PUTRAJAYA: Penambahbaikan aspek perundangan akan diteliti kerajaan, termasuk mengadakan perbincangan dengan beberapa kementerian berkaitan dalam masa terdekat, bagi memperketatkan undang-undang berkaitan buli siber, kata Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil.
Beliau berkata terdapat undang-undang sedia ada yang perlu diperketatkan bukan sahaja dari segi takrifan definisi buli siber, tetapi juga dari segi denda atau hukuman yang boleh dikenakan.
"Berikan saya sedikit masa untuk memahami apa sebenarnya yang berlaku, tetapi secara prinsipnya memang di peringkat Jemaah Menteri, tiga empat orang menteri telah bersetuju dan kita akan duduk bersama meneliti aspek perundangan yang perlu kita tambah baik," katanya.
Fahmi berkata demikian selepas majlis Persidangan Etika dan Tanggungjawab Komunikasi Institut Perhubungan Awam Malaysia (IPRM) di sini hari ini, yang turut dihadiri Ketua Setiausaha Kementerian Komunikasi Datuk Mohamad Fauzi Md Isa.
Beliau berkata undang-undang buli siber telah pun disebut oleh beberapa menteri termasuklah Menteri Digital Gobind Singh Deo dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi) Datuk Seri Azalina Othman Said, dan Azalina juga telah memaklumkan terdapat beberapa kanun keseksaan boleh dipinda segera.
"Saya percaya ini yang beliau sedang usahakan. Kita lihat banyak daripada aktiviti jenayah ataupun yang melanggar undang-undang, iklan judi dalam talian, kejadian scam dalam platform-platform media sosial, dan macam-macam lagi.
"Seolah-olah tidak dipandang serius oleh platform-platform, maka kita perlukan undang-undang khusus untuk memastikan platform media sosial juga bertanggungjawab atas apa yang berlaku dalam platform masing-masing," katanya.
Media sebelum ini melaporkan pempengaruh TikTok A. Rajeswary atau Esha, ditemukan meninggal dunia di sebuah unit kediaman di sebuah kondominium di Setapak pada 5 Julai, sehari selepas membuat satu laporan polis berhubung buli siber yang dihadapinya.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Jul 16 2024
Fahmi berucap Fahmi pada majlis Persidangan Etika dan Tanggungjawab Komunikasi Institut Perhubungan Awam Malaysia (IPRM) hari ini. - Foto Bernama
Vincente kekal optimis walaupun tewas 0-1 kepada Thailand
Pengendali kelahiran Sepanyol itu menyatakan rasa bangga terhadap prestasi pemainnya, terutama sekali menentang juara bertahan kejohanan itu.
Mesir, pegawai AS bincang usaha gencatan senjata di Gaza
Presiden Sisi menekankan keperluan segera untuk menyalurkan bantuan kemanusiaan ke Gaza.
Tiga ditahan, pelbagai dadah bernilai RM44,200 dirampas
Semakan rekod lampau mendapati ketiga-tiga suspek mempunyai rekod berkaitan jenayah narkotik.
Banjir: Jumlah mangsa kekal 47 orang di dua negeri
Dua pusat pemindahan sementara (PPS) masih dibuka melibatkan dua negeri.
Malaysia pilih jalan sukar, tewas 0-1 kepada Thailand
Malaysia wajib menang menentang Singapura pada 20 Dis ini di Stadium Nasional Bukit Jalil.
Simposium Legenda Puteri Santubong dianjur tahun depan - Nancy
Datuk Seri Nancy Shukri berkata simposium itu bakal dianjurkan dengan kerjasama Arkib Negara Malaysia.
Inisiatif pendidikan tinggi percuma Sarawak satu peluang luar biasa - TYT
Yang di-Pertua Negeri Sarawak Tun Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata Sarawak memerlukan ramai tenaga mahir, untuk mencapai visi menjadi wilayah maju menjelang tahun 2030.
Rakyat Jepun bantah keganasan seksual tentera Amerika Syarikat
Rakyat Jepun pada petang Jumaat berhimpun di luar Kementerian Luar di Tokyo untuk membantah keganasan seksual oleh anggota tentera Amerika Syarikat yang ditempatkan di negara itu.
Indonesia sediakan sistem keselamatan siber sokong transformasi digital
Kementerian Komunikasi dan Hal Ehwal Digital sedang menyediakan sistem keselamatan siber bagi menyokong pelaksanaan transformasi digital di Indonesia.
Ekonomi ASEAN mengalami pertumbuhan stabil pada 2024 di sebalik cabaran
Asia Tenggara muncul sebagai antara rantau dengan pertumbuhan ekonomi paling pesat di dunia.
Dewan Rakyat lulus pindaan Kanun Keseksaan tangani buli siber
Rang undang-undang yang dibentangkan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi) Datuk Seri Azalina Othman Said itu diluluskan dengan lebih suara bersetuju.
Buli siber: OSAG gesa kerajaan seimbangkan hak dan perlindungan
OSAG mengesyorkan penubuhan suruhanjaya bebas untuk memantau dan menguatkuasakan Akta Keselamatan Dalam Talian, mengimbangi keselamatan awam dengan perlindungan hak asasi manusia.
Malaysia negara tertinggi di Asia rekodkan mangsa scam berulang
Malaysia menjadi negara tertinggi di Asia yang merekodkan jumlah mangsa berulang berkaitan jenayah penipuan dalam talian (scam) dengan lebih 2.5 kali jenayah itu berlaku terhadap mangsa yang sama.
Pelesenan platform media sosial tidak jejas pengguna
Penguatkuasaan kerangka pelesenan terhadap penyedia platform media sosial tidak akan menjejaskan pengguna perkhidmatan tersebut, menurut Kementerian Komunikasi.
Malaysia perkukuh undang-undang, tingkat kesedaran tangani buli siber - Fahmi
Terdapat keperluan untuk menangani buli siber dari akar umbinya dengan melaksanakan program pendidikan di sekolah-sekolah dan arena sukan.
RUU berkaitan buli siber dibentang di Parlimen tahun ini - Fahmi
Fahmi berkata, satu Rang Undang-Undang (RUU) pindaan berkaitan isu berkenaan juga akan dibawa ke Parlimen dalam sidang pada kali ini.
Buli siber pempengaruh Esha, pemandu lori dipenjara 12 bulan
Seorang pemandu lori dipenjara 12 bulan oleh Mahkamah Sesyen kerana membuat dan menggunakan komunikasi lucah serta mengaibkan pempengaruh TikTok, Esha yang maut dipercayai dibuli, empat tahun lepas.
Sekolah Eropah ketatkan peraturan penggunaan telefon bimbit
Negara Eropah semakin meningkatkan kebimbangan mereka mengenai penggunaan telefon bimbit, media sosial dan bentuk komunikasi digital.
Tiga isu jenayah diberi penekanan dalam Kod Tatalaku media sosial - Fahmi
Jenayah penipuan dalam talian, buli siber dan jenayah pengantunan atau seksual terhadap kanak-kanak merupakan antara perkara yang diberi tumpuan dalam membangunkan Kod Tatalaku platform media sosial.
Tangani buli siber penting, wanita dapat ceburi bidang ICT dengan selamat - Teo
Kerajaan Malaysia mengambil tindakan tegas terhadap buli siber dan langkah sewajarnya untuk mencegah jenayah itu dengan berkesan.