SERDANG: Cacat penglihatan sejak dilahirkan bukan penghalang kepada Nurul Najwa Khairunissah Hassim untuk menggenggam Ijazah Sarjana Muda Kesusasteraan Melayu selepas mengikuti pengajian selama empat tahun di Universiti Putra Malaysia (UPM).
Nurul Najwa Khairunissah, 28, berkata dia menyambung pengajian di UPM pada 2016 selepas memperoleh Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) dengan bersekolah di St John's Institution di Bukit Nenas, Kuala Lumpur.
Anak jati Terengganu itu berkata dia amat gembira kerana penantiannya selama dua tahun untuk bergraduasi secara bersemuka selepas menamatkan pengajian pada 2020 akhirnya menjadi kenyataan.
"Saya bersyukur dan bernasib baik kerana dapat bergraduasi memandangkan masih ada universiti lain tidak dapat melaksanakan majlis seperti ini.
"Saya juga ingin mengucapkan tahniah kepada UPM dalam menjayakan majlis ini walaupun kita masih dalam norma baharu," katanya kepada Bernama selepas Majlis Konvokesyen UPM ke-44 di Dewan Besar Pusat Kebudayaan dan Kesenian Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, UPM, di sini pada Khamis.
Berkongsi pengalamannya mengharungi cabaran sebagai seorang pelajar yang mempunyai kekurangan penglihatan, Nurul Najwa Khairunissah berkata antara cabaran yang terpaksa dihadapi ialah mendapatkan bahan rujukan.
"Bagi Orang Kurang Upaya (OKU) penglihatan, agak sukar bagi kami untuk mendapatkan bahan kerana kebanyakan bahan di sini dalam bentuk salinan cetak.
"Saya perlu menukarkan salinan cetak itu kepada salinan lembut.
"Jadi, saya memerlukan sedikit masa untuk imbas dan mendengarnya menggunakan aplikasi 'Screen Reader'," katanya yang turut menggunakan khidmat sukarelawan 'Reader' untuk membaca bahan tugasan ketika diperlukan.
Nurul Najwa Khairunissah berkata sepanjang pengajiannya di universiti itu, beliau merasakan kebajikannya terjaga.
"UPM sangat menjaga kebajikan pelajar OKU sama ada cacat penglihatan mahupun cacat fizikal.
"Sebagai contoh, universiti ini menyediakan kemudahan seperti pengangkutan untuk saya dan OKU lain dihantar ke kelas mahupun pulang ke kolej kediaman," katanya.
Menurut Nurul Najwa Khairunissah, rakan-rakannya sentiasa mengambil berat terhadapnya manakala pensyarah pula mudah didekati.
"Jika kita tidak faham atau perlukan bantuan mereka (pensyarah), mereka sudi membantu tidak kira waktu," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Jan 14 2022
Nurul Najwa menunjukkan ijazah yang diterima pada Istiadat Konvokesyen UPM ke-44. -Bernama
Subsidi diesel bersasar: MOF dapatkan pandangan industri logistik mengenai skop, syarat
Ketua Setiausaha Perbendaharaan Datuk Johan Mahmood Merican telah mengadakan perbincangan bersama industri logistik mengenai pelaksanaan program subsidi bersasar bagi diesel pada Jumaat.
Zidane berminat jadi jurulatih Manchester United
Legenda bola sepak Perancis itu dikatakan memantau dengan teliti situasi Erik ten Hag di United walaupun telah mencapai persetujuan dengan Bayern.
Allahyarham Tun Hanif Omar legenda PDRM - Razarudin
Tan Sri Razarudin Hussein menyifatkan Allahyarham Tun Mohammed Hanif Omar sebagai legenda besar dalam bidang kepolisan negara.
Tun Hanif Omar dikebumi di Makam Pahlawan
Jenazah Allahyarham akan dimandikan dan disembahyangkan di Masjid Negara terlebih dahulu.
'Ayah letak tugas, kerjaya nombor satu' - Anak Tun Hanif
Allahyarham Tun Mohammed Hanif Omar meletakkan kerjaya yang melibatkan keselamatan rakyat serta negara sebagai perkara paling utama ketika hayatnya.
KPN ucap takziah kepada keluarga Tun Hanif Omar
Razarudin mewakili keluarga Sang Saka Biru mengucapkan takziah kepada keluarga bekas KPN Tun Mohammed Hanif Omar.
Sofia Jane raih anugerah Pelakon Wanita Terbaik di Festival Filem Asia ke-21
Secara keseluruhan naskhah arahan Badrul Hisham Ismail itu juga berjaya merangkul Anugerah Most Original Film.
Mesir, rakan usaha dapatkan gencatan senjata di Gaza
Mesir sedang berusaha mendapatkan satu gencatan senjata di Semenanjung Gaza dengan sokongan Amerika Syarikat (AS) dan Qatar, kata Menteri Luar Mesir, Sameh Shoukry pada Jumaat.
MediaTek lancar cip Dimensity 6300 dengan teknologi 6nm
Ia dihasilkan dengan teknologi 6nm TSMC dengan konfigurasi dua teras Cortex-A76 sehingga 2.4GHz dan enam teras Cortex A55 sehingga 2.0GHz.
Filem Sheriff pamer sisi berbeza Kamal Affandi sebagai pegawai polis
Filem Sheriff menemui penonton di pawagam mulai 18 April.
Sultan Selangor berbuka puasa bersama warga UPM
Sultan Sharafuddin berkenan menghadiri majlis berbuka puasa bersama warga Universiti Putra Malaysia, pada Jumaat.
Semangat untuk terokai ilmu dorong pesara 13 cucu raih PhD di UPM
Ilmu mesti dianggap seperti lautan yang tidak pernah habis untuk diterokai.
Atlet wanita terus berada di puncak kecemerlangan di sebalik pelbagai cabaran
Beberapa tahun kebelakangan ini, prestasi atlet wanita negara semakin menyerlah baik di peringkat tempatan mahupun antarabangsa.
Kembar seiras capai impian menjadi doktor perubatan
Sepasang kembar seiras berjaya mencapai impian menjadi doktor perubatan selepas kedua-duanya menamatkan pengajian dalam bidang berkenaan di Universiti Putra Malaysia (UPM) hari ini.
Sultan Nazrin Shah terima Anugerah Tokoh Penulis Diraja
Sultan Perak menerima Anugerah Perdana: Tokoh Penulis Diraja daripada Anugerah Buku Negara.
Pelajar tahun akhir UPM ditemukan meninggal dunia di dalam bilik
Bau busuk dari sebuah bilik membawa kepada penemuan mayat seorang pelajar lelaki di dalam kolej kediamannya di Universiti Putra Malaysia (UPM), malam tadi.
Projek Agrovoltaic UPM disenarai dalam Malaysia Book of Records
Projek Agrivoltaic itu menempatkan 25,000 unit herba misai kucing berpotensi tinggi yang ditanam secara terus di bawah panel solar teknologi fotovoltaik (PV).
Dua subjek UPM dalam ranking pertama di Malaysia
Universiti Putra Malaysia (UPM) berada dalam ranking pertama di Malaysia bagi dua subjek dalam QS World University Rankings (QSWUR) by Subjects 2022.
Kekurangan diri tidak halang graduan OKU genggam ijazah di UPM
Bagi menolak persepsi masyarakat dan rakan-rakan, Ridzuan mengambil inisiatif dengan menyertai pelbagai aktiviti di kampus.
Cacat penglihatan bukan halangan Nurul Najwa Khairunissah genggam ijazah
Anak jati Terengganu itu berkata dia amat gembira kerana penantiannya selama dua tahun untuk bergraduasi secara bersemuka tercapai.