KOTA BHARU: Kerajaan negeri Kelantan menafikan membuat permohonan kepada kerajaan Pusat untuk melaksanakan 'lockdown' atau Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) lebih ketat di negeri berkenaan.
Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob, sebaliknya berkata, kerajaan negeri hanya menghantar laporan terkini situasi terkini COVID-19 di negeri ini kepada kerajaan Pusat, lapor Sinar Harian pada Selasa.
"Hanya laporan terkini COVID-19, bukan permohonan 'lockdown'," katanya ketika diminta mengulas laporan media tempatan pada Selasa yang mendakwa kerajaan negeri mengemukakan permohonan untuk melaksanakan 'lockdown'.
Ahmad menegaskan, laporan terkini berkaitan COVID-19 itu bagi membolehkan kerajaan Pusat menimbangkan apa-apa langkah bersesuaian dengan keadaan sedang berlaku di Kelantan.
"Antara laporan yang dikemukakan ialah kewujudan Variant South Africa B1.351 dengan kadar penularan sangat tinggi. Kadar kebolehjangkitan kes masih melebihi 1.0 (RT:1.21) dan bilangan kes yang dilaporkan setiap hari adalah tinggi," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita di pejabatnya pada Rabu selepas menerima sumbangan sebanyak RM1 juta daripada Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan (PKINK) untuk diserahkan kepada Tabung Amanah Kebajikan Darul Naim (Tabung Serambi Mekah) bagi membantu mangsa COVID-19.
Sumbangan itu disampaikan Ketua Pegawai Eksekutif PKINK, Ab Aziz Yunus.
Sementara itu, Ahmad berkata, terdapat peningkatkan kes aktif yang tinggi di negeri ini iaitu 264 peratus dalam tempoh 14 hari.
Selain itu, katanya, kes kematian akibat COVID-19 dalam tempoh satu minggu kebelakangan ini juga meningkat dan jangkitan telah berlaku dalam komuniti di mana 1 peratus kes tiada kaitan epidemiologi.
"Pengurusan sumber manusia dan logistik kesihatan juga semakin meruncing di mana Bed Occupancy Rate (BOR) hospital semakin tinggi dan tidak mampu menampung pertambahan kes.
"BOR Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 (PKRC) tidak mencukupi dan perlu ditambah bilangannya, manakala BOR Stesen Kuarantin juga tidak mencukupi," katanya.
Selain itu, beliau berkata, bilangan pesakit COVID-19 yang menjalani kuarantin di rumah di negeri ini turut mencatat peningkatan, malah kemampuan tenaga mahir perubatan dan sokongan semakin terhad akibat peningkatan kes yang luar biasa.
"Jika kita laksana 'lockdown', banyak perkara yang perlu diambil kira terutama dari sudut ekonomi, sosial dan sebagainya," katanya.
Beliau, bagaimanapun berkata, buat masa ini kerajaan negeri masih belum menerima sebarang maklum balas berkaitan laporan COVID-19 yang dihantar kepada kerajaan Pusat.
Menurutnya, segala keputusan akan dikeluarkan Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob selepas mereka berbincang di peringkat jawatankuasa teknikal untuk membuat penilaian.
Katanya, Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin telah meminta supaya kerajaan negeri bergerak seiring dengan kerajaan Pusat dalam membuat keputusan berkaitan PKP.
Pada Selasa, media tempatan melaporkan kerajaan negeri Kelantan telah mengemukakan permohonan sebanyak dua kali untuk melaksanakan 'lockdown' di negeri berkenaan.
Sinar Harian
Wed May 05 2021
Ahmad Yakob (kiri) menerima sumbangan sebanyak RM1 juta daripada PKINK untuk diserahkan kepada Tabung Serambi Mekah bagi membantu mangsa COVID-19 di pejabat beliau di Kota Bharu pada Rabu. - Gambar SINAR HARIAN
[TERKINI] Perkembangan terkini perang Iran-Israel
Mahkamah beri masa sebulan Yasin lantik peguam
Mahkamah Tinggi memberi masa sebulan kepada Yasin Sulaiman untuk melantik peguam bagi prosiding rayuan pihak pendakwaan terhadap pembebasannya.
AWANI Ringkas: Malaysia kecewa AS veto, halang PBB iktiraf Palestin
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
AWANI Ringkas: Perang Iran-Israel
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Buang beras, tepung di tapak pelupusan sampah, bekas MP tampil beri penjelasan
Tular satu rakaman yang memaparkan puluhan kampit beras, tepung dan sardin dibuang di tapak pelupusan sampah berdekatan laluan pintasan Rumpun Makmur, Kampung Gunung Senyum, Temerloh, Pahang.
Kes tangkapan lelaki Israel: 10 ditahan semula di bawah Sosma
Tiga terdiri suspek utama iaitu Avitan dan pasangan suami isteri telah dituduh di mahkamah pada minggu lalu, manakala lima lagi dibebaskan.
Mahkamah batalkan sabitan bekas Presiden Maldives Abdulla Yameen
Mahkamah di Maldives membatalkan sabitan bekas Presiden Abdulla Yameen atas tuduhan rasuah pada Khamis.
Wanita cedera diragut ketika tunggang motosikal ke tempat kerja
Mangsa dilapor alami kerugian kira-kira RM3,000 selepas kehilangan beg yang berisi telefon bimbit jenis iPhone 14, dokumen peribadi dan wang tunai RM114.
"OIC dah tak bermakna, tak berguna dalam meredakan ketegangan"
Pandangan dikongsi Prof Dr Salawati Mat Basir, Pakar undang-undang antarabangsa, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).
Perkembangan konflik Iran-Israel
Bagi perinciannya kita bersama Prof. Dr. Mohd Roslan Mohd Nor, Ketua Jabatan Sejarah dan Tamdun Islam, Universiti Malaya, UM.
Kelantan beri kerjasama penuh jayakan sambutan Aidilfitri MADANI
Mohd Nassuruddin berkata satu mesyuarat bersama akan diadakan dalam masa terdekat bagi menentukan gerak kerja dan lokasi program berkenaan.
Kelantan hargai kesediaan kerajaan Persekutuan bantu tangani krisis air- MB
Kerajaan Kelantan menghargai kesediaan Kerajaan Persekutuan dalam membantu menangani krisis bekalan air di negeri ini.
Suspek kes tembak di KLIA pernah belajar di pondok
Suspek lelaki yang melepaskan tembakan di Balai Ketibaan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Terminal 1 pada Ahad pernah mengikuti pengajian di sebuah pondok di Repek, Pasir Mas.
Tiga laluan utama di Gua Musang dijangka sesak Jumaat ini - Polis
Tiga laluan itu adalah Jalan Kuala Krai-Gua Musang, Jalan Kuala Lipis-Gua Musang dan Jalan Jeli-Gua Musang.
PGA tumpas 431 kes rentas sempadan, rampasan bernilai RM18.5 juta
PGA Kelantan telah menahan 373 individu dan merampas pelbagai barang dianggarkan bernilai RM18.5 juta di sempadan.
Kelantan ucap terima kasih kepada Kerajaan Persekutuan, salur Wang Ihsan lebih RM50 juta
Kerajaan Kelantan menzahirkan ucapan terima kasih kepada Kerajaan Persekutuan kerana menyalurkan Wang Ihsan RM58.6 juta, pada minggu lepas.
Aidilfitri: Hampir 1 juta kenderaan perantau masuk ke Kelantan
Hampir sejuta kenderaan anak-anak perantau masuk ke Kelantan menerusi tiga pintu masuk utama sejak Jumaat lalu sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri.
Aidilfitri: 4 jalan di Machang ditutup bermula 7 April - JKR
Empat jalan raya di jajahan Machang akan ditutup sementara kepada pengguna selama seminggu bermula Ahad depan sempena Aidilfitri.
Bantuan Aidilfitri RM500 kepada penjawat awam Kelantan
Kerajaan Kelantan mengumumkan Bantuan Khas Aidilfitri sebanyak RM500 kepada penjawat awam membabitkan gred 56 ke bawah yang akan diagihkan sebelum Hari Raya Aidilfitri.
Kelantan umum Selasa ini cuti peristiwa sempena Aidilfitri
Kelantan mengisytiharkan cuti peristiwa di seluruh negeri ini pada Selasa 9 April atau 29 Ramadan.