Christian Eriksen kembali bermain pada hari jadi ke-30

Astro Arena
Februari 15, 2022 01:21 MYT
Aksi Christian Eriksen ketika muncul di padang sebelum perlawanan EPL antara Brentford dan Crystal Palace di Stadium Komuniti Brentford, London, 12 Feb 2022. (Foto AP)
CHRISTIAN Eriksen kembali beraksi sebagai bermain bola sepak malam tadi -- buat kali pertama sejak mengalami serangan jantung dalam Euro 2020 pertengahan tahun lalu.
Brentford menandatangani Eriksen pada Januari lalu dengan satu kesepakatan sehingga penghujung musim ini selepas dilepaskan Inter Milan pada Disember lalu.
Pemain tengah itu tidak dapat beraksi secara profesional di Itali selepas terpaksa menggunakan alat implantable cardioverter-defibrillator (ICD) di jantungnya
Pemain kebangsaan Denmark itu tidak pernah beraksi sejak insiden itu, di mana ia berlaku ketika pasukannya tewas 0-1 kepada Finland pada 12 Jun lalu.
Bagaimanapun, pada ulang tahun kelahirannya yang ke-30 semalam, Eriksen beraksi selama 60 minit buat Brentford dalam satu perlawanan persahabatan tertutup menentang Southend United.
Brentford menewaskan lawan daripada Liga Kebangsaan itu 3-2 dengan bekas perancang Tottenham itu turut menyumbangkan satu bantuan gol yang disempurnakan Josh Dasilva, yang menjaringkan hatrik dalam aksi pertamanya itu selepas pulih daripada kecederaan.
Laman web rasmi kelab itu melaporkan "Eriksen kelihatan sibuk di bahagian tengah" dan "hampir menjaringkan gol pada awal permainan tetapi dinafikan benteng lawan".

Happy birthday @ChrisEriksen8 What a present as well with an hour and an assist on his return to action this afternoon #BrentfordFC pic.twitter.com/HJXj1Zfah7

— Brentford FC (@BrentfordFC) February 14, 2022
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
#Christian Eriksen #Liga Perdana Inggeris #Brentford #serangan jantung