Seorang ketua pegawai eksekutif (CEO) bergelar 'Datuk Seri' sebuah syarikat pembekal minyak kapal terbang mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan pecah amanah lebih RM300,000.
Datuk Seri Anuar Ghazali, 46, didakwa sebagai orang yang diamanahkan dengan lima keping cek syarikat berjumlah RM306,000 dengan curangnya melakukan pecah amanah cek itu dengan cara yang salah.
Dia dituduh melakukan kesalahan itu di Syarikat Carrier Corp Petroleum Sdn Bhd, D-09-10, Jalan PJU 1A/7, Ara Damansara di sini antara 8 pagi hingga 5 petang, pada 26 Nov hingga 23 Dis tahun lalu.
Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 409 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 14 tahun dan sebat dan boleh juga dikenakan denda, jika sabit kesalahan.
Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Nur Aishah Ahmad Zakiuddin tidak menawarkan sebarang jaminan terhadap tertuduh. Peguam Ahmad Zahid Abu Hashim yang mewakili Anuar memohon mahkamah membenarkan jaminan yang rendah terhadap anak guamnya atas alasan dia merupakan penanggung utama keluarga. Hakim Azwarnida Affandi membenarkan tertuduh diikat jamin RM20,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 18 Jan untuk sebutan semula kes. -- BERNAMA
Bernama
Thu Dec 15 2016
Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 409 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 14 tahun dan sebat dan boleh juga dikenakan denda, jika sabit kesalahan. - Gambar hiasan
Protes diteruskan hingga Suk Yeol dipecat
Para penunjuk perasaan kekal mengadakan protes di bandar Seoul agar Presiden Yoon Suk Yeol dipecat daripada jawatannya.
Cubaan serbu pejabat Presiden Yoon Suk Yeol gagal
Menurut media tempatan, pihak polis tidak dapat memasuki bangunan utama kerana gagal mencapai persetujuan dengan pihak perkhidmatan rahsia mengenai kaedah penggeledahan dan penyitaan.
Bekas Menteri Pertahanan Korea cuba bunuh diri
Menurut Ketua Pesuruhajaya Perkhidmatan Korea, Shin Yong Hae pada Rabu, Kim kini sedang menerima rawatan susulan dan berada dalam keadaan stabil.
Seorang menteri Afghanistan terbunuh dalam letupan
Seorang menteri utama dalam pentadbiran sementara Taliban Afghanistan terbunuh pada Rabu dalam letupan di ibu negara Kabul.
PBB akan undi gencatan senjata segera dilaksanakan
Resolusi itu juga menuntut pembebasan semua tebusan dan akses tanpa halangan untuk bantuan kemanusiaan kepada Gaza.
Fenomena La Nina berkembang lebih 50 peratus hingga Feb 2025
Kemungkinan lebih 50 peratus fenomena La Nina dilaporkan akan berkembang dalam tempoh tiga bulan mendatang.
127 terbunuh dalam dua hari di Sudan
Terbaharu pada Selasa, kumpulan hak asasi manusia, Emergency Lawyers memaklumkan sekurang-kurangnya 20 termasuk 14 orang yang menaiki bas terbunuh di Omdurman, Sudan.
Suspek bunuh CEO bakal mohon esktradisi
Menurut peguam Luigi Mangiyone, Thomas Dickey, pihaknya akan melakukan permohonan itu mengikut peraturan undang-undang perlembagaan.
[TERKINI] Harimau Malaya raih tiga mata berharga, tewaskan Timor Leste
Skuad Harimau Malaya mencatatkan kemenangan pertama kumpulan A dalam saingan Piala ASEAN 2024 selepas menewaskan Timor Leste 3-2.
Astro sambung hak eksklusif EPL hingga 2027/28
Selain siaran langsung, Astro turut akan menerbitkan kandungan istimewa seperti wawancara eksklusif dan siri "From KL to PL" yang akan ditayangkan pada Januari 2025.
CEO syarikat bergelar 'Datuk Seri' didakwa pecah amanah lebih RM300,000
Seorang CEO sebuah syarikat pembekal minyak kapal terbang mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini atas pertuduhan pecah amanah.