Masalah yang dihadapi UMNO sama ada dalam organisasi atau kepimpinan adalah lumrah bagi mana-mana parti politik yang dinamik, tegas Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.
Beliau yang juga Naib Presiden UMNO, bagaimanapun berkata cabaran berkenaan mampu ditangani parti keramat orang Melayu itu jika ia didasari dengan semangat ketaatan dan kesetiaan.
"Walaupun pemimpin datang dan pergi, ketaatan, kesetiaan sesiapa pun yang memimpin UMNO tetap utuh sebagai parti orang Melayu," katanya ketika merasmikan Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Putrajaya Rabu malam.
Turut hadir Setiausaha Agung UMNO merangkap Ketua UMNO Bahagian Putrajaya, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor yang juga anggota Parlimen Putrajaya.
Menjelas lanjut, Ahmad Zahid berkata putaran hayat politik UMNO boleh dilihat sejak 1988 apabila parti itu diharamkan sehingga lahir parti Semangat 46 yang merupakan serpihan UMNO.
Parti PAS turut menghadapi masalah sama apabila ia kini berpecah sehingga lahir satu parti baharu dikenali sebagai Gerakan Harapan Baru (GHB), katanya.
Ahmad Zahid berkata adalah lumrah untuk seorang pemimpin diuji bagi melihat sejauh mana tahap daya saing, daya tahan serta daya juang mereka.
"Pemimpin diuji dan kini Presiden UMNO sedang diuji. Ujian pernah dilalui pemimpin lain dalam bentuk berbeza," katanya.
Beliau berkata tidak salah untuk anggota UMNO mempunyai perbezaan pendapat, namun ia perlu diraikan dengan penuh kebijaksanaan dan ketertiban bukannya secara semborono.
Ahmad Zahid berkata jawatan dalam parti tidak kekal dan hanya bersifat sementara, namun pemimpin yang dipilih seharusnya menggalas tanggungjawab serta kepercayaan yang diberikan untuk menyandang jawatan tertentu.
"Saya yakin keberadaan dalam posisi sama ada cawangan atau bahagian, negeri apatah lagi nasional adalah merupakan jawatan berbentuk sementara.
"Kita semua ahli UMNO harus beristiqamah kepada suatu harakah atau gerakan yang ia merupakan keseimbangan dalam perjuangan," kata Ahmad Zahid.
Naib Presiden UMNO itu berkata bahawa 'kumpulan suara minoriti' boleh menguasai 'majoriti senyap' kerana mereka mempunyai sistem komunikasi yang cukup sistematik sehingga pembohongan dianggap sebagai kebenaran.
"Kita sebagai pemimpin dan ahli UMNO tidak boleh lagi hidup dalam zon selesa sebaliknya harus keluar daripada zon itu.
"Situasi politik (sekarang) adalah berbeza dengan situasi satu dekad atau 10 tahun yang lalu, mungkin berbeza dengan sewaktu UMNO diasaskan," katanya.
Ahmad Zahid turut mengingatkan kerusi Parlimen Putrajaya perlu dipertahankan Barisan Nasional (BN) pada masa-masa akan datang kerana kegagalan berbuat demikian merupakan manifestasi kepada tumbangnya UMNO dan BN.
"Namun, keyakinan saya amat kental dengan gandingan kepimpinan Tengku Adnan", katanya.
Bernama
Thu Aug 27 2015
AHMAD ZAHID: Walaupun pemimpin datang dan pergi, ketaatan, kesetiaan sesiapa pun yang memimpin UMNO tetap utuh sebagai parti orang Melayu.
Kementerian Komunikasi kaji teknologi internet tanpa wayar di kawasan muka bumi sukar
Kementerian Komunikasi sedang mengkaji penggunaan teknologi Internet tanpa wayar Tarana, syarikat penyedia perkhidmatan akses Internet tanpa wayar, bagi menyelesaikan masalah ketiadaan Internet di kaw
AWANI Ringkas: Jalur Gemilang terbalik pada jersi Zii Jia kecuaian kritikal
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Penunjuk perasaan bersorak usul pecat Yoon Suk Yeol diluluskan.
Ratusan penunjuk perasaan yang menentang pemerintahan Suk Yeol menyorak kegembiraan susulan keputusan tersebut diluluskan Parlimen pada Sabtu.
Perdana Menteri Korea Selatan, Han Duck Soo dilantik sebagai pemangku presiden.
Manakala Suk Yeol kekal memegang jawatan sebagai presiden tetapi segala tugas dan kuasa rasminya digantung.
Usul pemecatan Yoon Suk Yeol lulus buat kali kedua
Parlimen Korea Selatan pada Sabtu mengundi untuk mendakwa Presiden Yoon Suk Yeol berikutan kegagalannya dalam melaksanakan undang-undang tentera.
Undang-undang tentera: Parlimen Korea Selatan lulus usul untuk dakwa Yoon
Parlimen Korea Selatan pada Sabtu mengundi untuk mendakwa Presiden Yoon Suk Yeol berikutan kegagalannya dalam melaksanakan undang-undang tentera.
Penipuan dalam talian
Kes penipuan dalam talian meningkat sebanyak 23 peratus, tahun ini. Kerugian membabitkan nilai RM687 juta.
Cuaca tidak menentu akibat MTL, penduduk dinasihat patuh arahan berpindah
Aiman Athirah Sabu berkata penduduk perlu segera berpindah sekiranya diarahkan, bagi memastikan keselamatan diri dan keluarga terjamin.
Warga emas rugi hampir RM1.6 juta
Seorang warga emas kerugian hampir RM1.6 juta apabila menjadi mangsa penipuan pelaburan saham tidak wujud secara dalam talian.
Final Jelajah Dunia BWF: Sze Fei-Izzuddin layak ke perlawanan akhir buat kali pertama
Pasangan beregu profesional negara, Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani, membawa cabaran Malaysia ke pentas akhir Kejohanan Badminton Jelajah Dunia Final.
Fadillah terima Anugerah Pencapaian Sepanjang Hayat Pemimpin Islam Terbilang Dunia
Anugerah itu disampaikan Pengerusi WMLF Datuk Seri Mohamed Iqbal Rawther dan Presiden Institut Strategik KSI bagi Asia Pasifik Tan Sri Michael Yeoh di Parlimen hari ini.
Kekuatan BSMM kerana kehadiran golongan belia - Tunku Puteri Intan Safinaz
Tunku Puteri Safinaz yang juga Pengerusi Kebangsaan BSMM juga memaklumkan, disebabkan penyertaan ramai belia, pihaknya mempunyai jawatankuasa dan polisi belia yang diaplikasikan di seluruh negara.
Jumlah wanita dalam bidang kepimpinan di ASEAN adalah rendah - Laporan
Usaha perlu dipergiat bagi mempromosi peranan wanita dalam meningkatkan produktiviti dan memperkukuh pemuliharaan ekosistem.
Ketua-ketua Pemuda BN zahir sokongan kepada kepimpinan Ismail Sabri
Ketua-Ketua Pemuda Barisan Nasional (BN) menzahirkan sokongan kepada kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan Pengerusi Barisan Nasional Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.
Wanita dalam STEM perlu tampil sebagai contoh teladan
Hanya 30 peratus pelajar perempuan memilih bidang yang berkaitan sains, teknologi, kejuruteraan dan matematik atau STEM di peringkat pengajian tinggi.
Contohi akhlak dan kepimpinan Nabi Muhammad SAW - Anwar
Keperibadian Nabi Muhammad SAW yang juga merupakan manusia biasa menjadi bukti bahawa sesebuah kepimpinan itu mampu diterajui dengan baik apabila ia berpandukan akhlak seseorang individu.
Golongan wanita diseru sertai bidang politik
Ketengahkan bakat dalam bidang kepimpinan terutamanya dalam arena politik.
Asah kemahiran kepimpinan dari sekolah lagi - Raja Muda Selangor
Tengku Amir menasihatkan golongan muda mendalami ilmu kepimpinan kerana ia tidak hadir begitu sahaja dan perlu dipraktikkan selalu.
Memimpin dalam kebijaksanaan
Kepimpinan UMNO diseru untuk bersikap bijaksana dan mengenepikan sifat-sifat yang berimejkan ego, hasad-dengki, 'selfish' serta tamak-haloba.
Presiden Perak tolak terajui PSM
Baginya, lebih baik dia meneruskan agenda sepak takraw di negeri itu yang mula bangkit sejak kebelakangan ini hingga menjuarai STL 2020.