Datuk Seri Najib Razak memberi jaminan akan melantik ketua menteri daripada komponen Barisan Nasional (BN) selain UMNO, sekiranya mendapat mandat di Pulau Pinang pada pilihan raya umum ke-14.
Najib, yang juga pengerusi BN berkata, BN tetap menghormati prinsip perkongsian kuasa dan di Pulau Pinang, konsep yang dipegang dari dahulu itu akan diteruskan.
"Jika kita mendapat mandat, ketua menteri bukan daripada UMNO tetapi daripada parti komponen... sebab nak berlaku adil," katanya ketika berucap pada Majlis Jamuan Malam bersama Rakyat di SMK Teluk Kumbar pada Khamis.
Najib turut melahirkan keyakinan akan berlaku perubahan yang memihak kepada BN di Pulau Pinang memandangkan rakyat negeri itu telah merasai kesusahan selepas dua penggal di bawah pemerintahan pembangkang.
"Saya buat kesimpulan ini, mungkin setelah 10 tahun berlalu, pengundi-pengundi telah boleh penilaian prestasi pembangkang di Pulau Pinang... sama ada janji-janji mereka boleh ditunaikan atau permasalahan rakyat semakin hari semakin berat," katanya.
Najib berkata apa yang jelas, selepas 10 tahun di bawah pemerintahan DAP, masalah banjir di Pulau Pinang semakin teruk dengan berlaku banjir 120 kali dari 2013 hingga tahun lepas.
Selain itu, beliau berkata rakyat juga sukar untuk memiliki rumah berikutan rumah mewah lebih banyak dibina berbanding rumah mampu milik.
"Insya-Allah bila kita ada kuasa, kami akan bina 65,000 rumah mampu milik di Pulau Pinang dalam tempoh lima tahun," katanya.
Najib sekali lagi memberi jaminan bahawa projek tebusan tanah di Balik Pulau akan dibatalkan sekiranya BN diberi mandat di Pulau Pinang.
Beliau berkata kerajaan persekutuan sememangnya tidak bersetuju dengan projek tebusan tanah melalui kajian Impak Alam Sekitar.
"Kerajaan persekutuan tidak perlu projek tebusan tanah untuk laluan rel pantai timur (ECRL), Transit Aliran Massa (MRT) dan projek kereta api kelajuan tinggi (HSR). Jadi tak mau projek tebusan tanah, berilah sokongan padu kepada BN," katanya.
Pada majlis itu, Najib turut merasmikan projek lampu jalan kampung di bawah Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah dan Tenaga Nasional Bhd.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Apr 12 2018
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak ketika hadir pada majlis jamuan makan malam bersama rakyat di Sekolah Menengah Kebangsaan Teluk Kumbar, Balik Pulau, malam tadi. - fotoBERNAMA
Harga RON97, RON95 dan diesel kekal
Harga runcit petrol RON97 dan RON95 di seluruh negara masing-masing kekal pada paras RM3.19 dan RM2.05 seliter bagi tempoh 12 hingga 18 Dis ini.
Dewan Rakyat lulus RUU Keselamatan Dalam Talian 2024
RUU itu diluluskan melalui undi belah bahagi dengan 77 Ahli Parlimen bersetuju, 55 tidak bersetuju serta 90 tidak hadir.
Proses ukur tanah hak adat bumiputera di Sarawak berbaki 13 peratus
Proses pengukuran tanah Hak Adat Bumiputera (NCR) di Sarawak kini hampir selesai, dengan hanya sekitar 13 peratus daripada keseluruhan keluasan tanah yang dianggarkan masih belum disukat.
Warga emas besarkan anak OKU di rumah daif
Kerana kasih dan kerana sayang seorang ibu tunggal yang sudah mencecah usia 80 tahun terus cekal menjaga anak kurang upaya nya.
Sarawak tidak pinggir subjek BM, utamakan kelulusan
Kerajaan Sarawak tidak pernah meminggirkan kepentingan subjek Bahasa Melayu, malah mengutamakan kelulusan subjek tersebut sebagai syarat kemasukan ke institusi pengajian tinggi miliknya.
Sarawak sasar 609,000 pelancong Indonesia pada 2025
Lembaga Pelancongan Sarawak (STB) menyasarkan ketibaan 609,000 pelancong dari Indonesia ke Sarawak pada tahun depan, didorong oleh daya tarikan gabungan unik budaya, pengembaraan, alam semula jadi, makanan, dan perayaan yang ditawarkan.
Tenaga kerja berkemahiran perlu ambil kira penguasaan AI
Penyediaan 500 ribu tenaga kerja Sarawak berkemahiran pada masa depan perlu mengambil kira kemampuan mereka untuk menguasai teknologi AI atau kecerdasan buatan.
DAP Sabah diberi mandat kaji kedudukan dalam kerajaan negeri
Jawatankuasa Tertinggi Pusat (CEC) DAP memberi mandat penuh kepada pimpinan DAP Sabah untuk mengkaji semula kedudukan parti dalam pentadbiran kerajaan negeri itu, dan mengambil tindakan selanjutnya susulan isu rasuah membabitkan pemimpin di Sabah.
Jangan terpedaya harga murah kenderaan mewah negara jiran
Rakyat Sabah dinasihatkan agar tidak terpedaya dengan tawaran harga murah kenderaan mewah yang dipercayai kereta klon dari negara jiran Brunei Darussalam.
Jumlah mangsa banjir di PPS terus menurun di sebelah petang
Situasi banjir di semua negeri terlibat beransur pulih dengan jumlah mangsa menurun setakat 4 petang tadi.
Kebersihan Bandaraya Diraja Klang: Selangor terima teguran Sultan Sharafuddin
Kerajaan Selangor menerima dengan hati terbuka teguran Sultan Sharafuddin yang menzahirkan keprihatinan berhubung tahap kebersihan di Bandaraya Diraja Klang.
Mangsa banjir di Pantai Timur meningkat, Perak, Johor kekal
Jabatan Meteorologi Malaysia meramalkan hujan berterusan di beberapa negeri sehingga esok, termasuk Perlis, Kedah, Perak, Kelantan, dan Terengganu.
Semakin ramai mangsa banjir di Pantai Timur, Johor ditempatkan di PPS
Situasi banjir di Pantai Timur dan Johor bertambah buruk malam ini apabila semakin ramai mangsa ditempatkan di PPS.
Cadangan bina PPK langkah proaktif hadapi bencana - Timbalan Premier
Pembinaan pusat pemindahan kekal (PPK) terutamanya di kawasan berisiko banjir merupakan langkah proaktif kerajaan dalam menghadapi bencana.
PDRM siap sedia hadapi gelombang banjir seterusnya - Ayob Khan
PDRM bersiap siaga bagi menghadapi gelombang banjir seterusnya, kata Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Seri Ayob Khan Mydin Pitchay.
Amaran hujan lebat tahap buruk, waspada di enam negeri
Hujan berterusan tahap waspada sehingga Khamis ini dijangka berlaku di seluruh Perlis dan beberapa kawasan di Kedah.
Keterlibatan sukarelawan wanita penting dalam misi bantuan bencana
Nilai empati dan sifat prihatin wanita yang lebih dominan membantu dari segi bantuan psikosial kepada mangsa banjir.
Amaran hujan berterusan tahap buruk di Terengganu, Pahang hingga esok
MetMalaysia hari ini mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap buruk di Terengganu dan Pahang sehingga esok.
Gua Musang dilanda banjir, 114 mangsa berpindah ke PPS
Jalan Penempatan Chiku 7 dan Jalan Pulai-Kuala Tuang ditutup kepada semua kenderaan, manakala Jalan Felda Aring 5 pula ditutup kepada kenderaan ringan.
Banjir: Gua Musang, Kuala Krai dan Tanah Merah mula dinaiki air
Di Gua Musang, seramai 1,650 penduduk di Rancangan Kemajuan Tanah (RKT) Kesedar Chalil terputus hubungan ekoran jambatan penghubung sepanjang kira-kira 60 meter tenggelam akibat limpahan Sungai Chalil