THOMAS Tuchel tidak berselindung kegagalan peralihan taktikalnya ketika Chelsea tewas 0-1 kepada Manchester City di kandang sendiri dalam pertembungan Liga Perdana Inggeris (EPL), malam tadi.
Malah, dia lekas mengakui kesilapannya: "Mungkin ia berpunca daripada saya."
Kekebalan Chelsea pada musim ini akhirnya roboh juga dan lebih perit lagi berlaku di Stamford Bridge, di mana jaringan Gabriel Jesus dalam babak kedua menjadi jurang kedua-dua pasukan itu.
Pada awal permainan, pengurus berbangsa Jerman itu membariskan tiga pertahanan tengah selain menggandingkan Romelu Lukaku dengan Timo Werner buat pertama kalinya di bahagian serangan.
Dengan tiga bek tengah sementara pertahanan lain bergerak di bahagian sayap, The Blues berdepan kekangan kreativiti tatkala City mahu membalas dendam atas kekalahan mereka dalam final Liga Juara-Juara.
"Kami kalah dalam permainan ini dan saya rasa City memang layak menang," kata Tuchel kepada BT Sport.
"Sebelum gol itu dijaringkan, kami sangat mantap di bahagian pertahanan tetapi sayangnya, 80 meter selebihnya kami tidak cukup bagus untuk melepaskan diri daripada tekanan, menguasai bola dan bukan setakat mengawal bola untuk melegakan situasi. Sebaliknya menguasai bola untuk menukar rentak permainan dan menghukum mereka dan meningkatkan keyakinan.
"Kami juga bertahan dengan baik di dalam kotak penalti, cemerlang tetapi inilah satu-satunya bahagian perlawanan (yang menyenangkan).
"Persembahannya tidak cukup kompleks, secara keseluruhannya kami tidak berada di tahap terbaik. Anda memerlukan tahap terbaik sebagai dorongan agar perlawanan seperti ini memihak anda."
Astro Arena
Sun Sep 26 2021
Reaksi Thomas Tuchel ketika perlawanan EPL antara Chelsea dan Manchester City di Stadium Stamford Bridge, London, 25 Sept, 2021. (Foto AP)
Freedom Flotilla to Gaza: Penangguhan pelayaran taktik Israel gagalkan misi - FFC
Menurut Fauziah, tekanan demi tekanan akan terus diberikan bagi memastikan misi ini gagal sepenuhnya.
Freedom Flotilla to Gaza: Pelayaran sekali lagi ditangguh, Israel didakwa terus cetus kekacauan - FFC
Rejim Israel terus-menerus mahu menghalang pergerakan kapal-kapal terlibat dalam misi ini.
Taikun Vietnam dihukum penjara 8 tahun kerana tipu pelabur AS$40 juta
Tran Qui Thanh didapati bersalah menipu pelabur berhubung pinjaman yang dikeluarkan pada 2019 dan 2020.
Negara perlu beri pengajaran tegas, haramkan Bruce Gilley
Wisma Putra wajar menggesa kedutaan AS tampil memberi penjelasan dan memohon maaf kepada rakyat serta kerajaan Malaysia.
PRK KKB: MIPP jamin PN akan terima undi terbesar kaum India
Punithan berkata, pihak lawan dilihat mula menunjukkan kebimbangan dan rasa takut dengan kekuatan yang dimiliki PN ketika ini.
Akaun Fleksibel KWSP bantu penuhi keperluan kecemasan pencarum - Pakar
Ia merupakan antara alternatif KWSP untuk memenuhi keperluan dan dana kecemasan pencarum dalam mendepani cabaran menjalani kehidupan sebelum bersara.
Trend kenaikan harga emas di Malaysia mungkin berkekalan - Penganalisis
Trend kenaikan harga emas di Malaysia mungkin akan berterusan, didorong oleh gabungan pelbagai faktor ekonomi global dan gelagat pelabur.
Capital A akan jual 100 peratus kepentingan dalam AirAsia Aviation Group, AirAsia dengan harga RM6.8 bilion
Ia memeterai perjanjian jual beli saham bersyarat dengan AAG untuk menjual AAAGL bernilai RM3 bilion manakala AAB dengan harga RM3.8 bilion.
Jawatankuasa RTG pertimbang senaraikan Nurul Izzah dalam program Fast Track RTG
Hannah berkata segala keputusan mengenai program berkenaan akan dibincangkan dan diputuskan bersama jawatankuasa program.
KWSP: Mengimbangi mandat persaraan dan sokongan kelangsungan ekonomi ahli - Pakar
Mohd Afzanizam menegaskan bahawa KWSP bukan satu-satunya organisasi yang bertanggungjawab dari segi menambah baik kehidupan masyarakat.
Bayern Munich mahukan Ole Gunnar Solskjaer sebagai pengganti Thomas Tuchel?
Tuchel berada di bawah tekanan bersama The Bavarians selepas tiga kekalahan berturut-turut, di tangan Bayer Leverkusen, Lazio dan Bochum.
Kahn nafi Bayern 'panik' lepaskan khidmat Nagelsmann
Dortmund adalah lawan Bayern seterusnya, dan pengendali yang akan datang Tuchel juga merupakan bekas jurulatih Dortmund.
Potter ganti Tuchel di Stamford Bridge
Potter yang diikat lima tahun di Stamford Bridge dijadual memulakan tugas berdepan Fulham hujung minggu ini.
Thiago Silva hantar ucapan penuh emosi buat Tuchel
Isu luar padang dan hubungan Tuchel dengan pemilik baharu kelab itu yang retak dipercayai menjadi punca utama di sebalik pemecatannya.
Pengurus Chelsea dipecat: Tuchel mangsa kerakusan pemilik baharu
Berita mengejut pemecatan pengurus Chelsea, Thomas Tuchel, barangkali satu tindakan yang langsung tidak masuk akal.
Thomas Tuchel bukan lagi pengurus Chelsea
Pengendali berusia 49 tahun itu dipecat oleh pemilik baru Chelsea hanya tiga bulan selepas kelab itu diambil alih.
UCL: Tuchel berang Chelsea pamer aksi hambar
Tuchel merungut 'kekurangan keazaman' pasukannya ketika mereka tersungkur di tempat lawan ketiga berturut-turut.
Aubameyang bukan jenis pemain bawa pengaruh buruk, kata Tuchel
The Blues telah dikaitkan dengan perpindahan Aubameyang selepas Tuchel mengakui bahawa mereka sedia mempertimbangkan pemain baru.
Tuchel dedah Chelsea cadang polisi baru pembelian pemain
N'Golo Kante dan Ruben Loftus-Cheek terlepas jelajah The Blues di AS berikutan tidak divaksinasi.
Lukaku punyai masa depan bersama Chelsea - Tuchel
Lukaku mengharungi musim pertama yang mengecewakan selepas kembali ke England selepas berhijrah ke Stamford Bridge dari Inter Julai lalu.