JOHOR BAHRU: Cadangan pembangkang untuk melanjutkan memorandum persefahaman (MoU) sehingga 2023 hanya memperlihatkan mereka mempunyai masalah dalaman dan tidak yakin berdepan Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).
Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob tidak perlu memberi peluang dan tempoh yang panjang kepada pembangkang menguatkan barisan mereka.
Beliau berkata, perkara itu antara lain hanya akan menguntungkan pembangkang memandangkan MoU terbabit sepatutnya berkahir pada 31 Julai sebelum PRU15 dilaksanakan.
“MoU yang ditandatangani oleh mereka akan berakhir pada bulan Julai, malah salah stau perkara dipersetujui oleh mereka mesti diadakan (PRU) selepas Julai.
“Kenapa mereka berubah pendirian untuk mengadakan (PRU) kononnya hingga akhir tahun 2023? Ertinya mereka ada masalah dalaman… ertinya mereka tidak yakin… ertinya mereka ditolak oleh rakyat.
“Pada hemat saya, jangan beri peluang yang panjang untuk mereka membetulkan keadaan, jangan beri peluang yang secukupnya untuk mereka menyusun barisan mereka,” kata beliau.
Ahmad Zahid berkata demikian dalam sidang media di Bilik Gerakan MIC Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor di sini, pada Jumaat.
Turut hadir Naib Presiden MIC, Datuk T Murugiah; Timbalan Pengerusi BN Johor, Datuk Nur Jazlan Mohamed
dan calon BN Dewan Undangan Negeri (DUN) Perling, Tan Hiang Kee.
Semalam, di Parlimen, Setiausaha Organisasi DAP, Anthony Loke Siew Fook menyarankan Ismail Sabri agar melanjutkan MoU atau diubah kepada MoU 2.0 dengan alasan COVID-19 yang belum reda membuatkan ia bukan masa yang sesuai mengadakan PRU15.
Bahkan, kata Anthony, kemunculan varian Omicron juga antara sebab PRU perlu ditangguhkan memandangkan beberapa calon termasuk dari DAP dijangkiti COVID-19 pada PRN Johor.
Dalam masa sama, Ahmad Zahid enggan perkara yang berlaku pada PRU14 berulang apabila PRU ketika itu ditangguhkan hampir setahun sehingga menyebabkan faktor 'feel good' akhirnya hilang dalam kalangan pengundi.
Astro Awani
Fri Mar 11 2022
Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menggesa Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob tidak perlu memberi peluang dan tempoh yang panjang kepada pembangkang menguatkan barisan mereka.
Tiga kilang perabot, kotak di Bandar Puncak Alam terbakar
Tiga premis dipercayai kilang perabot dan kotak di Taman Perindustrian Alam Jaya, Bandar Puncak Alam di Kuala Selangor dilaporkan terbakar malam ini.
Tumpuan Ahad – 15 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, pada Sabtu.
BN dan UMNO tetap rakan setia politik dengan PH
Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyatakan parti itu akan kekal setia sebagai rakan politik bersama Pakatan Harapan (PH) di dalam Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Jelas beliau, BN dan juga UMNO juga tidak akan termakan dengan ajakan serta pujukan daripada mana-mana pihak untuk meninggalkan gabungan sedia ada.
Saya dinasihatkan kekal sebagai MB Selangor - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan, termasuk merangka Rancangan Selangor Kedua yang dijangka siap pada 2026.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 14 Disember 2024.
10 Berita Pilihan - (14 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, hari ini.
Checkmate! remaja tewaskan juara bertahan dari China
Seorang remaja berusia 18 tahun dari India, Gukesh Dommaraju dinobatkan juara dunia catur termuda selepas menundukkan lawannya dari China yang juga juara bertahan, Ding Liren. Dommaraju menewaskan Liren dalam satu perlawanan dramatik yang berlansung di Singapura.
Saya dinasihat kekal sebagai MB sehingga akhir penggal - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan.
Usul baharu untuk dakwa Presiden Yoon dibawa ke Parlimen
Usul kedua untuk mendakwa Presiden Yoon Suk Yeol berhubung pengisytiharan undang-undang tentera yang gagal dilaksanakan telah dibawa ke Parlimen pada Jumaat.
Presiden Yoon Suk Yeol 'terselamat', usul pecat ditolak
Usul memecat Presiden Korea Selatan, Yoon Suk Yeol selepas cubaannya untuk menguatkuasakan undang-undang tentera, ditolak pada Sabtu kerana tidak cukup kuorum, lapor agensi berita Yonhap.
Presiden Korea Selatan mohon maaf isytihar undang-undang tentera
Presiden Korea Selatan, Yoon Suk Yeol, memohon maaf atas usaha mengisytihar undang-undang tentera pada minggu ini.
Parti pembangkang Korea Selatan tuntut Presiden Yoon letak jawatan
Parti pembangkang utama Korea Selatan menuntut agar Presiden Yoon Suk Yeol segera meletakkan jawatan selepas pengisytiharan mengejut undang-undang tentera.
Presiden Korea Selatan isytihar undang-undang tentera
Presiden Korea Selatan Yoon Suk Yeol pada Selasa mengisytiharkan undang-undang tentera, sambil menuduh parti pembangkang terlibat dalam "aktiviti anti-negara yang merancang pemberontakan."
Muhammad Sanusi ucap terima kasih kepada PM Anwar berkaitan pelaburan Hyundai Motor
Menteri Besar Kedah Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor hari ini merakamkan ucapan terima kasih kepada Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim kerana menyokong Hyundai Motor untuk melabur di Kulim.
Peruntukan RM60,000 ADUN pembangkang Pulau Pinang kekal bagi tahun 2025
Kerajaan Pulau Pinang memperuntukkan RM60,000 kepada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) pembangkang bagi tahun 2024, dan jumlah itu akan dikekalkan tahun 2025, kata Ketua Menteri Chow Kon Yeow.
Kerajaan Kedah disaran tubuh pasukan penilai, elak projek swasta terbengkalai - ADUN
Kerajaan Kedah disaran menubuhkan pasukan penilai untuk meneliti kemampuan setiap syarikat swasta yang berhasrat melaksanakan projek pembangunan di negeri itu.
Pilihan Raya Negeri India: BJP menang negeri terkaya, pembangkang kekal di kawasan kaya mineral
SPR India pada 15 Oktober mengumumkan bahawa negeri Maharashtra dan Jharkhand akan mengadakan pilihan raya DUN pada November.
Perak bentang Belanjawan 2025 Jumaat depan
Perak akan membentangkan Belanjawan Negeri 2025 pada Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) yang akan diadakan pada 29 Nov hingga 5 Dis ini.