KUALA LUMPUR: Bursa Malaysia Securities Bhd telah menegur secara terbuka, mendenda serta mengarahkan pemecatan dua wakil peniaga (DR) kerana melanggar peraturan selain penyalahgunaan maklumat urus niaga pelanggan yang tidak wajar untuk menjalankan aktiviti dan perdagangan yang menyalahi undang-undang melalui penggunaan akaun pelanggan.
Bursa itu dalam satu kenyataan berkata Abdul Karim Yasin dan Sobri Ahmad masing-masing ditegur secara terbuka, didenda RM230,200 dan RM72,800 selain dikeluarkan sebagai individu berdaftar di Bursa Malaysia Securities.
Abdul Karim adalah DR bergaji daripada CIMB Investment Bank Bhd (CIMB-IB) dan kemudian, CGS-CIMB Securities Sdn Bhd (CGS-CIMB) bagi mengendalikan transaksi untuk pelanggan institusi CIMB-IB/CGS-CIMB.
Sementara itu, Sobri pula merupakan DR bertauliah di Hong Leong Investment Bank Bhd (HLIBB) yang bertindak berdasarkan arahan Abdul Karim.
Bursa Malaysia Securities berkata Abdul Karim telah menyalahgunakan atau menggunakan maklumat dagangan beberapa pelanggan institusi CIMBIB/CGS-CIMB termasuk mengarahkan Sobri untuk membeli/menjual di kaunter yang sama yang didagangkan olehnya bagi pelanggan institusi melalui penggunaan akaun pihak ketiga di HLIBB dan melaksanakan dagangan harian yang menguntungkan.
"Bursa Malaysia Securities memandang serius semua pelanggaran/salah laku yang menjejaskan integriti dan kelakuan profesional/etika DR serta orang berdaftar dan yang menjejaskan perlindungan pelanggan kerana salah laku itu boleh merosakkan integriti pasaran termasuk keyakinan pasaran.
"Bursa Malaysia Securities tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan sewajarnya terhadap sesiapa sahaja yang terlibat dalam salah laku sedemikian atau gagal menjalankan tugas mereka dengan jujur atau berintegriti serta bertindak demi kepentingan terbaik pelanggan dan menjejaskan kerahsiaan maklumat pelanggan termasuk mengeluarkan orang berdaftar daripada daftar dan mengenakan denda setimpal dengan keseriusan pelanggaran itu," katanya.
Ia menambah lagi, teguran awam itu dikenakan sebagai pertimbangan untuk mewujudkan kesedaran pasaran dan mengukuhkan pandangan serius yang diambil oleh Bursa Malaysia Securities mengenai kesalahan pasaran serta pecah amanah oleh orang berdaftar yang menerima kepercayaan pelanggan.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Oct 04 2022
Bursa Malaysia Securities memandang serius semua pelanggaran/salah laku yang menjejaskan integriti dan kelakuan profesional/etika DR serta orang berdaftar. - Gambar hiasan
Niaga AWANI: Data & Statistik: Cukai salah satu daripada lima kebimbangan utama rakyat Malaysia
Ia meningkat dengan ketara sejak Mac 2023. Penduduk global mempunyai
kebimbangan yang sama, tetapi rakyat Malaysia tidak begitu bimbang tentang jenayah dan kekerasan berbanding purata global.
#NiagaAWANI
kebimbangan yang sama, tetapi rakyat Malaysia tidak begitu bimbang tentang jenayah dan kekerasan berbanding purata global.
#NiagaAWANI
Banjir di Melaka: Lebih 300 petugas JKM siap siaga
Petugas JKM akan ditempatkan di pusat pemindahan sementara bagi membantu mangsa banjir khususnya memastikan aspek kebajikan dan keselesaan mereka.
Juventus kaji semula keputusan diarah bayar Ronaldo RM50 juta
Mahkamah timbang tara arah Juventus bayar gaji tertunggak 9.8 juta euro kepada Ronaldo.
Freedom Flotilla ke Gaza: Aktivis Malaysia berlepas ke Istanbul
Kesemua 19 anggota rombongan itu terdiri daripada doktor, aktivis kemanusiaan dan pengamal media.
AWANI Ringkas: Aktivis Malaysia sertai Misi Flotila ke Gaza hari ini
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Kami sedia membantu - Penyokong Kedah
Dia berpandangan bahawa ada cara yang lebih baik untuk menangani masalah itu dengan menegaskan penyokong sedia membantu.
AWANI Pagi: Berita tumpuan & menarik di astroawani.com [18 April 2024]
Antara fokus Awani Pagi bersama Afiezy Azaman & Geegee Ahmad;
Temuramah bersama Edwin Laimin, Ketua Pemuda PBRS sempena mengenan Joseph Kurup dalam kenangan
Analisis Pasca Mesyuarat Peruntukan MP Pembangkang bersama Dr Mohammad Tawfik Yaakub, Penganalisis Politik UM
Temuramah bersama Edwin Laimin, Ketua Pemuda PBRS sempena mengenan Joseph Kurup dalam kenangan
Analisis Pasca Mesyuarat Peruntukan MP Pembangkang bersama Dr Mohammad Tawfik Yaakub, Penganalisis Politik UM
AWANI Pagi: Pasca mesyuarat peruntukan MP pembangkang
Analisis Pasca Mesyuarat Peruntukan MP Pembangkang bersama Dr Mohammad Tawfik Yaakub, Penganalisis Politik UM.
Empangan bawah tanah: Kedah akan hantar pasukan teknikal ke Jepun
Cadangan membina empangan bernilai lebih RM300 juta itu telah diluluskan di peringkat Lembaga Sumber Air Negeri Kedah.
ACCA: Profesional kewangan optimis namun berhati-hati dengan prospek ekonomi Malaysia
Bagaimanapun, kebimbangan terhadap kos operasi dan faktor luaran memerlukan pendekatan berhemat oleh organisasi kewangan dan perniagaan.
Bursa Malaysia Securities ambil tindakan ke atas dua DR langgar peraturan
Bursa Malaysia Securities Bhd telah menegur secara terbuka, mendenda serta mengarahkan pemecatan dua wakil peniaga (DR) kerana melanggar peraturan.
SIR masih berjalan, Serba Dinamik tidak berhasrat tangguh hasil penemuan
Dalam kenyataan 22 Oktober lalu, Bursa Malaysia mendakwa penemuan SIR setakat 30 September telah dimaklumkan kepada tiga daripada empat pengarah bebas bukan eksekutif Serba Dinamik pada 21 Oktober.
Diberi lanjutan 6 bulan lagi, Berjaya Land cuba selesaikan isu pegangan saham awam
Kelulusan itu dimaklumkan oleh Bursa Malaysia yang menetapkan syarikat perlu memenuhi jumlah pegangan saham awam sebanyak 20%.
Bursa Securities beri amaran kepada APFT dan 6 bekas pengarahnya
Bursa Malaysia telah mengenakan denda berjumlah RM475,000 ke atas enam bekas pengarah terbabit.
LRT3 akan diteruskan, telan belanja RM16.6 bilion
Pelaksanaan projek itu akan dimodelkan semula daripada Rakan Kongsi Penyampaian Projek (PDP) kepada rejim kontrak harga tetap.