Datuk Seri Syed Ali Alhabshee mengingatkan orang Melayu yang teruja untuk menjadi wakil rakyat agar tidak terpedaya dengan lamaran yang bakal dibuat DAP menjelang Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang.
Ketua UMNO Bahagian Cheras itu menjelaskan, DAP dikatakan akan meletakkan calon-calon Melayu di beberapa kerusi Parlimen pada PRU depan dalam usaha menumbangkan UMNO terutamanya Barisan Nasional (BN).
"Tindakan DAP itu jelas sekadar sandiwara untuk menunjukkan kepada rakyat terutama orang Melayu bahawa parti itu bukannya rasis.
"Namun apa yang terjadi adalah barisan kepimpinan tertinggi parti itu termasuk di peringkat negeri majoritinya tetap dibarisi pemimpin Cina manakala orang Melayu sekadar menjadi tukang sorak.
"Saya harap mana-mana pemimpin Melayu yang gila hendak menjadi Yang Berhormat agar tidak mudah memasuki perangkap DAP kerana mereka sekadar dijadikan alat untuk memecahbelahkan orang Melayu," tegasnya dalam catatan terbaru di laman blog umnobahagiancheras.blogspot.my miliknya.
Syed Ali berkata, DAP kini lebih aggresif untuk mencari mana-mana calon Melayu yang bersedia menjadi 'pak sanggup' berikutan terputusanya hubungan politik parti itu dengan PAS.
"Semasa PAS berada dalam Pakatan Rakyat, DAP tidak berdepan laluan sukar untuk meraih undi pengundi Melayu di sesetengah kawasan kerana faktor sokongan dan kerjasama dengan PAS.
"Kini PAS sudah memutuskan perkongsian kuasa dengan DAP termasuk PKR dan parti Amanah, mahu tidak mahu DAP terpaksa mencari mana-mana pemimpin politik Melayu untuk dijadikan pak sanggup.
"Orang Melayu yang bersedia menjadi pak sanggup kepada percaturan politik DAP boleh diibaratkan sebagain petualang yang sengaja merosakkan masa depan bangsa," ujarnya.
Tegasnya lagi, DAP sudah jelas dan terbukti sebuah parti yang hanya memperjuangkan kepentingan politik satu kaum sekali gua mempertikaikan tindakan segelintir orang Melayu yang tergamak menyertai parti itu.
"Bagaimana sensitiviti sesetengah orang Melayu yang boleh bersekongkol dengan DAP sedangkan parti itu tidak pernah secara terbuka menjelaskan akan membela nasib orang Melayu dan umat Islam di negara ini.
"Orang sebegini barangkali hanya memikirkan laba politik dan gila untuk diangkat sebagai wakil rakyat sehingga sanggup menjual harga diri dan maruah bangsa Melayu," tegasnya.
Dalam perkembangan lain, Syed Ali berkata slogan PKR untuk 'ranapkan UMNO habis-habisan' sekadar gimik politik dan untuk meraih sokongan pengundi menjelang PRU.
"PKR boleh mengeluarkan pelbagai slogan dan melancarkan perang saraf untuk melemahkan UMNO kerana ia sarat dengan fitnah dan penyelewengan fakta yang tidak bertanggungjawab.
"Saya percaya, perjuangan sebenar PKR hanyalah untuk kepentingan politik Datuk Seri Anwar Ibrahim yang kini sedang meringkuk di Penjara Sungai Buloh.
"PKR seperti sebelumnya, lantang atas sesuatu isu tetapi bukannya menjuruskan kepada agenda membela nasib rakyat, sebaliknya sekadar laungan fitnah untuk menarik perhatian umum," katanya.
Syed Ali turut menolak dakwaan pihak tertentu kononnya PKR terbukti mendapat sokongan rakyat kerana mereka mampu menawan Selangor.
"Sebenarnya PKR tidak mampu untuk menguasai Selangor jika tidak ada sokongan padu daripada DAP dan PAS," ujarnya.
Astro Awani
Thu Jan 14 2016
SYED ALI: Calon PRU: 'Melayu jangan jadi 'pak sanggup' DAP' - Gambar fail
Aaron-Wooi Yik Olimpian Tahunan 2024
Ia mengiktiraf pencapaian luar biasa mereka menyumbang pingat gangsa selepas menewaskan Kim Astrup-Anders Skaarup Rasmussen.
Berakhirnya pemerintahan Baath Syria buka jalan kepada keamanan - Erdogan
Erdogan mengulangi komitmen Turkiye untuk terus menyokong golongan tertindas di seluruh dunia.
Kesan kenaikan cukai import minyak sawit oleh India bersifat sementara - KPK
Kenaikan itu sebahagian daripada usaha India melindungi harga minyak tempatan dan menyokong industri pertanian domestiknya.
Ketiadaan akauntabiliti antarabangsa bolehkan Israel lakukan jenayah terhadap rakyat Palestin - PM Mustafa
Beliau berkata demikian semasa pertemuan dengan Wakil Khas Kesatuan Eropah untuk Proses Keamanan Asia Barat Sven Koopmans pada Rabu.
Qatar akan buka semula kedutaan di Damsyik selepas 13 tahun
Doha akan membuka semula kedutaannya di Syria tidak lama lagi selepas memuktamadkan pengaturan yang diperlukan.
Pusat Data Bagan Datuk bakal jadi pencetus perubahan ekonomi digital global
Ia bagi menyediakan infrastruktur kritikal untuk menyokong operasi perniagaan moden dan membuka peluang dalam sektor perkhidmatan kewangan.
Rusia: Penipu curi puluhan juta dolar melalui pusat panggilan ditahan
Penipu yang mencuri puluhan juta dolar daripada penduduk lebih 20 negara melalui tiga pusat panggilan telah ditahan di Moscow.
Protes diteruskan hingga Suk Yeol dipecat
Para penunjuk perasaan kekal mengadakan protes di bandar Seoul agar Presiden Yoon Suk Yeol dipecat daripada jawatannya.
Cubaan serbu pejabat Presiden Yoon Suk Yeol gagal
Menurut media tempatan, pihak polis tidak dapat memasuki bangunan utama kerana gagal mencapai persetujuan dengan pihak perkhidmatan rahsia mengenai kaedah penggeledahan dan penyitaan.
Bekas Menteri Pertahanan Korea cuba bunuh diri
Menurut Ketua Pesuruhajaya Perkhidmatan Korea, Shin Yong Hae pada Rabu, Kim kini sedang menerima rawatan susulan dan berada dalam keadaan stabil.
BN mesti dikembalikan di pentas politik, pentadbiran Sabah - PBRS
Barisan Nasional (BN) mesti dikembalikan semula ke pentas utama politik dan pentadbiran Sabah menerusi Pilihan Raya Negeri (PRN) yang akan datang.
BN mampu raih lebih kerusi pada PRU16 jika ketepi isu remeh - Zahid
Barisan Nasional (BN) mampu menang lebih banyak kerusi pada Pilihan Raya Umum Ke-16 (PRU16) akan datang, sekiranya gabungan itu mengetepikan perkara-perkara remeh kata Ahmad Zahid.
PRK DUN Mahkota: BN guna pendekatan hibrid, gabung jentera bersama parti Kerajaan Perpaduan
BN akan menggunakan pendekatan hibrid dengan menggabungkan jentera parti itu bersama parti membentuk Kerajaan Perpaduan di PRK Mahkota.
[TIDAK RASMI] PRK Nenggiri: Awie menang semua peti undi Orang Asli
Calon Barisan Nasional (BN), Mohd Azmawi Fikri Abdul Ghani atau Awie menang di semua peti undi penempatan Orang Asli pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Nenggiri pada Sabtu.
BN anggap keputusan Bersatu lucut enam Ahli Parlimen, ADUN sebagai muslihat politik
Zambry menyifatkan keputusan Bersatu itu sebagai muslihat politik berbanding keutamaan untuk mengekalkan kestabilan.
BN tetap sokong calon Kerajaan Perpaduan di PRK Sungai Bakap - Ahmad Zahid
Ahmad Zahid berkata BN dan UMNO tetap bersedia dan akan menggerakkan jentera walaupun calon yang bertanding bukan gabungan berkenaan.
Bukan koman-koman, PRK Kemaman disifatkan ''battle of honour''
Pilihan Raya Kecil Kemaman disifatkan sebagai battle of honour yang menjadi medan penting untuk menilai dinamik dan landskap politik negara.
PRK Pelangai: Peluang PN, BN menang setara - Takiyuddin
Takiyuddin optimis PN mempunyai kelebihan, impak daripada strategi pecutan akhir yang dilakukan parti itu.
Kalau BN kalah PRK Pelangai, PH kena bertanggungjawab - Mohamad Sabu
Menjadi tanggungjawab jentera PH memastikan kemenangan calon BN di PRK Pelangai.
PRK Pelangai: Bapa ingatkan Amizar jangan tabur janji bulan bintang
"Usah berjanji bulan bintang semata-mata untuk meraih undi", itu pesan bapa kepada calon Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Pelangai Datuk Amizar Abu Adam.