Calon yang akan dipilih bagi mewakili Barisan Nasional (BN) dalam Pilihan Raya Kecil Permatang Pauh (PRK) perlulah calon yang bersih, bebas daripada sebarang skandal dan paling penting dapat diterima masyarakat.
Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, kriteria itu perlu bagi memastikan BN merampas semula kerusi Parlimen tersebut pada PRK kali ini.
Katanya, beberapa nama telahpun disenaraikan untuk dipertimbangkan oleh pucuk pimpinan UMNO tidak lama lagi.
“Ini akan diputuskan tidak berapa lama lagi. Kita diberitahu, beberapa nama yang baik telah dikemukan oleh bahagian. Sebagaimana biasa, kita ambil kira semua faktor penerimaan daripada pengundi.
“Calon yang mempunyai rekod baik, tidak terbabit apa-apa skandal, ada latar belakang kelulusan pendidikan agak tinggi dan rapat dengan rakyat tempatan adalah antara kriteria yang kita ambil kira dan bahagian akan kemukakan secara rasmi.
“Akhirnya pimpinan akan buat keputusan. Ini akan dilaksanakan sebelum hari penamaan calon,” ujar Muhyiddin.
Beliau yakin calon yang dipilih itu nanti dapat diterima oleh semua masyarakat dan mampu memberi kemenangan kepada parti.
Muhyiddin berkata demikian dalam sidang media selepas mengadakan mesyuarat bersama jawatankuasa BN negeri dan UMNO Bahagian Permatang Pauh di Wisma Transformasi UMNO Permatang Pauh hari ini.
Muhyiddin yang juga Timbalan Presiden UMNO berkata BN juga telah menyusun beberapa strategi untuk menghadapi PRK kali ini.
Katanya, biarpun terpaksa berhadapan dengan cabaran yang hebat di kubu pembangkang itu, namun beliau yakin mampu menghadapinya dengan kerjasama parti komponen BN yang lain.
“Kita tahu kita adalah calon underdog kerana Permatang Pauh sejak dulu dikatakan kubu pada parti PKR namun begitu dalam politik tidak ada sesuatu yang mustahil.
“Cita-cita BN adalah untuk memang dalam PRK ini bagi membolehkan BN meneruskan usaha membantu membangunkan Permatang Pauh yang sekian lama agak terabai,” ujar Muhyiddin.
Dalam pada itu Muhyiddin berkata, dua Naib Presiden UMNO ditugaskan untuk membantu beliau dalam persediaan PRK Permatang Pauh dan juga di Rompin, Pahang.
Katanya, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang juga Menteri Dalam Negeri akan membantu dalam PRK Permatang Pauh manakala Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tu Hussein dipertanggungjawabkan bagi membantu jentera BN di PRK Rompin, Pahang.
Astro Awani
Sun Apr 12 2015
MUHYIDDIN: Beberapa nama telahpun disenaraikan untuk dipertimbangkan oleh pucuk pimpinan UMNO tidak lama lagi.
Piala ASEAN: Harimau Malaya bergelut raih kemenangan pertama
Skuad bimbingan Pau Marti Vicente bermula perlahan dikejutkan lawan pada separuh masa pertama apabila ketinggalan 1-2.
Tumpuan Khamis – 12 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Berbilion kes malaria berjaya dicegah pada abad ini - WHO
Sebanyak 17 negara kini secara rutin memberikan vaksin kepada kanak-kanak untuk mencegah malaria.
Pesakit di Hospital Indonesia di Gaza kelaparan
Kementerian Kesihatan Gaza berkata pada Selasa bahawa terdapat sekurang-kurangnya 60 pesakit dalam risiko tinggi.
Thailand ambil langkah komprehensif tangani cuaca buruk, dijangka melanda minggu ini
Jabatan Pengairan Diraja juga telah diarahkan membersihkan saluran air daripada rumpai dan halangan untuk mengelakkan banjir.
10 Berita Pilihan - (11 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
AWANI Tonight 11 Dec 2024
#AWANITonight with @Hafiz_Marzukhi
1. PSC proposes measures to tackle growing insurance costs
2. Malaysia on track to achieve high-income status by 2027, says Rafizi
#AWANIEnglish #AWANINews
1. PSC proposes measures to tackle growing insurance costs
2. Malaysia on track to achieve high-income status by 2027, says Rafizi
#AWANIEnglish #AWANINews
Johor, MOT wujudkan pasukan petugas khas bincang isu kesesakan, penyuraian trafik RTS
Pelbagai isu dan inisiatif dibincangkan dalam usaha mengurangkan kesesakan jalan raya khususnya di Johor Bahru dan Lembah Klang.
Lima anggota, pegawai polis tolak rasuah terima penghargaan KPN
Razarudin merakamkan ucapan tahniah kepada mereka kerana berpegang teguh dengan prinsip integriti ketika menjalankan tugas menjaga sempadan negara.
Libat urus telah diadakan sebelum putuskan tambah waktu bekerja jururawat - Dr Dzulkefly
Keputusan itu telah melalui beberapa pusingan libat urus termasuk dengan tujuh kesatuan sekerja termasuk persatuan jururawat.
BN mesti dikembalikan di pentas politik, pentadbiran Sabah - PBRS
Barisan Nasional (BN) mesti dikembalikan semula ke pentas utama politik dan pentadbiran Sabah menerusi Pilihan Raya Negeri (PRN) yang akan datang.
BN mampu raih lebih kerusi pada PRU16 jika ketepi isu remeh - Zahid
Barisan Nasional (BN) mampu menang lebih banyak kerusi pada Pilihan Raya Umum Ke-16 (PRU16) akan datang, sekiranya gabungan itu mengetepikan perkara-perkara remeh kata Ahmad Zahid.
PRK DUN Mahkota: BN guna pendekatan hibrid, gabung jentera bersama parti Kerajaan Perpaduan
BN akan menggunakan pendekatan hibrid dengan menggabungkan jentera parti itu bersama parti membentuk Kerajaan Perpaduan di PRK Mahkota.
[TIDAK RASMI] PRK Nenggiri: Awie menang semua peti undi Orang Asli
Calon Barisan Nasional (BN), Mohd Azmawi Fikri Abdul Ghani atau Awie menang di semua peti undi penempatan Orang Asli pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Nenggiri pada Sabtu.
BN anggap keputusan Bersatu lucut enam Ahli Parlimen, ADUN sebagai muslihat politik
Zambry menyifatkan keputusan Bersatu itu sebagai muslihat politik berbanding keutamaan untuk mengekalkan kestabilan.
BN tetap sokong calon Kerajaan Perpaduan di PRK Sungai Bakap - Ahmad Zahid
Ahmad Zahid berkata BN dan UMNO tetap bersedia dan akan menggerakkan jentera walaupun calon yang bertanding bukan gabungan berkenaan.
Bukan koman-koman, PRK Kemaman disifatkan ''battle of honour''
Pilihan Raya Kecil Kemaman disifatkan sebagai battle of honour yang menjadi medan penting untuk menilai dinamik dan landskap politik negara.
PRK Pelangai: Peluang PN, BN menang setara - Takiyuddin
Takiyuddin optimis PN mempunyai kelebihan, impak daripada strategi pecutan akhir yang dilakukan parti itu.
Kalau BN kalah PRK Pelangai, PH kena bertanggungjawab - Mohamad Sabu
Menjadi tanggungjawab jentera PH memastikan kemenangan calon BN di PRK Pelangai.
PRK Pelangai: Bapa ingatkan Amizar jangan tabur janji bulan bintang
"Usah berjanji bulan bintang semata-mata untuk meraih undi", itu pesan bapa kepada calon Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Pelangai Datuk Amizar Abu Adam.