CAMERON HIGHLANDS: Kawasan peranginan Cameron Highlands kembali menjadi tumpuan orang ramai setelah pergerakan rentas negeri dibenarkan berkuat kuasa Isnin lalu.
Tinjauan Sinar Harian pada Sabtu di beberapa lokasi tumpuan mendapati, berlaku penambahan bilangan kenderaan dan kehadiran orang ramai sejak jam 9 pagi sehingga berlaku sedikit kesesakan.
Mereka dilihat berkunjung ke lokasi tumpuan antaranya ladang teh di Ringlet, kebun strawberi di Tanah Rata, tempat makan di Taman Sedia, pasar malam di Brinchang dan pasar Kea Farm yang menjual pelbagai barangan tempatan seperti buah-buahan, sayuran, cenderahati dan makanan ringan.
Pengunjung, Saidi Ismail, 63, dari Kota Bharu, Kelantan mengambil kesempatan singgah bercuti ke Cameron Highlands selepas berkunjung ke rumah anaknya di Kuala Lumpur, Rabu lalu.
Katanya, mereka sekeluarga sudah menjangkakan kesesakan berlaku, namun tidak kisah kerana memang sudah lama menyimpan hasrat untuk bercuti selepas lebih setahun berdepan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
"Sebelum ini kalau ke mana-mana memang akan singgah Cameron Highlands, jadi bila kerajaan dah beri kebenaran, kita rasa seronoklah dapat luangkan masa bersama-sama keluarga.
"Cumanya dalam keadaan orang ramai ni, kenalah jaga-jaga, kekal patuhi semua SOP (prosedur operasi standard) untuk keselamatan diri dan keluarga," katanya yang kali terakhir ke Cameron Highlands dua tahun lalu.
Norhaiza Ab Ghani, 53, dari Wakaf Tapai, Terengganu teruja untuk menghabiskan cuti hujung minggu ini bersama keluarga di pusat peranginan itu.
Menurutnya, mereka tiba menaiki dua kenderaan dan telah menempah homestay untuk bermalam.
"Kalau sesak tu biasalah, nama pun tempat pelancongan, saya dan keluarga memang suka ke sini sebab suasananya sejuk, boleh beli sayur-sayur dan bunga segar dengan harga murah untuk dibawa pulang," katanya.
Penduduk, Mohamed Hashim Saad, 72, berkata, sejak seminggu lalu, jalan-jalan utama sudah sesak dengan kenderaan pelancong dari awal pagi hinggalah melewati malam.
Katanya, ada juga pengunjung terutama dari negeri jauh seperti Johor dan Kedah menjadikan surau dan masjid sebagai tempat berehat dan tidur sementara meneruskan perjalanan percutian mereka.
"Walaupun kedai-kedai belum dibuka sepenuhnya, orang luar tetap ramai datang sampaikan jalan ni sesak sampai ke malam.
"Bagi kami ini pemandangan biasa menunjukkan aktiviti ekonomi dan pelancongan di sini hidup kembali," katanya.
Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Pahang, Datuk Mohd Yusri Hassan Basri berkata, sebanyak 60 peratus pertambahan kenderaan direkodkan ke kawasan pelancongan itu sejak kelonggaran pergerakan diberikan kerajaan.
Menurutnya, berlaku sedikit kesesakan di lokasi tumpuan terutama di Kea Farm sepanjang dua kilometer, namun aliran trafik adalah terkawal.
"Keadaan kesesakan di Kea Farm ini biasa kerana pengunjung berhenti untuk membeli barang, keseluruhannya aliran trafik di sini adalah terkawal," katanya.
Beliau yang ditemui selepas melakukan pemantauan pematuhan SOP di kawasan tumpuan ramai pada Sabtu berpuas hati dengan tahap pematuhan orang ramai dan pemilik perniagaan setakat ini
Begitupun katanya, polis tetap menjalankan pemantauan ketat termasuk sekatan jalan raya mengejut atau 'snap check' di kawasan sempadan negeri bagi memastikan tiada individu tanpa vaksinasi melepasi masuk ke kawasan peranginan itu.
"SJR mengejut ini diadakan dari semasa ke semasa di Jalan Tapah-Cameron Highlands, Jalan Gua Musang-Lojing dan Jalan Simpang Pulai-Blue Valley untuk pastikan kehadiran pengunjung disaring dari awal.
"Kita tidak mahu mereka yang belum divaksin atau tidak lengkap dua dos vaksin Covid-19 cuba masuk ke sini," katanya.
Berita asal di Sinar Harian
Sinar Harian
Sun Oct 17 2021
Pasar Kea Farm antara lokasi tumpuan pengunjung yang datang melancong ke Cameron Highlands. -Foto Sinar Harian
Apple dilapor kurangkan pengeluaran Vision Pro susulan permintaan rendah
Walaupun jualan pada awalnya amat memberangsangkan, momentum tidak berterusan kerana unit awal hanya dibeli oleh peminat paling tegar Apple.
Nahas dua kenderaan punca insiden kecoh semasa pengebumian pegawai TLDM - Polis
Siasatan awal mendapati kejadian berlaku pada jam 7.45 malam selepas pemandu kereta terlanggar sebuah motosikal berhampiran dengan masjid.
KL20: MYStartup platform boosts Malaysia’s startup ecosystem
KL20: Shariah-compliant startup revolution
Ringgit dibuka rendah berikutan dolar kekal tinggi menjelang data KDNK AS
Pada 9 pagi, ringgit susut kepada 4.7825/7870 berbanding dolar AS daripada 4.7765/7780 ketika ditutup pada Rabu.
Isu penceramah pro-Zionis: 'Keluar! Anda tidak dialukan di negara ini!' - Rakyat Malaysia
Pada Rabu, Universiti Malaya (UM) mendapat kecaman kerana membenarkan Gilley menyebarkan propaganda Zionis dalam ceramahnya di universiti.
AWANI Ringkas: Mangsa nahas helikopter dikebumi hari ini
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Terengganu mampu tanggung 50 peratus hutang PTPTN rakyat
Perkara itu boleh dilaksanakan sebagaimana dilakukan kerajaan Sarawak bagi memberi suntikan dan galakan kepada golongan pelajar.
Buruh ladang warga Indonesia maut dipanah petir
Mangsa dikenali sebagai Kamarudin,40, berasal dari Montong Berore, Mataram, Lombok disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.
OpenAcademy: How microlearning transforms Malaysia's work landscape?
OpenAcademy, a Malaysian ed-tech startup, directly addresses the critical need for workforce upskilling in Malaysia. Their user-friendly mobile platform delivers microlearning modules focused on practical, industry-relevant digital skills. This empowers Malaysians at all career stages to enhance their skill sets and remain competitive in the evolving digital landscape.
14 keluarga terjejas dalam banjir kilat di Cameron Highlands
Banjir kilat berlaku ekoran limpahan sungai Kampung Raja dengan anggaran kedalaman air kira-kira 1.5 meter di lokasi.
Cameron Highlands bandar paling bahagia di Malaysia
Persepsi yang diberikan oleh penduduk di Cameron Highlands membuatkan ia dipilih sebagai bandar paling bahagia.
Sultan Pahang mahu pembaikan cerun penempatan Orang Asli Kg Sungai Ruil dipercepat
Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menggesa supaya projek pembaikan cerun di penempatan Orang Asli Kampung Sungai Ruil, Tanah Rata dipercepatkan.
Tanah runtuh Cameron Highlands, NRES tunggu laporan lengkap
NRES menunggu laporan lengkap berhubung kejadian tanah runtuh di Cameron Highlands, Pahang, pada Jumaat lepas yang meragut lima nyawa.
Tanah runtuh Cameron Highlands: Dua mayat terakhir ditemui
Pasukan mencari dan menyelamat petang tadi menemui mayat keempat dan kelima mangsa tertimbus dalam kejadian tanah runtuh di Batu 59, Blue Valley, Cameron Highlands pada Jumaat.
Penerokaan haram dikesan di kawasan runtuhan di Cameron Highlands
Penerokaan haram dikesan berlaku di kawasan runtuhan tanah di Batu 59, Blue Valley di sini.
Tanah runtuh Cameron Highlands: Mayat ketiga ditemui
Pasukan mencari dan menyelamat menemui mayat ketiga mangsa tertimbus dalam kejadian tanah runtuh di Batu 59, Blue Valley, Cameron Highlands pada Jumaat.
Tanah runtuh Cameron Highlands: Operasi hari kedua guna jentera berat
Kumpulan pertama 14 anggota dan dua ekor anjing K9 memasuki lokasi kira-kira jam 8.42 pagi manakala pasukan kedua 14 anggota jam 10 pagi.
SAR mangsa tanah runtuh di Cameron Highlands diteruskan pagi ini
Operasi bermula pada 8.30 pagi dengan melibatkan 158 anggota serta pegawai dari Pahang, Perak dan Selangor.
Tanah runtuh Cameron Highlands: Operasi SAR sebelah malam disambung SMART dan STORM
Dua ekor anjing pengesan dari Unit K-9 direhatkan setelah melakukan tugasan mencari dan menyelamat (SAR) melebihi tujuh jam.