KUALA LUMPUR: Satu-satunya cara untuk menyediakan perumahan mampu milik di kawasan utama dengan harga tanah yang tinggi adalah melalui campur tangan kerajaan secara langsung seperti subsidi dan kawalan sewa, kata Pengarah Urusan PropertyGuru DataSense (Malaysia) Joe Hock Thor.
Beliau melihat semula kepada penglibatannya dengan kerajaan Australia Barat dalam usaha memanfaatkan pemaju swasta untuk menambah baik -- menggantikan bangunan pangsapuri kecil yang tidak digunakan sepenuhnya dengan bangunan yang lebih besar dan berkepadatan tinggi -- yang membawa kepada bonus kepadatan untuk pemaju.
"Terdapat beberapa pilihan untuk pemaju yang bersedia untuk mengambil bahagian, termasuk menyerahkan sebahagian daripada pembangunan tersebut kepada negeri untuk perumahan sosial atau mewujudkan sebahagian daripada pembangunan itu untuk kawalan sewa.
"Pemaju akan dapat membina 20-30 peratus lagi atau dapat mengurangkan keperluan kawasan hijau mereka," katanya pada City Expo Malaysia (CEM) Star Talk secara maya hari ini.
Mengenai sama ada kawalan sewa akan memberi impak kepada nilai pada masa depan, Joe berkata kajian mengenai tahap impak belum muktamad.
"Bagaimanapun, ini adalah beberapa perkara yang perlu diteliti oleh perancang bandar dan pemaju untuk meningkatkan penawaran (perumahan mampu milik)," katanya.
Sementara itu, Joe berkata model bina untuk sewa (BTR) dan sewa untuk beli merupakan idea yang baik yang perlu dipertimbangkan.
Mengenai BTR, yang mungkin melibatkan pembinaan seluruh bangunan dan menyewakannya, katanya pulangan sewa di Malaysia hari ini tidak menjadikannya berdaya maju kecuali pemaju dapat membina lebih banyak unit supaya pelaburan setiap unit akan rendah dan pulangan sewa akan meningkat.
"Kadar sewa di Malaysia, pada masa ini, pada sekitar dua hingga tiga peratus. Dalam beberapa aspek, ini tidak meliputi gadai janji anda," katanya.
Joe berkata pemaju boleh menguruskan kos mereka dengan 'baik'.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Oct 12 2021
Satu-satunya cara untuk menyediakan perumahan mampu milik di kawasan utama dengan harga tanah yang tinggi adalah melalui campur tangan kerajaan secara langsung seperti subsidi dan kawalan sewa. - Gambar fail
Pekerja kilang belacan dituduh membunuh
Seorang pekerja kilang belacan didakwa di Mahkamah Majistret Teluk Intan atas tuduhan membunuh seorang lelaki, awal bulan ini.
K'jaan setuju salur peruntukan kepada pembangkang - Fadillah
Satu deraf MoU akan dirangka serta dipanjangkan kepada pihak pembangkang, sebagai langkah perundingan seterusnya.
Sistem GPS bawah laut dibangunkan untuk penyelam skuba
Sehingga lima individu boleh menggunakan DNS serentak untuk setiap pelampung.
UPKK 2023: 28,531 calon peroleh keputusan 8A
Sebanyak 88 peratus calon lulus keseluruhan, manakala pencapaian Gred Purata Skor UPKK secara keseluruhan pula ialah 1.89 mata.
WHO perbaharui gesaan untuk lindungi hospital Gaza
Ketua Pengarah WHO Dr Tedros Ghebreyesus, memperbaharui gesaan agar memberikan perlindungan kepada semua hospital di Semenanjung Gaza.
Penumpang harap banjir cepat pulih, hanya mahu pulang
Penumpang yang terkandas di Lapangan Terbang Antarabangsa Dubai, UAE mengharapkan cuaca lebih baik, banjir pulih supaya merekatidak lagi terkandas tetapi dapat menaiki pesawat dan pulang ke kampung halaman.
Ribut kencang, banjir besar badai Asia Barat
Hujan lebat yang melanda Asia Barat sejak dua hari lalu melumpuhkan bandar kewangan Dubai, menyebabkan banjir kilat di Emiriah Arab Bersatu (UAE) serta Bahrain dan mengorbankan lebih 18 nyawa di Oman.
Satu lagi konsert, Harimau Malaya pertimbang tukar venue
FAM tidak menolak akan mengetepikan Rumah Harimau Malaya, Stadium Nasional Bukit Jalil, jika gelanggang itu masih lagi terjejas untuk baki kempen kelayakan Piala Dunia 2026.
Misi Flotila ke Gaza bermula hari ini
Seramai 20 aktivis Malaysia akan menyertai Misi Flotila ke Gaza yang dijangka berlepas pada Ahad ini di mana misi ini akan bermula di Istanbul Turki pada Khamis sebagai persediaan akhir dan dijangka berlepas ke Gaza nanti.
AWANI Ringkas: Susulan letusan Gunung Berapi Ruang di Indonesia
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Maklumat salah krisis yang semakin meningkat - Anwar
Maklumat yang salah dan palsu yang memudaratkan merupakan krisis semakin meningkat yang mencapai titik kritikal, menandakan keperluan segera untuk campur tangan kerajaan dan kerjasama antarabangsa bag
FIFA tarik balik penggantungan Zimbabwe
Penggantungan itu dikenakan lebih setahun lalu selepas FIFA melihat campur tangan kerajaan dalam pentadbiran sukan itu.
Campur tangan kerajaan secara langsung diperlukan bagi sedia rumah mampu milik di kawasan utama - PropertyGuru
Satu-satunya cara untuk menyediakan perumahan mampu milik di kawasan utama dengan harga tanah yang tinggi adalah melalui campur tangan kerajaan secara langsung seperti subsidi dan kawalan sewa.
Utusan 'baharu' perlu neutral, bebas campur tangan kerajaan, parti politik - Penganalisis
Penganalisis Politik & Media Sosial UiTM Shah Alam, Prof Madya Dr Sara Chinnasamy menegaskan pentingnya Utusan bebas daripada mana-mana parti politik sekiranya inginkan kebebasan media.
Tujuan utama untuk pulihkan MAS, bukan siapa yang melaksanakannya, kata Munir Majid
Katanya, selepas beberapa siri pelan pemulihan menemui kegagalan, Malaysia perlu lebih realistik dan sedar perniagaan syarikat penerbangan merupakan industri antarabangsa.