Charles Santiago kini setaraf dengan sayakah? - Tun Mahathir

Abd Hadi Che Awang
Ogos 12, 2019 11:17 MYT
TUN MAHATHIR: Kalau boleh dapat pandangan dia, (bermakna) dia setaraf dengan saya. - Gambar fail/Astro AWANI
Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, dalam nada sinis hari ini menyifatkan kedudukan Ahli Parlimen Klang, Charles Santiago, ketika ini ‘setaraf’ dengan dirinya.
Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan pemimpin DAP terbabit terhadapnya yang dikatakan sering membuat keputusan secara berseorangan.
"Di masa depan (nanti) apabila saya nak buat keputusan saya tanya (dahulu) boleh atau tidak (kepada) Santiago, boleh atau tidak boleh buat.
“Kalau boleh dapat pandangan dia, (bermakna) dia setaraf dengan saya," katanya secara sinis.
Mahathir berkata demikian ketika ditemui media selepas Majlis Ramah Mesra Dan Penyerahan Daging Korban peringkat DUN Ayer Hangat di Masjid Al-Hana, Padang Matsirat pada Isnin.
BACA: Tun Mahathir tidak boleh terus buat keputusan sendirian - Charles Santiago
Hari ini, Santiago dalam satu catatan di laman Facebook rasminya, berkata situasi sekarang menunjukkan seolah-olah Dr Mahathir bertindak sendirian, walaupun datang dari parti yang dikira minoriti dalam Pakatan Harapan.
Tambahnya, sudah tiba masanya untuk menilai kembali proses membuat keputusan di kalangan Majlis Presiden Pakatan Harapan.
#Ahli Parlimen Klang #Charles Santiago #Charles Santiago setaraf #DAP #Majlis Presiden Pakatan Harapan #Pakatan Harapan #Perdana Menteri