KUALA LUMPUR: Bursa Malaysia Bhd menggesa orang ramai untuk terus berwaspada memandangkan peningkatan jumlah penipuan pelaburan dalam talian yang menggaitkan Bursa Malaysia dan pengurusan kanannya.
Bursa itu tidak membenarkan atau menyokong aktiviti pelaburan tidak berlesen tersebut.
"Kami menasihatkan orang ramai supaya berhati-hati dan tidak mengklik mana-mana pautan yang disediakan oleh kiriman mencurigakan, yang mengundang anda untuk 'mengambil bahagian' dalam skim pelaburan berkenaan," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Orang ramai diminta untuk tidak mengklik alamat web atau e-mel yang menyalahgunakan institusi yang diberi kuasa, memeriksa sama ada perniagaan itu dilesenkan dan diberi kuasa oleh badan pengawalseliaan selain tidak berkongsi butiran perbankan, nombor kad pengenalan atau kata laluan kepada sesiapa sahaja apabila berhadapan dengan skim pelaburan dalam talian yang mencurigakan.
"Laporkan kepada pihak berkuasa jika anda telah diganggu atau ditekan untuk membuat transaksi yang mencurigakan, pelaburan atau menerima deposit wang haram," katanya.
Bursa itu sentiasa mengemas kini senarai laman web, produk pelaburan, syarikat dan individu yang tidak dibenarkan.
"Penggunaan logo dan imej Bursa Malaysia termasuk pengurusannya tanpa kelulusan adalah dilarang sama sekali serta melanggar hak cipta dan tanda dagangan kami. Kami tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap sesiapa sahaja yang menyalahgunakannya," katanya.
Senarai laman web dan kiriman yang tidak menerima pengesahan dari bursa boleh dilihat pada https://bursaacademy.bursamarketplace.com/en/sc-investor-alert.
"Sekiranya anda menjumpai sebarang kiriman yang mencurigakan di platform dalam talian seperti laman web, aplikasi media sosial dan juga mulut ke mulut, sila laporkannya kepada kami dengan menghubungi talian 03-2732 0067 atau e-mel kepada kami di [email protected]," katanya.
Orang ramai turut diingatkan untuk hanya melabur dengan perantara berlesen dan menghubungi broker berlesen bagi membimbing pelaburan yang betul jika orang ramai ingin berdagang saham di Bursa Malaysia.
"Makluman ini adalah sebahagian daripada inisiatif perkhidmatan awam berterusan Bursa Malaysia untuk mendidik orang ramai terhadap penipuan dalam talian. Ingat, jika ia kedengaran terlalu baik untuk menjadi kenyataan, ia adalah berkemungkinan besar adalah satu penipuan," tambahnya.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Jan 07 2022
Bursa Malaysia Bhd menggesa orang ramai untuk terus berwaspada memandangkan peningkatan jumlah penipuan pelaburan dalam talian yang menggaitkan Bursa Malaysia dan pengurusan kanannya. - Gambar fail/BERNAMA
AWANI Pagi: Khunsa: Merungkai Isu Taboo Menerusi Drama
Khunsa, perihal yang tidak dibincangkan secara terbuka dalam masyarakat. Namun keberanian memaparkan isu ini dalam drama Khunsa, membuka perspektif baharu mengenainya.
Ikuti kupasannya bersama Pengarah, Shahrulezad Mohammeddin dan dua pelakon utama, Azhan Rani serta Nadia Aqilah dalam #AWANIpagi
Ikuti kupasannya bersama Pengarah, Shahrulezad Mohammeddin dan dua pelakon utama, Azhan Rani serta Nadia Aqilah dalam #AWANIpagi
Haiwan peliharaan, terbiar juga boleh diserang strok haba
Bahang cuaca panas lazimnya memberi kesan kepada anjing, kucing dan arnab.
Threads kini mempunyai lebih 150 juta pengguna bulanan
Pengguna telah mula lebih bergiat berkongsi melalui Threads, dan ada yang telah mula hanya menggunakan Threads semata menggantikan Twitter.
Freedom Flotilla to Gaza: Ketegasan Malaysia sekat kapal Israel wajar dicontohi
Walaupun usaha itu dilihat kecil namun ia mampu memberi tekanan kepada rejim Zionis dan menjadi contoh kepada komuniti global.
Juruterbang bomba dihantar ke UAE jalani latihan tambahan secara simulasi
JBPM telah diberikan peruntukan sebanyak RM800,000 untuk menghantar kesemua 17 juruterbang ke negara terbabit.
Lebih 14,000 aduan diterima menerusi aplikasi MYJalan setakat ini - Ahmad Maslan
KKR juga telah menyelesaikan 86 peratus daripada 3,766 aduan diterima menerusi aplikasi itu setakat ini.
AWANI Pagi: Apa Erti Sebenar Cakna Autisme?
Bulan Kesedaran Autisme disambut setiap tahun pada bulan April, untuk meningkatkan kesedaran umum berkenaan diagnosis tersebut. Sejauh mana cakna masyarakat mengenai autisme setakat ini? Ikuti diskusinya dalam Awani Pagi 7.30 pagi Khamis bersama Afiezy Azaman & Azib Zikry.
KPT salur bantuan pendidikan, pengecualian yuran IPT anak mangsa nahas helikopter
KPT melalui PTPTN akan menyalurkan sebanyak RM1,000 seorang kepada 21 anak mangsa nahas dua helikopter yang terhempas di Lumut.
[LAPOR LANGSUNG] Freedom Flotilla to Gaza: Kapal sedia belayar Jumaat ini - FFC
FFC mengesahkan sudah melengkapkan segala keperluan bagi membolehkan misi pelayaran Jumaat ini.
Freedom Flotilla to Gaza: Semua keperluan sudah dilengkapkan, kapal sedia belayar Jumaat ini - FFC
Ia termasuk keperluan teknikal dan 'crewing' yang merujuk kepada proses menyediakan dan menguruskan ahli kru.
Bursa Malaysia ditutup pada paras tertinggi dalam tempoh dua tahun
Di keseluruhan pasaran, kaunter untung mengatasi kaunter rugi sebanyak 777 berbanding 327 manakala 480 kaunter tidak berubah, 780 tidak diniagakan dan 21 yang lain digantung.
Gadang rayu EPU ketepikan keperluan ekuiti Bumiputera bagi pengambilan tanah Kwasa Damansara
Gadang Holdings Bhd berkata ia akan merayu kepada Unit Perancang Ekonomi (EPU) untuk mengenepikan keperluan ekuiti Bumiputera bagi memudahkan pemilikan tanah seluas 21.08 ekar di Kwasa Damansara.
Bursa Malaysia dibuka tinggi
Bursa Malaysia dibuka tinggi hari ini menjejaki prestasi semalaman Wall Street yang menggalakkan berikutan keyakinan didorong oleh pendapatan korporat yang kukuh.
Bursa Malaysia ditutup tinggi
Pada 5 petang, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 2.05 mata kepada 1,561.64 daripada 1,559.59 pada Isnin.
Bursa Malaysia teruskan kenaikan pada sesi awal, jejak prestasi Wall Street
Pada 9.10 pagi, indeks petunjuk utama FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) naik 4.34 mata kepada 1,563.93 daripada paras 1,559.59 di akhir dagangan semalam.
Pembelian ekuiti oleh institusi tempatan cecah paras tertinggi enam tahun minggu lepas
Pembelian bersih oleh institusi tempatan di Bursa Malaysia mencecah paras tertinggi enam tahun minggu lepas, berjumlah RM1.79 bilion.
Bursa Malaysia dibuka tinggi
Pada 9.25 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 9.73 mata kepada 1,557.30 daripada 1,547.57 pada Jumaat lepas. Indeks petunjuk pasaran dibuka tinggi satu mata kepada 1,548.57.
Bursa Malaysia dijangka mengalami keadaan tidak banyak berubah minggu depan
FBM KLCI dijangka turun naik dalam julat 1,528 hingga 1,560 minggu depan, dengan sokongan serta-merta pada 1,520, diikuti oleh 1,508.
Bursa Malaysia dibuka meningkat, pelabur tumpu saham dengan rizab tunai tinggi
Pada 9.22 pagi, indeks petunjuk utama FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) menokok 4.86 mata kepada 1,549.62 daripada penutupan Khamis iaitu 1,544.76.
Bursa Malaysia ditutup tinggi susulan sentimen yang bertambah baik
Pada 5 petang, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) naik 4.34 mata atau 0.28 peratus kepada 1,544.76 daripada paras penutup 1,540.42 pada Rabu.