KUALA SELANGOR: Seorang pekerja pembersihan rumah cedera dua jari kanan selepas mercun bola diguna untuk menghalau monyet meletup di tangannya di Bukit Belimbing di sini pada Selasa.
Masturi Mustafa, 45, berkata kejadian kira-kira jam 3.30 petang itu berlaku di rumah adiknya sewaktu menjalankan kerja pembersihan rumah.
Menurutnya, mercun bola itu digunakan untuk menghalau monyet berkeliaran, namun tidak menyangka ia tiba-tiba meletup di tangan.
"Saya tidak sangka mercun bola meletup menyebabkan dua jari tangan saya berdarah dan lebih menyakitkan terdapat dua cincin pada tangan yang cedera," katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Selasa.
Menurut Masturi, akibat kejadian itu, dia kemudian dihantar adik iparnya ke Hospital Tanjong Karang untuk menerima rawatan lanjut.
Sementara itu, Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Norazam Khamis berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 6.28 petang.
Beliau berkata, seramai empat anggotanya dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tanjong Karang dihantar ke hospital itu selepas menerima aduan mengenai kejadian terbabit.
"Sebaik sampai, kita dapati terdapat dua cincin tersekat pada jari mangsa yang dalam keadaan membengkak," katanya.
Menurutnya, operasi menanggalkan dua cincin itu mengambil masa kira-kira 12 minit menggunakan peralatan khas.
"Operasi itu sepenuhnya tamat pada jam 6.44 petang," katanya.
*Berita asal di Sinar Harian
Sinar Harian
Wed May 25 2022
Dua jari kanan mangsa cedera selepas mercun bola diguna untuk menghalau monyet meletup di tangannya di Bukit Belimbing di sini pada Selasa. -Foto Sinar Harian
Nestlé Malaysia Bhd kembali perkenal peraduan Nestlé Gaji Seumur Hidup
Nestlé Malaysia Bhd memperkenalkan semula peraduan Nestlé Gaji Seumur Hidup sebagai sebahagian daripada komitmen berterusan dalam meningkatkan kesejahteraan rakyat dan menyumbang kepada komuniti tempatan.
Pelaksanaan SKDS 2.0 bantu elak ketirisan, seludup diesel berterusan
Pelaksanaan Pelaksanaan Sistem Kawalan Diesel Bersubsidi 2.0 (SKDS 2.0) bersama Industri Pengangkutan Barangan merupakan langkah dalam mewujudkan persekitaran lebih kondusif dan mengelak ketirisan dan penyeludupan berterusan.
Lawatan Rasmi: Mohamad ke China bermula hari ini
Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan mengadakan lawatan rasminya yang pertama ke China selama tiga hari bermula hari ini.
Kupang Port Dickson masih belum selamat dimakan
Larangan terhadap pengambilan kerang-kerangan (dwicengkerang) dari perairan Port Dickson masih lagi dikuatkuasakan demi keselamatan pengguna.
Sivasangari kini ranking ke-11 dunia
Jaguh skuasy wanita negara S. Sivasangari semakin menghampiri kelompok 10 pemain terbaik dunia selepas melonjak dua anak tangga menduduki ranking ke-11 dunia.
Sultan Selangor zahir dukacita, insiden menyayat hati
Sultan Sharafuddin menambah baginda amat menghargai jasa, bakti dan pengorbanan anggota TLDM yang gugur semasa bertugas.
Mayat mangsa dibawa ke HRPB untuk proses bedah siasat
Kesemua 10 mayat mangsa nahas dua helikopter milik Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) akan dihantar ke Hospital Raja Permaisuri Bainun, Ipoh untuk proses bedah siasat.
10 maut Helikopter bertembung di Lumut
Dua buah helikopter milik Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dilaporkan terhempas ketika menjalani raptai di Kem Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) Lumut, Manjung, Perak.
AWANI Ringkas: 10 anggota TLDM maut | Subsidi bersasar
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Guru di kawasan pedalaman Sabah tinggal dalam rumah usang
Aliakbar berkata, beliau banyak menerima aduan daripada pendidik di luar bandar termasuk dari kawasan Sipitang.
Naim Daniel cedera dahi, pecah kuku jari main mercun bola
Alahai 'Ayam' mujur tak serius...
Cedera dua jari gara-gara guna mercun halau monyet
Operasi menanggalkan dua cincin itu mengambil masa kira-kira 12 minit menggunakan peralatan khas.
Remaja putus tiga jari akibat mercun bola - Polis
Seorang remaja lelaki berusia 14 tahun putus tiga jari tangan kanan selepas terkena mercun bola dalam kejadian di Kampung Lembah Beris Kubur Besar di Tawang, Bachok, semalam.
MPV terbabas bawa enam guni mercun bola di Pasir Mas - Polis
Orang awam memaklumkan kepada polis, sebuah Toyota Wish telah terbabas dalam keadaan terbalik ke dalam parit air.
Dua lelaki ditahan baling mercun di sekatan jalan raya
Sebelum kejadian, anggota polis ternampak kedua-dua suspek berusia 16 hingga 20 tahun itu menaiki motosikal dalam keadaan mencurigakan.
Kanak-kanak 11 tahun putus 3 jari terkena mercun bola
Seorang kanak-kanak lelaki berusia 11 tahun putus tiga jari tangan kanan selepas terkena mercun bola dalam satu insiden di Kampung Kedai Buloh di sini pada Rabu.
Kes pertama, kanak-kanak 11 tahun cedera akibat letupan mercun bola
Seorang kanak-kanak lelaki berusia 11 tahun cedera akibat letupan mercun bola berhampiran rumahnya di Besut dalam kejadian 9.15 malam tadi.
'Cacat dah aku' - Mangsa kesal hilang empat jari akibat mercun
Mangsa, Mohammad Iqhbal Anuri, 13, berkata, dia bersama beberapa rakannya membuka semula 20 mercun bola manakala belerangnya diletakkan dalam botol.
Akibat trauma, pemuda peluk bantal setiap kali terdengar bunyi mercun
Tragedi tujuh tahun lalu masih tersemat di minda Mohd Sohibollah Saad apabila letupan 200 mercun bola mengakibatkan mata kirinya buta.
Tiga pelajar serang sekolah dengan bom buatan sendiri ditahan
Tiga pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Penambang yang disyaki menyerang sekolah dengan bom buatan sendiri berjaya ditahan polis