KEPALA BATAS: Golongan petani di sekitar Seberang Perai Utara (SPU) kini gusar mengenai hasil padi musim ini berikutan cuaca yang tidak menentu sejak kebelakangan ini.
Jika beberapa tahun lalu, sawah-sawah di sekitar SPU yang digelar Jelapang Padi Pulau Mutiara sukar mendapat bekalan air berikutan musim kemarau, tetapi kini hujan lebat pula melanda sehingga menyebabkan anak padi tenggelam.
Ahli Jawatankuasa Kelompok Padi Paya Keladi, Kepala Batas, Shamsudin Awang, 62, ketika ditemui meluahkan kebimbangan mengenai kemungkinan kawasan sawah akan ditenggelami air sekali lagi berikutan cuaca yang tidak menentu ketika ini.
Kebimbangannya berasas kerana tahun ini sahaja sudah empat kali kawasan sawah di Kelompok Paya Keladi digenangi air susulan hujan lebat selain sistem saliran kurang memuaskan.
“Sawah sekarang ini memang susah sebab bila hujan, air penuh (dan) sawah padi tenggelan. Bila musim kemarau pula, air tiada langsung tanah jadi merekah.
“Laporan sudah dibuat, jadi kepada pihak berwajib kalau boleh minta korek balik parit… bila hujan lebat air bawa rumput masuk dalam sawah (bagi) masalah kepada pesawah-pesawah sebab kena tanam (padi) balik.
“Sudah empat kali tenggelam, padi pun sudah dua kali tabur lain. Bukan senang nak dapat benih, nak cari modal nak beli benih pun susah…” luah Shamsudin mengenai masalah yang dihadapi oleh dia dan rakan-rakan.
Menurut Shamsudin, selain perubahan cuaca, faktor pembangunan di kawasan sekitar turut menyumbang kepada masalah sistem saliran di sawah sehingga mengancam hasil tuaian.
Kebimbangan mengenai sawah ditenggelami air turut disuarakan Zainal Ishak, 60, yang mengusahakan sawah seluas lebih tujuh hektar.
Katanya, keadaan sawah tidak ubah seperti laut ketika hujan lebat pada September lalu sehingga menyebabkan padi terpaksa disemai dua kali sekali gus menyebabkan tumbesarannya tidak sekata.
“Cuaca sekarang tidak menentu, kadang-kadang hujan banyak sangat, kadang-kadang tiada air. Di sini kalau dalam lima hari tidak hujan habis air… susut, tinggal tanah. Terpaksa kami pam masuk balik air.
“Kalau hujan lebat (pula) tenggelam habis semua (sawah). Saluran air pun tidak elok, tersekat-sekat. Kalau boleh minta (pihak berwajib) cuci, bersihkan saluran paip,” kata Zainal merayu pihak berwajib mendengar rintihan mereka.
Sementara itu, Mohd Haris Awang, 38, pula memberitahu, dia turut buntu dengan ancaman serangga perosak seperti tikus serta penyakit karah tangkai dan daun merah yang menyerang anak padi susulan perubahan cuaca.
Pada masa sama, dia terpaksa menanggung beban kos untuk membeli racun yang meningkat dalam masa singkat.
Sebagai contoh katanya, racun rumpai yang sebelum ini berharga RM55 satu tong meningkat kepada RM75.
“Kalau hujan terlalu kerap akan sebabkan serangan makhluk perosak seperti rama-rama putih, ulat gulung daun, ulat batang yang sangat cepat serang kalau hujan.
“Itu belum kira serangan tikus disebabkan sawah dekat dengan hutan kelapa sawit banyak tikus. Makhluk-makhluk perosak ini memang kena kawal sungguh-sungguh disebabkan cuaca tidak menentu,” kata Mohd Haris.
Susulan itu, Mohd Haris menggesa kerajaan mengawal kenaikan harga racun bagi mengelakkan petani sepertinya menanggung beban berganda.
Tambahan pula, hasil padi tidak dapat dijangka kali ini susulan hujan lebat melanda di beberapa negeri di utara Semenanjung sekali gus boleh mengancam kawasan sawah.
Dewi Nur Harasha Alias
Tue Nov 02 2021
Shamsudin Awang (kanan), Mohd Haris Awang (tengah) dan Zainal Ishak mohon kerjasama pihak berwajib untuk membantu menyelesaikan masalah mereka. - Gambar Astro AWANI
Mesir, rakan usaha dapatkan gencatan senjata di Gaza
Mesir sedang berusaha mendapatkan satu gencatan senjata di Semenanjung Gaza dengan sokongan Amerika Syarikat (AS) dan Qatar, kata Menteri Luar Mesir, Sameh Shoukry pada Jumaat.
MediaTek lancar cip Dimensity 6300 dengan teknologi 6nm
Ia dihasilkan dengan teknologi 6nm TSMC dengan konfigurasi dua teras Cortex-A76 sehingga 2.4GHz dan enam teras Cortex A55 sehingga 2.0GHz.
Filem Sheriff pamer sisi berbeza Kamal Affandi sebagai pegawai polis
Filem Sheriff menemui penonton di pawagam mulai 18 April.
Bursa Malaysia dijangka mengalami keadaan tidak banyak berubah minggu depan
FBM KLCI dijangka turun naik dalam julat 1,528 hingga 1,560 minggu depan, dengan sokongan serta-merta pada 1,520, diikuti oleh 1,508.
Noktah kemiskinan tegar, isu kewarganegaraan dibincang bersama MPN PKR Sabah
Anwar yang juga Presiden PKR berkata MPN PKR Sabah telah mengutarakan kepentingan memesatkan usaha menoktahkan kemiskinan tegar di Sabah.
Tun Hanif Omar lakar sejarah Ketua Polis Negara paling lama, termuda
Allahyarham dilantik memegang jawatan Ketua Polis Negara keempat pada usia 35 tahun bermula 8 Jun 1974.
AWANI Ringkas: PM di Sabah, lawatan kerja sehari
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Amelia Henderson jawab tuduhan pakai rantai dengan loket salib
Aktres i.D berikut menerima kecaman kerana memakai loket balerina yang disalah erti oleh warga maya dengan lambang salib.
Mengenang Tun Mohammed Hanif Omar 1939-2024
Baik bagi mengenang pemergian tokoh negara berjiwa besar Allahyarham Tun Haniff Omar
Bersama kami di talian adalah Tan Sri Mohd Annuar Zaini yang juga merupakan tokoh pentadbiran yang kita kenali
Bersama kami di talian adalah Tan Sri Mohd Annuar Zaini yang juga merupakan tokoh pentadbiran yang kita kenali
Perluasan konflik serantau, Asia Barat
Prof Dr Azmi Hassan, Felo Kanan Akademi Penyelidikan Strategik Nusantara NASR
Cuaca panas: Penternak, petani ambil langkah waspada
Cuaca panas dengan suhu mencecah 37 hingga 40 darjah Celsius di negeri Kedah memaksa penternak dan pesawah lebih berhati-hati dalam menjalankan aktiviti penternakan serta pertanian.
Padi 'tidak menjadi' akibat cuaca panas - Petani
Petani terkesan dengan suhu panas sejak sebulan lepas dan paling tinggi baru-baru ini sehingga padi menjadi ringan dan kering.
Kenaikan harga lantai belian padi bantu petani di Kedah
Seorang petani berkata, walaupun hasil tuaian padi sedikit berkurangan musim ini, kenaikan harga lantai mengurangkan kerugian dihadapi.
Pangkalan data raya rekod, daftar petani di Malaysia bakal diwujudkan
Satu pangkalan data raya yang merekodkan dan mendaftarkan petani di Malaysia bakal diwujudkan bagi memudahkan usaha kerajaan menyalurkan bantuan dan insentif kepada petani, menurut Kementerian Pertani
Isu petani di Tambun: Kerajaan Negeri Perak rugi jutaan ringgit - MB
Petani tersebut tidak membayar premium dan cukai tanah pertanian serta lesen pendudukan sementara (TOL).
Teknologi satelit, AI bantu petani perkasa pertanian digital
Kerjasama ini akan membantu petani meningkatkan hasil mereka sambil mengurangkan kesan alam sekitar pertanian.
Kelangsungan golongan petani, nelayan jadi keutamaan kerajaan - PM
Perdana Menteri telah menyenaraikan beberapa inisiatif penting dalam memungkinkan pembelaan golongan petani dan nelayan.
Agropreneur muda digalak bergerak secara berkumpulan - Grasicili
Anak muda yang berminat menyertai sektor pertanian sama ada sebagai pengeluar atau usahawan digalakkan untuk bergerak secara berkumpulan.
Reformasi tanah tidak dapat dihalang - Presiden Zimbabwe
Beliau berkata Barat menentang sekeras-kerasnya pembaharuan itu, dan mengenakan sekatan ekonomi terhadap negara itu.
80 petani hadapi kerugian jutaan ringgit akibat penahan air laut pecah
Salah seorang pengusaha Mazlan Ithnin, 58, berkata kejadian berkenaan berlaku apabila benteng penahan air laut telah pecah semenjak tahun 2018.