KUALA LUMPUR: “Menghasilkan sesuatu rekaan busana itu tidak susah sebenarnya, tapi untuk masyarakat terima rekaan itu yang menjadi cabaran bagi setiap pereka fesyen.”
Itu pengakuan Kel Wen mengenai cabaran baginya untuk menjadi pereka fesyen tempatan iaitu setiap kali berhasrat untuk mengeluarkan koleksi pakaian menerusi jenama Behati.
Jenama itu semakin menjadi perhatian ramai selepas pemuda berusia 26 tahun ini mengeluarkan koleksi Aidilfitri sekitar tahun 2018 dan mendapat kritikan daripada ramai pihak.
Namun, kritikan dan penolakan tersebut sama sekali tidak mematahkan semangat anak jati Melaka ini untuk terus bersinar dalam industri fesyen tanah air.
Baginya, sebagai rakyat Malaysia yang membesar dengan rakan-rakan yang berlainan bangsa dan budaya telah memberinya ilham setiap kali ingin mengeluarkan koleksi yang bertemakan Malaysia.
BACA: Tiada lagi angan-angan, impian Kel Wen reka busana Siti Nurhaliza terlaksana
“Ya, saya berbangsa Cina, tapi saya juga pakai Baju Melayu, malah saya ada rakan-rakan yang berlainan bangsa. Itu yang membuatkan saya lagi tertarik untuk saya belajar dan keluarkan koleksi-koleksi sebegini.
“Setiap koleksi yang saya hasilkan, selalunya saya tidak ubah apa-apa melainkan menjadikannya bersaiz lebih besar kerana saya percaya ia mampu menarik perhatian anak muda pada masa ini,” katanya ketika dihubungi Astro AWANI.
Bagi Kel Wen, jika kita boleh menerima makanan daripada budaya lain pendekatan yang sama turut boleh dilakukan terhadap pakaian.
Katanya, setiap pakaian tradisi di Malaysia seharusnya diraikan tanpa menghalang mana-mana pihak untuk menghasilkan idea baharu apatah lagi memakainya walaupun mereka daripada kaum yang berbeza.
Pada masa sama, Kel Wen turut berkongsi akan mengeluarkan koleksi pakaian terbaharu yang bertemakan ’Kampung’ tidak lama lagi.
Asyraf Roslan
Thu Sep 16 2021
Bagi Kel Wen, setiap pakaian tradisi di Malaysia seharusnya diraikan tanpa menghalang mana-mana pihak untuk menghasilkan idea baharu apatah lagi memakainya walaupun mereka daripada kaum yang berbeza. - Foto Instagram/Behati
[TERKINI] KWSP akan struktur semula akaun KWSP kepada tiga akaun
Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) mengumumkan inisiatif penstrukturan semula akaun KWSP berkuat kuasa 11 Mei 2024 bagi tujuan menambah baik keselamatan pendapatan persaraan di samping memenuhi keperluan kitaran hidup ahli.
KWSP struktur semula kepada tiga akaun mulai 11 Mei
Akaun KWSP akan distruktur semula daripada dua kepada tiga, iaitu Akaun Persaraan, Akaun Sejahtera dan Akaun Fleksibel.
Malaysia, Jepun perkukuh kerjasama dalam sektor pembinaan
Kedua-dua negara juga berhasrat memperkukuhkan kerjasama mengenai perkongsian maklumat dalam pengurusan dan penyelenggaraan lebuh raya, cerun serta pertukaran tenaga kepakaran dan teknikal.
Apple dilapor kurangkan pengeluaran Vision Pro susulan permintaan rendah
Walaupun jualan pada awalnya amat memberangsangkan, momentum tidak berterusan kerana unit awal hanya dibeli oleh peminat paling tegar Apple.
Nahas dua kenderaan punca insiden kecoh semasa pengebumian pegawai TLDM - Polis
Siasatan awal mendapati kejadian berlaku pada jam 7.45 malam selepas pemandu kereta terlanggar sebuah motosikal berhampiran dengan masjid.
KL20: MYStartup platform boosts Malaysia’s startup ecosystem
KL20: Shariah-compliant startup revolution
Ringgit dibuka rendah berikutan dolar kekal tinggi menjelang data KDNK AS
Pada 9 pagi, ringgit susut kepada 4.7825/7870 berbanding dolar AS daripada 4.7765/7780 ketika ditutup pada Rabu.
Isu penceramah pro-Zionis: 'Keluar! Anda tidak dialukan di negara ini!' - Rakyat Malaysia
Pada Rabu, Universiti Malaya (UM) mendapat kecaman kerana membenarkan Gilley menyebarkan propaganda Zionis dalam ceramahnya di universiti.
AWANI Ringkas: Mangsa nahas helikopter dikebumi hari ini
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
InRealFashion kongsi suka duka, aspirasi pereka fesyen tempatan
InRealFashion memberikan gambaran menyeluruh mengenai kehidupan pereka fesyen tempatan yang berjaya.