Pemimpin Barisan Nasional (BN) dan UMNO perlu melihat serta mencontohi corak pentadbiran kerajaan negeri Johor dalam memastikan kepesatan pembangunan yang selari dengan kemahuan rakyat.
Ketua Pemuda UMNO Bahagian Segamat, Bastien Onn berkata, ia seharusnya menjadi model contoh termasuk kepada kerajaan dan rakyat di Pulau Pinang serta Selangor.
"Mereka yang di luar Johor harus melihat bagaimana kerajaan negeri mentadbir negeri dengan penuh ketelusan.
"Saya menjemput rakyat terutamanya dari Pulau Pinang dan Selangor untuk datang melihat kepesatan pembangunan Johor bukan sahaja dari segi fizikal tetapi juga pemikirannya.
"Matlamat dalam kemajuan Johor menjadi landasan untuk kerajaan BN terus menjadi pilihan rakyat," katanya ketika menghubungi Astro AWANI di sini hari ini.
Bastien berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Pengerusi BN Johor, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin yang mengakui BN negeri masih mempunyai majoriti selesa untuk terus memerintah Johor walaupun selepas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jorak, Datuk Dr. Shahruddin Salleh menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM).
Tegas Mohamed Khaled, BN negeri juga melihat ini sebagai satu realiti politik yang harus diterima, namun tidak bermakna BN sebuah kerajaan yang lemah.
Dalam pada itu kata Bastien, majoriti selesa masih dimiliki BN di DUN dengan 37 daripada 56 kerusi.
"Sudah tentu UMNO Johor melihat perkembangan ini sebagai satu ancaman. Sudah dijangka
sebenarnya dan bersyukur kerana jangkaan itu terjadi lebih awal dan bukannya di saat akhir.
"UMNO Johor merangka untuk membendung dan menguatkan parti dan merampas lebih banyak kerusi pada Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang. Dengan pentadbiran cekap Menteri Besar Johor, kita yakin akan mengurangkan kerusi pembangkang.
"Sebenarnya pendekatan mesra rakyat yang sering menitikberatkan hal-rakyat rakyat yang kita amalkan selama ini tidak akan dapat ditandingi pembangkang," jelasnya.
Tegasnya, pembangkang selama ini hanya mampu beretorik selain melihat penyelesaian masalah harian dan keupayaan BN meringankan beban rakyat menjadi kunci kekuatan dalam pentadbiran.
Tambahnya, Bersih 5 juga tidak perlu datang ke Johor kerana rakyat negeri itu sendiri sudah mempunyai kesedaran yang tinggi untuk mempunyai pilihanraya yang bersih dan telus.
"Indeks kepuasan rakyat dapat dipertingkat dengan pendekataan yang dibuat. Ini dirasai sendiri dan kita melihat kecenderungan yang jelas dari sikap rakyat kepada kerajaan pimpinan BN di Johor.
"Ia juga merupakan impian setiap bangsa Johor untuk sebuah pilihanraya yg bersih. Kami yakin dengan pentadbiran kerajaan sedia ada dan akan terus mengekalkan BN demi kemakmuran rakyat," ujarnya.
Kata Bastien lagi, pemimpin di luar Johor harus melihat pentadbiran negeri itu yang meyakinkan rakyatnya untuk tidak berubah hati terhadap kepimpinan sedia ada.
"Ia bukan sahaja tentang pembangunan infrastruktur bola sepak yang dibangunkan Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim malah bagaimana menteri besar mentadbir urus kerajaan negeri.
"BN bertekad untuk mendapat lebih kerusi dengan semua faktor keselesaan yang terkandung di bumi Johor," jelasnya.
Wan Syamsul Amly
Sat Oct 08 2016
Pemimpin BN dan UMNO perlu melihat corak pentadbiran kerajaan negeri Johor dalam memastikan kepesatan pembangunan selari kemahuan rakyat
Tumpuan Sabtu – 14 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (13 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
IPT di negara ini sedia sepenuhnya kuasai AI
Institusi pendidikan tinggi (IPT) di negara ini sudah bersedia menguasai bidang kecerdasan buatan (AI) sepenuhnya.
MCMC peruntuk RM13.7 juta baik pulih wifi di tiga IPTA
Sebanyak RM13.7 juta telah diperuntuk bagi meningkatkan akses internet di tiga universiti awam iaitu Universiti Malaya, Universiti Sains Islam Malaysia dan Universiti Malaysia Perlis.
Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil berkata, ia merupakan langkah awal dalam menyelesaikan masalah liputan internet yang telah lama membelenggu institusi pengajian tinggi.
Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil berkata, ia merupakan langkah awal dalam menyelesaikan masalah liputan internet yang telah lama membelenggu institusi pengajian tinggi.
MAHB beri peruntukkan RM1.4 juta untuk bantu mangsa banjir
Menerusi kenyataan media oleh MAHB pada jumaat, setakat ini, usaha bantuan ditumpukan di kawasan sekitar tiga lapangan terbang iaitu Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim di Alor Setar, Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra di Kota Bharu dan Lapangan Terbang Sultan Mahmud di Kuala Terengganu.
Tujuh suspek kes curi kabel, cuba langgar polis ditahan
Tujuh suspek disyaki dalang kes curi kabel di Jalan Lang Hitam, dekat Manjalara, Kepong di sini pada 4 Disember lalu ditahan dalam beberapa siri serbuan sekitar Kuala Lumpur serta Selangor.
Kes Bayi Beku: Polis akan rakam keterangan pihak hospital terlibat
Polis akan memanggil pihak hospital yang terlibat untuk dirakam keterangan berhubung kejadian tular membabitkan jenazah bayi disimpan dalam peti sejuk mayat di Klang baru-baru ini.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 13 Disember 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Mohamed al-Bashir pimpin solat Jumaat pertama selepas kejatuhan Assad
Rakyat Syria berkumpul di Masjid Umayyad, Damaskus untuk menunaikan solat Jumaat pertama selepas kejatuhan kerajaan Bashar al-Assad.
Jangan ganggu dinamik hala tuju Johor - Bastien
Mana-mana pemimpin luar Johor diminta tidak membawa suara sumbang sekali gus menghasut rakyat di negeri itu dengan perkara di luar norma masyarakatnya selama ini.