Kerajaan negeri mencadangkan bantuan sara hidup nelayan dalam bentuk wang tunai sebelum ini diganti dengan pemberian kad subsidi bantuan makanan dan barang keperluan.
Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Pertanian dan Industri Asas Tani serta Pembangunan Luar Bandar negeri, Afif Bahardin berkata ia bagi memastikan nelayan dan keluarga mereka benar-benar mendapatkan barang keperluan asas daripada kedai-kedai terpilih mengikut had serta kelayakan yang ditetapkan.
"Cadangan pemansuhan bantuan sara hidup nelayan oleh Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad itu harus diteliti dengan wajar dan jujur. Hakikatnya ada banyak ruang penambahbaikan bagi dasar ini demi membela kehidupan serta nasib nelayan di seluruh negara.
"Saya berpandangan dasar bantuan sara hidup dalam bentuk pemberian wang tunai secara terus harus dihentikan dan diganti dengan dasar yang lebih bersasar seperti pemberian kad subsidi bantuan makanan serta barang keperluan," katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau berkata langkah itu bukan saja menepati ciri dalam mewujudkan jaringan keselamatan kepada nelayan tetapi pada masa sama menjadikan ia program subsidi bersasar.
BACA: Bantuan bulanan kepada nelayan diteruskan - Salahuddin
Afif berkata tindakan audit menyeluruh perlu dilaksanakan oleh Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) serta Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani bagi memastikan sebuah daftar nelayan yang bersih dan dikemaskini sahaja yang digunakan bagi mengurangkan salah guna serta ketirisan daripada terus berlaku.
"Selain itu, saya juga mencadangkan subsidi minyak kepada nelayan turut diberikan menerusi penggunaan kad pintar dengan kredit agar pembiayaan subsidi minyak lebih cekap serta telus. Langkah itu juga membolehkan hanya nelayan yang benar-benar layak menerima subsidi minyak diesel berdasarkan senarai daftar yang dikemaskini," katanya.
Sebuah portal berita yang memetik laporan sebuah akhbar berbahasa Inggeris melaporkan Perdana Menteri berkata kerajaan berhasrat memansuhkan bantuan bulanan kepada 57,000 nelayan.
Bantuan sara hidup kepada nelayan yang berjumlah antara RM200 dan RM300 bermula Jun 2008 itu bertujuan meringankan bebanan kos sara hidup golongan nelayan.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Jun 23 2018
Bantuan sara hidup kepada nelayan yang berjumlah antara RM200 dan RM300 bermula Jun 2008 itu bertujuan meringankan bebanan kos sara hidup golongan nelayan. - Gambar hiasan
Tumpuan Sabtu – 14 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (13 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
IPT di negara ini sedia sepenuhnya kuasai AI
Institusi pendidikan tinggi (IPT) di negara ini sudah bersedia menguasai bidang kecerdasan buatan (AI) sepenuhnya.
MCMC peruntuk RM13.7 juta baik pulih wifi di tiga IPTA
Sebanyak RM13.7 juta telah diperuntuk bagi meningkatkan akses internet di tiga universiti awam iaitu Universiti Malaya, Universiti Sains Islam Malaysia dan Universiti Malaysia Perlis.
Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil berkata, ia merupakan langkah awal dalam menyelesaikan masalah liputan internet yang telah lama membelenggu institusi pengajian tinggi.
Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil berkata, ia merupakan langkah awal dalam menyelesaikan masalah liputan internet yang telah lama membelenggu institusi pengajian tinggi.
MAHB beri peruntukkan RM1.4 juta untuk bantu mangsa banjir
Menerusi kenyataan media oleh MAHB pada jumaat, setakat ini, usaha bantuan ditumpukan di kawasan sekitar tiga lapangan terbang iaitu Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim di Alor Setar, Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra di Kota Bharu dan Lapangan Terbang Sultan Mahmud di Kuala Terengganu.
Tujuh suspek kes curi kabel, cuba langgar polis ditahan
Tujuh suspek disyaki dalang kes curi kabel di Jalan Lang Hitam, dekat Manjalara, Kepong di sini pada 4 Disember lalu ditahan dalam beberapa siri serbuan sekitar Kuala Lumpur serta Selangor.
Kes Bayi Beku: Polis akan rakam keterangan pihak hospital terlibat
Polis akan memanggil pihak hospital yang terlibat untuk dirakam keterangan berhubung kejadian tular membabitkan jenazah bayi disimpan dalam peti sejuk mayat di Klang baru-baru ini.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 13 Disember 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Mohamed al-Bashir pimpin solat Jumaat pertama selepas kejatuhan Assad
Rakyat Syria berkumpul di Masjid Umayyad, Damaskus untuk menunaikan solat Jumaat pertama selepas kejatuhan kerajaan Bashar al-Assad.
PRN: Sokongan meningkat, PN Selangor yakin rampas Selangor
Perikatan Nasional (PN) Negeri Selangor yakin dapat menakluk negeri itu pada Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang.
RN: PN Selangor adakan Konvensyen Pilihan Raya sejurus pembubaran DUN - Afif
Perikatan Nasional (PN) Negeri Selangor akan melancarkan Jentera Pilihan Raya PN Peringkat Negeri pada 24 Jun ini.
Pengurusan kes rayuan kes bekas ADUN cabar undang-undang lompat parti Pulau Pinang pada 5 Mei
5 Mei ditetapkan untuk pengurusan kes rayuan empat bekas ADUN Pulau Pinang yang gagal dalam saman mereka bagi mencabar kesahan usul yang diluluskan oleh DUN bagi mereka mengosongkan kerusi mereka.
Anwar PM ke-10: Pembentukan kabinet, Bajet 2023 jadi kayu ukur
Aspek tersebut akan menjadi cabaran kepada kerajaan perpaduan yang dipimpin oleh Anwar terutamanya dalam menentukan hala tuju negara.
Empat ADUN masih boleh bertugas - Chow Kon Yeow
Selagi Mahkamah Tinggi (Pulau Pinang) tidak membuat keputusan, mereka masih boleh menjalankan tugas sebagai ADUN seperti biasa.
PKR arahkan Tian Chua letak jawatan lantikan politik
Arahan itu dikeluarkan menerusi sepucuk surat yang ditandatangani oleh Setiausaha Agung PKR, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail bertarikh 29 Jun 2020.
Afif akui ada desakan lepas jawatan Exco Pulau Pinang
Keputusan melepaskan jawatan tersebut yang dipegang sejak tujuh tahun lalu diambil selepas perbincangan dengan Ketua Menteri, Chow Kon Yeow pada Rabu.
Dr Afif Bahardin letak jawatan Exco Pulau Pinang
Exco Pulau Pinang , Dr Afif Bahardin meletakkan jawatan sebagai Exco Pulau Pinang berkuatkuasa hari ini.
Dr Afif terima surat tunjuk sebab didakwa cetus rusuhan ketika kongres tahun lepas
Beliau hanya menerima surat itu petang Khamis, dan difahamkan beberapa lagi pimpinan AMK telah menerima surat yang sama, namun tidak mengetahui siapa yang telah menerima surat tersebut.
Kongres AMK kecoh, bekas pengerusi tetap dilarang masuk
Selain itu, pihak keselamatan turut cuba menghalang Exco Kerajaan Negeri Pulau Pinang Dr Afif Bahardin dari memasuki kawasan berkenaan, menyebabkan berlakunya pertembungan.