Bukan hanya Sabah alami kelewatan pembiayaan projek pembangunan - PM

Bernama
Jun 2, 2019 13:34 MYT
Dr Mahathir diiringi Mohd Shafie (dua, kiri) ketika menyampaikan sumbangan kepada 20 golongan Asnaf pada majlis Iftar bersama Perdana Menteri di Masjid Bandaraya -Foto Bernama
Kelewatan penyaluran peruntukan pembiayaan beberapa projek pembangunan kerajaan tidak hanya berlaku di Sabah tetapi keadaan itu turut terjadi di negeri lain termasuk di Semenanjung, kata Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad.
Beliau berkata penyaluran pembiayaan projek pembangunan itu dilihat sangat perlahan berikutan berlaku beberapa kekangan termasuk masalah kewangan ditinggalkan oleh kerajaan terdahulu.
"Ia lambat bukan hanya di Sabah tetapi juga di Semenanjung. Masalahnya ialah kita menghadapi banyak rintangan berpunca kerajaan terdahulu.
"Perkara yang paling penting kita tiada wang. Kita biarkan sektor swasta menjalankannya (projek) dan kita mesti pastikan sektor swasta itu adalah tulen dan bukannya menjadi alat untuk orang lain," katanya kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Iftar di Masjid Bandaraya di sini, Ahad malam.
Turut hadir Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Mohd Shafie Apdal.
#Mahathir Mohamad #masalah kewangan #penyaluran pembiayaan projek pembangunan #Perdana Menteri #PM #Shafie Apdal