Bytedance enggan jual TikTok di Amerika Syarikat

Amanz
April 27, 2024 05:25 MYT
TikTok yang mempunyai sekitar 170 juta pengguna di AS turut membantu ekosistem perniagaan kecil di negara berkenaan. - Gambar/ Reuters
BYTEDANCE kini mengatakan mereka tidak akan menjual perniagaan TikTok di Amerika Syarikat (AS).
Perkongsian pihak Bytedance ini hadir lanjutan daripada pihak AS yang kini memaksa TikTok untuk menjual perniagaan mereka atau akan menghalang aksesnya.
Dengan ini juga, ia memperlihatkan Bytedance akan mula melawan perundangan baharu berkenaan di peringkat mahkamah – dan mungkin menutup operasi mereka di AS jika tidak berjaya dan dipaksa jual.
TikTok mempunyai sekitar 170 juta pengguna di negara barat berkenaan, selain turut membantu ekosistem perniagaan kecil di negara berkenaan.
Sekiranya ditutup, ia dijangka akan memberikan impak ekonomi yang tinggi di negara berkenaan – sementara untuk TikTok pula, mereka akan kehilangan sekitar 170 juta pengguna. - Amanz
#ByteDance #TikTok #Amerika Syarikat #enggan jual