkamah Persekutuan
Paul Yong memfailkan rayuan di Mahkamah Persekutuan pada 5 Mac lalu, berhubung keputusan Mahkamah Rayuan yang mengekalkan sabitan bersalah merogol pembantu rumah warga Indonesia.
Nahas helikopter Lumut: Laporan interim siap dalam masa dua minggu - Fahmi
Menteri Pertahanan akan membuat pengumuman berhubung bantuan yang akan diberikan pada Rabu.
Gadang rayu EPU ketepikan keperluan ekuiti Bumiputera bagi pengambilan tanah Kwasa Damansara
Gadang Holdings Bhd berkata ia akan merayu kepada Unit Perancang Ekonomi (EPU) untuk mengenepikan keperluan ekuiti Bumiputera bagi memudahkan pemilikan tanah seluas 21.08 ekar di Kwasa Damansara.
Doa dan kenangan buat pejuang
Titipan doa Wartawan Ridauddin Daud buat pejuang negara yang meninggal dunia dalam nahas dua helikopter di Pangkalan TLDM. Semoga roh mereka dicucuri rahmat.
PM Vietnam cadang ASEAN jadi model transformasi digital global
Perdana Menteri Vietnam mencadangkan orientasi kejayaan untuk menjadikan ASEAN sebagai model dalam transformasi digital di peringkat global.
Proses bedah siasat selesai, penghormatan terakhir mengikut tradisi tentera laut
Ridauddin Daud membawakan perkembangan terkini penghomatan terakhir kepada 10 mangsa insiden helikopter TLDM yang terhempas di Lumut.
Pendakwah, penceramah wajib dapat tauliah sebelum mengajar - Mohd Na’im
Pihak berkuasa agama telah mewajibkan semua pendakwah dan penceramah di Malaysia untuk mendapatkan tauliah mengajar.
MAIS tarik balik tauliah mengajar Ustaz Abdullah Khairi
Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) menarik tauliah mengajar penceramah bebas, Ustaz Abdullah Khairi di Selangor.
'Bukan halang atau susahkan aktiviti belajar agama'
Kebenaran tauliah bertujuan menutup sebarang anasir berbahaya terhadap kefahaman umat Islam di negara.
Ustaz Azhar Idrus jelaskan isu kuliah dibatalkan
Bagaimanapun, Ustaz Azhar Idrus berkata, pihak pengurusan Masjid Tengku Ampuan Bukit Jelutong tetap meminta supaya beliau hadir.
Ustaz Kazim antara dilarang ceramah di Pulau Pinang
Kazim Elias merupakan antara 16 penceramah yang tidak mempunyai tauliah mengajar daripada Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang.
Tauliah mengajar individu berstatus ahli politik tidak dibenarkan di Selangor
Perkara tersebut telah diperkenankan Ahli Dewan Diraja Selangor dalam Mesyuarat Dewan Diraja Selangor yang bersidang 4 Mac 2019.