Memiliki ketinggian budi, berilmu pengetahuan dan sentiasa menunjukkan buah fikiran bernas dalam setiap titah perintah, Sultan Perak, Sultan Nazrin Shah sentiasa meletakkan ilmu dan buku sebagai harta yang amat bernilai dalam kehidupan baginda.
"Ilmu itu sangat luas dan akan sentiasa ada yang baru, hanya dengan mencintai ilmu dan buku membolehkan kita mengejar perkembangan dunia (keep up to date)...malah dengan membaca menjadikan kita bertambah pengetahuan seterusnya mampu membentuk etika diri yang hebat," titah baginda.
Sultan Nazrin Shah bertitah demikian semasa pertemuan santai bersama pemberita di sebuah perpustakaan peribadi milik baginda di Petaling Jaya semalam (22 April).
Perpustakaan peribadi itu dengan koleksi lebih kurang 30,000 buku merupakan hasil ilham baginda sendiri dan ia juga menjadi tempat kegemaran baginda dalam meluangkan masa lapangnya.
BUKU SENTIASA DI SANUBARI SULTAN NAZRIN
Sultan Nazrin Shah bertitah kecintaan terhadap buku merupakan nilai yang perlu ditanam dalam jiwa seseorang bermula sejak kecil sebagai benih ilmu pengetahuan.
"Setiap kali pergi keluar, perkara pertama yang saya cari adalah kedai buku, saya pernah membeli buku sehingga penuh sebuah troli, malah saya mampu habiskan sepanjang hari membaca buku, dari pagi hingga malam.
"Anak-anak saya juga menunjukkan minat yang sama, setiap malam sebelum tidur saya meluangkan masa membacakan buku kepada mereka, jika ada urusan di luar saya tetap cuba balik pada waktunya dan luangkan masa membaca bersama," titah baginda.
Baginda bertitah membaca dan mengumpul buku telah sebati dalam jiwa baginda sejak kecil lagi dan ini yang mendorong baginda merialisasikan sebuah perpustakaan bagi menempatkan koleksi bacaan baginda.
"Disebabkan buku saya terlalu banyak ia selalu bersepah di merata tempat, apabila saya perlukan sukar untuk dicari. Saya kata pada arkitek saya bukan mahukan perpustakaan dalam rumah tetapi rumah dalam perpustakaan (not a library in the house but a house in the library)..begitulah konsepnya," titah baginda.
PERPUSTAKAAN PERIBADI SULTAN NAZRIN
Perpustakaan peribadi Sultan Nazrin yang berkonsep moden kontemporari itu memuatkan koleksi buku pelbagai genre dan antara bacaan kegemaran baginda adalah buku ekonomi, falsafah, sejarah dan politik.
Baginda bertitah walaupun teknologi moden berkembang pesat dengan buku boleh dibaca atas skrin, buku mempunyai nilainya tersendiri dan merupakan pilihan terbaik untuk diberi sebagai hadiah.
"Mungkin saya old fashion, pada saya buku lebih mesra, boleh dipegang, boleh dibelek setiap helaian, boleh ditulis nota pada permukaannya...zaman sekarang ramai berminat membaca on screen namun pada saya buku lebih istimewa.
"Buku merupakan hadiah terbaik untuk disampaikan (Book is always the best gift) dan apabila saya merasakan sesebuah buku itu bagus kandungannya saya akan membelinya lebih daripada sebuah untuk dihadiahkan kepada orang lain," titah baginda.
Sultan Nazrin bertitah rakyat perlu sedar akan peranan sebuah buku dan kepentingan ilmu pengetahuan hendaklah terus disemai dalam diri seseorang dari awal lagi agar minat membaca itu sentiasa subur.
"Berusahalah mendisiplinkan diri untuk membaca beberapa jam setiap hari, lakukannya secara konsisten, pupuklah minat terhadap ilmu dengan cara yang menyeronokkan, gunakanlah apa sahaja medium bersesuaian asalkan tidak berhenti mencari ilmu," titah baginda.
Antara kegemaran lain Sultan Nazrin ialah, mengumpul manuskrip lama, lukisan daripada pelukis tempatan serta menulis, baginda juga berhasrat membuka sebuah galeri foto peribadi di Kuala Kangsar atau di Ipoh, Perak.
Bernama
Sat May 02 2015
Sultan Perak, Sultan Nazrin Shah sentiasa meletakkan ilmu dan buku sebagai harta yang amat bernilai dalam kehidupan baginda.
Piala ASEAN: Harimau Malaya bergelut raih kemenangan pertama
Skuad bimbingan Pau Marti Vicente bermula perlahan dikejutkan lawan pada separuh masa pertama apabila ketinggalan 1-2.
Tumpuan Khamis – 12 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Berbilion kes malaria berjaya dicegah pada abad ini - WHO
Sebanyak 17 negara kini secara rutin memberikan vaksin kepada kanak-kanak untuk mencegah malaria.
Pesakit di Hospital Indonesia di Gaza kelaparan
Kementerian Kesihatan Gaza berkata pada Selasa bahawa terdapat sekurang-kurangnya 60 pesakit dalam risiko tinggi.
Thailand ambil langkah komprehensif tangani cuaca buruk, dijangka melanda minggu ini
Jabatan Pengairan Diraja juga telah diarahkan membersihkan saluran air daripada rumpai dan halangan untuk mengelakkan banjir.
10 Berita Pilihan - (11 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
AWANI Tonight 11 Dec 2024
#AWANITonight with @Hafiz_Marzukhi
1. PSC proposes measures to tackle growing insurance costs
2. Malaysia on track to achieve high-income status by 2027, says Rafizi
#AWANIEnglish #AWANINews
1. PSC proposes measures to tackle growing insurance costs
2. Malaysia on track to achieve high-income status by 2027, says Rafizi
#AWANIEnglish #AWANINews
Johor, MOT wujudkan pasukan petugas khas bincang isu kesesakan, penyuraian trafik RTS
Pelbagai isu dan inisiatif dibincangkan dalam usaha mengurangkan kesesakan jalan raya khususnya di Johor Bahru dan Lembah Klang.
Lima anggota, pegawai polis tolak rasuah terima penghargaan KPN
Razarudin merakamkan ucapan tahniah kepada mereka kerana berpegang teguh dengan prinsip integriti ketika menjalankan tugas menjaga sempadan negara.
Libat urus telah diadakan sebelum putuskan tambah waktu bekerja jururawat - Dr Dzulkefly
Keputusan itu telah melalui beberapa pusingan libat urus termasuk dengan tujuh kesatuan sekerja termasuk persatuan jururawat.
PBAKL 2022: 1.24 juta pengunjung dicatatkan dalam tempoh 10 hari
Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL) 2022 yang berakhir hari ini, mencatatkan kunjungan seramai 1.24 juta pengunjung dalam tempoh 10 hari pesta buku itu diadakan.
Cubaan memperbetulkan sudut pandang tentang Rusia
Buku Senandika Cinta & Korona di Rusia tulisan bakal doktor, anak muda warga Malaysia, bermatlamat menukar sudut pandang tidak tepat tentang Rusia, Covid-19 dan cabaran jihad menimba ilmu di Rusia
Wanita UMNO gesa pihak berkuasa rampas buku Tommy Thomas
Wanita UMNO bahagian seluruh negara telah membuat laporan polis dan berharap tindakan segera dapat diambil berhubung perkara itu.
Dakwaan memfitnah: Polis panggil bekas Peguam Negara, Tommy Thomas
Polis Selangor membuka kertas siasatan terhadap bekas Peguam Negara, Tan Sri Tommy Thomas berhubung dakwaan memfitnah.
KLWBC 2020: 'Live Streaming' dan potensi penjualan buku cara baharu
Banyak perkara sedang berubah di media sosial terutama Facebook. Sekaligus mengubah landskap media sosial yang kini dipenuhi akaun perniagaan.
KLWBC 2020: Berhijrah ke platform digital
Pengalaman terbang ke sana-sini bersama ibunya membuatkan Tony berfikir: perlu wujud syarikat tambang murah bagi peniaga kecil seperti ibunya.
Siapa Cempaka Putih? Saksikan kesudahan SYOK Seram: 'Buku' malam ini
Drama ini mengisahkan seorang penyampai radio yang telah menerima sebuah buku pemberian wanita misteri bernama Cempaka Putih.
KLWBC2020: Muzik perpaduan Andy Flop Poppy
Andy sudah 25 tahun melalui kehidupan 'havoc' dalam dunia muzik sebagai bintang pop bersama band Flop Poppy.
KLWBC 2020: Mengenal Pyanhabib lelaki sunyi yang berani
Ketika muda dan mula menyerap populariti di dunia hiburan dan dikenali di bidang kesusasteraan - Pyanhabib sebenarnya lelaki sunyi.
KLWBC 2020: Apabila novelis menulis skrip
Menonton telefilem Pencipta Pegang Waktu (PPW) pada Jumaat, 31 Julai jam 10 malam terasa sentuhannya. Malah, melahirkan rasa kagum.