Kedua-dua calon bagi jawatan timbalan presiden PKR adalah "pintar, cerdas dan mempunyai rekod yang baik", kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Anwar yang baru-baru ini memenangi jawatan Presiden PKR berkata demikian pada Siri Syarahan Kepimpinan Ho Rih Hwa yang dianjurkan oleh Singapore Management University.
Anwar selaku penceramah terkemuka ke-10 bagi Siri itu berucap atas topik bertajuk "Kepimpinan pada Abad Ke-21: Angin Perubahan".
Anwar menjawab soalan daripada hadirin yang bertanya bagaimana beliau akan menyatukan Mohd Rafizi Ramli dan Datuk Seri Mohamed Azmin Ali yang kedua-duanya bertanding merebut jawatan tersebut.
"Apa masalahnya? Ini adalah pemilihan demokratik. Mereka adalah dua personaliti... Mengapa pula ini akan membawa perpecahan dalam parti... (Kemungkinan) satu-satunya penyelesaian ialah tidak ada pertandingan... jadi saya akan mengikuti kaedah Korea Utara.
"Ini adalah demokrasi yang anda perlu bersikap toleransi... anda harus menerima hakikat bahawa mereka perlu berkempen... semangat demokratik yang mereka kekalkan untuk bertanding... memenangi pemilihan," kata beliau.
Pemilihan akan diadakan secara berperingkat bermula Sabtu hingga 28 Okt untuk memilih wakil Majlis Kepimpinan Pusat iaitu timbalan presiden, naib presiden, ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), ketua Wanita dan anggota majlis.
Anwar menang tanpa bertanding sebagai presiden PKR.
"Memang menjadi tugas saya sebagai presiden untuk membawa mereka bersama dan memberi peranan yang sesuai kepada calon yang tewas dalam pemilihan parti...lebih-lebih lagi ini adalah pemilihan di kalangan anggota parti," kata beliau.
Beliau menarik perhatian bahawa media yang "nampaknya" melaporkan bahawa terdapat perpecahan dalam PKR.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Sep 20 2018
Anwar menjawab soalan daripada hadirin yang bertanya bagaimana beliau akan menyatukan Mohd Rafizi Ramli (kiri) dan Datuk Seri Mohamed Azmin Ali (kanan) yang kedua-duanya bertanding jawatan timbalan presiden.
Francois Bayrou dilantik PM baharu Perancis
Presiden Emmanuel Macron lantik sekutunya dalam usaha untuk meredakan krisis politik yang semakin melemahkan pengaruhnya.
KL City nafi bekalan selesa JDT
JDT akan meneruskan saingan aksi kedua suku akhir dengan bertemu KL City pada 21 Dis ini di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri.
Skuasy Berpasukan Dunia 2024: Malaysia raih gangsa
Skuad wanita kebangsaan membawa pulang pingat gangsa apabila tewas 0-2 kepada Amerika Syarikat pada separuh akhir Kejohanan Skuasy Berpasukan Dunia 2024 di Hong Kong, malam tadi.
Jualan kenderaan baharu Malaysia turun lapan peratus pada November 2024 - MAA
Jualan kenderaan baharu Malaysia turun lapan peratus tahun ke tahun kepada 67,523 unit pada November 2024, susut daripada 73,262 unit pada bulan yang sama tahun lepas.
Prospek sektor korporat neutral pada 2025 - Fitch Ratings
Fitch Ratings berpandangan neutral terhadap sektor korporat Asia Pasifik (APAC) pada 2025.
MCMC peruntuk RM13.7 juta baik pulih WiFi di UM, USIM, UniMAP - Fahmi
MCMC peruntuk RM13.7 juta bagi tingkatkan akses internet di tiga universiti awam Universiti Malaya (UM), Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) dan Universiti Malaysia Perlis (UniMAP).
IPT di negara ini sedia kuasa AI sepenuhnya
Institusi pendidikan tinggi (IPT) di negara ini sudah bersedia menguasai bidang kecerdasan buatan (AI) sepenuhnya.
Sembilan siri latihan polis bantuan dirancang tahun depan
Sebanyak sembilan siri latihan polis bantuan dirancang untuk dilaksanakan di seluruh negara tahun hadapan berikutan permintaan yang semakin meningkat.
Pesaka sasar tujuh pingat emas di Kejuaraan Pencak Silat Dunia 2024
Pesaka meletakkan sasaran tujuh emas sama seperti edisi lepas bagi kontinjen pesilat negara yang akan membawa cabaran ke Kejuaraan Pencak Silat Dunia 2024 di Abu Dhabi.
MRA salur bantuan banjir bernilai lebih RM429,000
Sumbangan itu merangkumi bantuan makanan, bukan makanan dan perkhidmatan.
Batu Puteh: 'Saya tak pernah berdendam dengan Tun M, tapi ini soal wilayah' - Anwar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan beliau tidak pernah berdendam dengan Tun Dr Mahathir Mohamad berhubung isu kedaulatan Batu Puteh.
PM Anwar ucap tahniah kepada skuad FAM eRimau, Ahmad Muhaimin
Dalam aksi final semalam, skuad FAM eRimau mencipta sejarah apabila menjuarai kejohanan itu selepas menewaskan Maghribi 2-0.
NAIO disaran bentuk konsortium perkasa tenaga kerja AI tempatan
Pejabat Kecerdasan Buatan Kebangsaan (NAIO) perlu membentuk satu konsortium antara institut pengajian tinggi (IPT), industri teknologi dan kerajaan dalam memperkasa tenaga kerja tempatan dalam AI.
Kadar subsidi FLYsiswa naik kepada RM400 bermula Januari 2025 - PM Anwar
Kerajaan bersetuju menaikkan RM100 kadar bantuan subsidi pembelian tiket penerbangan menerusi FLYsiswa kepada RM400 seorang bermula 1 Januari 2025.
RCI Batu Puteh: Anwar serah kepada Ahli Parlimen untuk bincang
Laporan RCI mengesyorkan siasatan jenayah terhadap bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mengikut Seksyen 415(b), 417, dan 418 Kanun Keseksaan.
PM Anwar ingatkan AI tidak menyebabkan kehilangan pekerjaan
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengingatkan, penggunaan AI tidak akan menyebabkan kehilangan pekerjaan.
Kerangka digital dulu permulaan, kini kemestian - PM
Katanya, ketika menerajui Kementerian Kewangan lebih 20 tahun lalu, industri pendigitalan hanya dianggap satu permulaan dan bukan kemestian.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
PM Anwar terima kunjungan Menteri Luar Denmark
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menerima kunjungan Menteri Luar Denmark Lars Lokke Rasmussen di Bangunan Parlimen.
Dunia sembang tegakkan hak asasi tapi isu Palestin membisu, ini hipokrit - PM Anwar
Komuniti antarabangsa perlu bangkit untuk menegakkan semula prinsip asas keadilan dan kesaksamaan yang menjadi tunjang kepada Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).