awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Keadaan kembali tenang selepas seminggu kekacauan - Ketua Polis Iran
China, Kanada perbaharui perjanjian pertukaran mata wang
Keputusan awal tunjuk Museveni mendahului Pilihan Raya Presiden Uganda
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Calon SPM terkandas banjir di Hulu Langat, penduduk bantu hantar ke pusat peperiksaan

Astro Awani
Astro Awani
04/12/2025
01:20 MYT
Calon SPM terkandas banjir di Hulu Langat, penduduk bantu hantar ke pusat peperiksaan
Air mula naik sejak jam 6 pagi, menyebabkan beberapa laluan utama ditutup termasuk di sekitar IKBN dan Sekolah Rendah Agama Dusun Tua. - Foto Info Warga Hulu Langat
HULU LANGAT: Beberapa calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) di Hulu Langat terkandas akibat banjir kilat pagi ini, namun berjaya tiba ke pusat peperiksaan dengan bantuan penduduk setempat.
Menurut Ketua Kampung Batu 16 Dusun Tua, Md Gadapi Ahmad Harmain, air mula naik sejak jam 6 pagi, menyebabkan beberapa laluan utama ditutup termasuk di sekitar IKBN dan Sekolah Rendah Agama Dusun Tua.
“Air telah melepasi paras bahaya. Fokus kami adalah menyelamatkan pelajar yang akan menduduki SPM pada jam 8.15 pagi,” katanya.
Di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Nanding, hanya seorang calon terkesan apabila rumahnya dinaiki air.
Pengetua sekolah, Rozman Abdul Kadir, memaklumkan bahawa pelajar tersebut berjaya digerakkan ke sekolah dengan bantuan penduduk.
“Calon dari Dusun Tua itu sempat tiba sebelum peperiksaan bermula. Calon lain dari Sungai Serai juga sempat sampai sebelum jalan ditutup,” katanya.
Penduduk tempatan turut menggunakan lori bagi memastikan pelajar tiba tepat pada masanya ke pusat peperiksaan.
Orang ramai dinasihatkan agar terus berwaspada dan mematuhi arahan pihak berkuasa susulan cuaca buruk yang masih berterusan di Hulu Langat.
Topic Berkaitan
#banjir
#calon SPM
#pusat peperiksaan
#Dusun Tua
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan