KUALA LUMPUR: Calon-calon bagi jawatan Timbalan Menteri akan dimuktamadkan dalam masa terdekat, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Perkara itu dimaklumkan Perdana Menteri menerusi perkongsian di laman Facebook beliau hari ini.
Anwar turut memaklumkan mesyuarat Kabinet mingguan pagi tadi berjalan dengan suasana yang harmoni dan produktif.
"Saya menegaskan bahawa isu-isu rakyat terutamanya masalah kos sara hidup harus diberi tumpuan dan diselesaikan sesegera mungkin," katanya dalam catatan tersebut.
Pada 3 Dis lepas, dua Timbalan Perdana Menteri dan 25 menteri Kabinet mengangkat sumpah jawatan di hadapan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah di Istana Negara di sini.
Dua Timbalan Perdana Menteri itu adalah Ahli Parlimen Bagan Datuk Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah serta Ahli Parlimen Petra Jaya Datuk Seri Fadillah Yusof yang juga Menteri Perladangan dan Komoditi.
Dalam satu lagi catatan, Anwar berkata beliau terbuka menerima cadangan yang lebih baik dalam membantu pesawah miskin di seluruh negara dan tumpuan kerajaan ketika ini ini adalah menggunakan kuasa untuk membela kepentingan rakyat terutamanya pesawah miskin.
"Kalau ada pihak lain yang ingin menyanggah usaha kerajaan dalam membantu pesawah miskin, pihak tersebut dipersilakan mengusulkan alternatif. Saya terbuka menerima cadangan yang lebih baik," kata Anwar.
Pada sidang media Isnin lepas, Anwar berkata kerajaan pimpinannya akan meneliti isu monopoli import beras yang dikuasai tokoh korporat Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary serta meneliti keuntungan beliau yang membeli pegangan Bernas milik Tan Sri Tan Boon Seng dengan harga RM800 juta dan Datuk Seri Shahidan Kassim (RM400 juta).
Anwar turut meminta supaya isu monopoli import beras yang dikuasai Syed Mokhtar tidak dipolitikkan kerana usaha itu berniat membantu pesawah miskin.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Dec 07 2022
Anwar turut memaklumkan mesyuarat Kabinet mingguan pagi tadi berjalan dengan suasana yang harmoni dan produktif. - Gambar fail
Banjir: Jumlah mangsa kekal 47 orang di dua negeri
Dua pusat pemindahan sementara (PPS) masih dibuka melibatkan dua negeri.
Malaysia pilih jalan sukar, tewas 0-1 kepada Thailand
Malaysia wajib menang menentang Singapura pada 20 Dis ini di Stadium Nasional Bukit Jalil.
Simposium Legenda Puteri Santubong dianjur tahun depan - Nancy
Datuk Seri Nancy Shukri berkata simposium itu bakal dianjurkan dengan kerjasama Arkib Negara Malaysia.
Inisiatif pendidikan tinggi percuma Sarawak satu peluang luar biasa - TYT
Yang di-Pertua Negeri Sarawak Tun Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata Sarawak memerlukan ramai tenaga mahir, untuk mencapai visi menjadi wilayah maju menjelang tahun 2030.
Rakyat Jepun bantah keganasan seksual tentera Amerika Syarikat
Rakyat Jepun pada petang Jumaat berhimpun di luar Kementerian Luar di Tokyo untuk membantah keganasan seksual oleh anggota tentera Amerika Syarikat yang ditempatkan di negara itu.
Indonesia sediakan sistem keselamatan siber sokong transformasi digital
Kementerian Komunikasi dan Hal Ehwal Digital sedang menyediakan sistem keselamatan siber bagi menyokong pelaksanaan transformasi digital di Indonesia.
Ekonomi ASEAN mengalami pertumbuhan stabil pada 2024 di sebalik cabaran
Asia Tenggara muncul sebagai antara rantau dengan pertumbuhan ekonomi paling pesat di dunia.
Tiga kilang perabot, kotak di Bandar Puncak Alam terbakar
Tiga premis dipercayai kilang perabot dan kotak di Taman Perindustrian Alam Jaya, Bandar Puncak Alam di Kuala Selangor dilaporkan terbakar malam ini.
Tumpuan Ahad – 15 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, pada Sabtu.
Bekas penyanyi Nidji, Giring dilantik Timbalan Menteri Kebudayaan Indonesia
Giring Ganesha akan berkhidmat sebagai Timbalan Menteri Kebudayaan bersama Fadli Zon yang dilantik sebagai Menteri Kebudayaan dalam Kabinet Merah Putih Presiden Prabowo Subianto.
Jualan Agro Madani: Usaha bantu usahawan dan pengguna
Program Jualan Agro Madani Mega ini juga membantu usahawan tani memasarkan produk mereka terus kepada pengguna.
[LAPOR LANGSUNG] Pecat serta-merta andai ada Jemaah Menteri terlibat rasuah - PM
Anwar menegaskan beliau menekankan tata kelola yang baik dalam kerajaan dan tidak akan bertolak ansur sama sekali dengan rasuah.
Kabinet Kerajaan Perpaduan: 27 Timbalan Menteri selesai angkat sumpah jawatan
27 Timbalan Menteri Kabinet Kerajaan Perpaduan mengangkat sumpah jawatan di hadapan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah di Istana Negara di sini pada Sabtu.
Timbalan Menteri: PM Anwar dijangka guna formula sama seperti pelantikan Menteri - Jeniri
Pelantikan barisan Timbalan Menteri Kerajaan Perpaduan yang akan diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dijangka melibatkan formula parti yang mendokong kerajaan itu.
PM Anwar menghadap Agong, persembah senarai timbalan menteri
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dijadual mempersembahkan senarai timbalan menteri kepada Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.
Kabinet Perpaduan: Senarai Timbalan Menteri diumum malam ini - PM Anwar
Ahli Parlimen Tambun itu berkata, beliau terlebih dahulu akan menghadap Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Riayatuddin Mustafa Billah Shah di Istana Negara dahulu untuk mendapat perkenan.
Kabinet Perpaduan: Komposisi kaum perlu diambil kira lantik Timbalan Menteri- Pemerhati politik
Pemerhati Politik melihat komposisi kaum perlu diambil kira dalam melantik Timbalan Menteri dalam Kerajaan Perpaduan.
Harapan masyarakat menjelang pembentukan Kabinet
Menjelang pembentukan kabinet yang akan diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob kelak.
80 ahli Parlimen dicadang bersidang dalam satu sesi
Cadangan itu dijangka dapat diputuskan minggu depan sebelum Parlimen mula bersidang.