Kenyataan berhubung tiga cara menyingkirkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak bukanlah cadangan daripada Tun Musa Hitam.
Sebaliknya, bekas Timbalan Perdana Menteri itu menegaskan kenyataan yang terkandung dalam bukunya yang bertajuk 'Frankly Speaking', sebenarnya adalah saranan yang dikemukakan daripada pihak lain.
Ketika menafikan laporan ditulis sebuah portal berita, Tun Musa berkata, tindakan beliau menulis perkara berkenaan di dalam bukunya tidak bermakna beliau menyokong saranan itu.
BACA: "Sistem dua parti baik untuk negara" - Musa Hitam
BACA: "Pilihan raya umum mungkin diadakan dalam masa terdekat" - Musa Hitam
"Apa yang saya lakukan adalah saya menyenaraikan tiga cadangan bagaimana untuk menyingkirkan Najib. Banyak pihak yang berbeza telah beri cadangan.
"Ada yang berkata UMNO perlu terlibat. Satu lagi mengatakan kuasa-kuasa asing dan media perlu terlibat dalam beri tekanan kepadanya.
"Ada yang berkata pilihan raya. Saya hanya menyenaraikan cadangan itu. Dengan kesan secara pandangan saya. Ia tidak bermaksud bahawa saya telah menyenaraikan tiga cadangan saya," katanya kepada Astro AWANI di sini hari ini.
Walau bagaimanapun, Musa berkata beliau tidak kesal mengenai cara portal tersebut melaporkan berita itu kerana beliau percaya kepada kebebasan media.
"Apabila saya bercakap, saya meninggalkan segala-galanya ke atas intepretasi mereka. Dalam banyak kes terdapat intepretasi yang tidak baik. Jadi?
"Saya tidak meraung sebab itu. Juga saya tidak sebegini toleransi, saya benar-benar boleh menjadi orang yang berbahaya jika menjadi pemimpin. Tidak apa. Saya rasa orang ramai boleh mengintepretasinya.
"Dalam kes ini , persoalannya adalah pemahaman bahasa inggeris yang kurang baik. Pergi dan baca apa yang ditulis sekali lagi. Kemudian anda akan lihat, saya hanya menyenaraikan cadangan," katanya.
Dalam buku terbarunya 'Frankly Speaking', Musa dilaporkan berkata terdapat tiga cara untuk menyingkirkan Perdana Menteri termasuk menerusi UMNO, melalui campur tangan asing atau melalui pilihan raya umum akan datang.
T K Letchumy Tamboo
Fri Aug 12 2016
Tun Musa berkata, tindakan beliau menulis perkara berkenaan di dalam bukunya tidak bermakna beliau menyokong saranan itu. - Gambar fail
Tiga kilang perabot, kotak di Bandar Puncak Alam terbakar
Tiga premis dipercayai kilang perabot dan kotak di Taman Perindustrian Alam Jaya, Bandar Puncak Alam di Kuala Selangor dilaporkan terbakar malam ini.
Tumpuan Ahad – 15 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, pada Sabtu.
BN dan UMNO tetap rakan setia politik dengan PH
Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyatakan parti itu akan kekal setia sebagai rakan politik bersama Pakatan Harapan (PH) di dalam Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Jelas beliau, BN dan juga UMNO juga tidak akan termakan dengan ajakan serta pujukan daripada mana-mana pihak untuk meninggalkan gabungan sedia ada.
Saya dinasihatkan kekal sebagai MB Selangor - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan, termasuk merangka Rancangan Selangor Kedua yang dijangka siap pada 2026.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 14 Disember 2024.
10 Berita Pilihan - (14 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, hari ini.
Checkmate! remaja tewaskan juara bertahan dari China
Seorang remaja berusia 18 tahun dari India, Gukesh Dommaraju dinobatkan juara dunia catur termuda selepas menundukkan lawannya dari China yang juga juara bertahan, Ding Liren. Dommaraju menewaskan Liren dalam satu perlawanan dramatik yang berlansung di Singapura.
Saya dinasihat kekal sebagai MB sehingga akhir penggal - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan.
OHI: Saya ambil masa 15 tahun tulis buku 'Frankly Speaking' - Musa Hitam
Bekas Timbalan Perdana Menteri, Tun Musa Hitam mengambil masa 15 tahun untuk menulis buku terbaharunya 'Frankly Speaking' yang dilancarkan pada 10 Ogos lalu.
Cadangan tiga cara singkirkan PM bukan pendapat saya - Musa Hitam
Kenyataan berhubung tiga cara menyingkirkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak bukan cadangan daripada Tun Musa Hitam.
"Sistem dua parti baik untuk negara" - Musa Hitam
Bekas Timbalan Perdana Menteri, Tun Musa Hitam berpendapat sistem dua parti adalah baik untuk politik negara.
"Pilihan raya umum mungkin diadakan dalam masa terdekat" - Musa Hitam
Bekas Timbalan Perdana Menteri, Tun Musa Hitam menjangkakan Barisan Nasional akan mengadakan pilihanraya umum dalam masa terdekat.
Jasa Tun Musa Hitam kepada negara bangsa amat kami hargai - Sultan Nazrin Shah
Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah turut memuji kemampuan Tun Musa Hitam dalam memahami kehendak rakyat dengan mencari penyelesaian dalam sesuatu permasalahan.