Cebisan mayat ditemukan di lokasi pesawat Sriwijaya Air terhempas

Astro Awani
Januari 9, 2021 22:48 MYT
Pasukan Tindakan Kecemasan dilaporkan berjaya menemukan cebisan mayat nahas semasa melakukan operasi mencari dan menyelamat di lokasi Pesawat Sriwijaya Air terhempas di kawasan perairan Kepulauan Seribu. -AP
JAKARTA: Pasukan Tindakan Kecemasan dilaporkan berjaya menemukan cebisan mayat semasa operasi mencari dan menyelamat dijalankan di lokasi pesawat Sriwijaya Air terhempas di perairan Kepulauan Seribu.
Menurut Kapten EKo Surya Hadi, mereka turut menemukan jaket keselamatan, avtur (bahan bakar turbin penerbangan) dan serpihan pesawat.
Pasukan itu turut mendedahkan gambar beg hitam yang dibawa keluar dari operasi pencarian dan kebanyakannya mengandungi serpihan-serpihan dari pesawat.
BACA: Nahas Sriwijaya: Koordinat nahas ditemukan, SAR diteruskan pagi ini
BACA: Nahas Sriwijaya: Palang Merah sediakan 100 beg mayat, bot
BACA: Pesawat Sriwijaya Air disahkan terhempas - Menteri Perhubungan Indonesia
Pesawat Sriwijaya Air dilaporkan hilang sekitar empat minit selepas berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Soekarno-Hatta, Jakarta.
Pesawat itu dikatakan terjunam 10,000 kaki ketika dalam perjalanan ke Pontianak di Kalimantan Barat.
Pesawat malang itu membawa lebih 60 penumpang termasuk 10 kanak-kanak.
Pada Sabtu, Angkatan Laut Indonesia melaporkan koordinat terakhir pesawat itu hilang dan susulan itu, operasi mencari dan menyelamat digerakkan ke lokasi kejadian.
Pada hari kejadian, beberapa penduduk di kepulauan berkenaan dilaporkan turut mendengar dua letupan kuat sebelum serpihan pesawat ditemui di laut.
#cebisan mayat #SJ182 #nahas sriwijaya air #pesawat terhempas #Lapangan Terbang Antarabangsa Soekarno-Hatta #beg mayat