BEIJING: Negara ekonomi kedua terbesar dunia China menyasarkan 40 peratus populasinya divaksin menjelang Jun.

Menurut Ketua Kumpulan Pakar Suruhanjaya Kesihatan Kebangsaan China, sehingga kini 52 juta dos vaksin COVID-19 telah diberikan.

Ini kali pertama China mengumumkan sasaran vaksinasi sejak ia melaksanakan kempen imunisasi bersasar pada pertengahan Disember 2020.

Menurutnya, sehingga kini 3.56 peratus daripada 1.4 billion populasinya telah divaksin berbanding Amerika Syarikat (AS) pada 22 peratus.

Menurut Ketua Pusat Kawalan Penyakit China, negara tersebut hanya boleh kembali kepada keadaan hampir normal pada musim panas depan.

Tambah CDC China, jika kedua negara mencapai tahap imuniti kelompok, sekatan mungkin boleh dihapuskan untuk membenarkan perjalanan antara kedua negara.