KUALA LUMPUR: Dua kematian baharu akibat COVID-19 dilaporkan setakat tengah malam tadi.

Ini menjadikan jumlah keseluruhan kematian disebabkan pandemik berkenaan sebanyak 35,690, daripada 4.5 juta kes positif COVID-19 yang dikesan.

Menurut data KKM di portal COVIDNOW, satu daripada kes kematian berlaku di luar hospital atau 'brought-in-dead' (BID).

Sementara itu, terdapat pertambahan 1,330 kes baharu direkodkan dengan kes aktif COVID-19 seluruh negara ketika ini adalah 21,630 kes.

Daripada jumlah itu, 20,659 individu atau 95.5 peratus sedang menjalani kuarantin di rumah.

Seramai 924 pula dirawat di hospital dengan  22 pesakit ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU).