COVID-19: 1,358 kes baharu, dua kematian direkod

Astro Awani
Jun 6, 2022 00:00 MYT
Seramai 904 individu dirawat di hospital dengan 26 pesakit ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU). - Foto fail
KUALA LUMPUR: Dua kematian baharu akibat COVID-19 dilaporkan setakat tengah malam tadi.
Ini menjadikan jumlah keseluruhan kematian disebabkan pandemik berkenaan sebanyak 35,688, daripada 4.5 juta kes positif COVID-19 yang dikesan.
Menurut data KKM di portal COVIDNOW, satu daripada kes kematian berlaku di luar hospital atau 'brought-in-dead' (BID).
Sementara itu, terdapat pertambahan 1,358 kes baharu direkodkan dengan kes aktif COVID-19 seluruh negara ketika ini adalah 22,183 kes.
Daripada jumlah itu, 21,232 individu atau 95.7 peratus daripadanya sedang menjalani kuarantin di rumah.
Seramai 904 pula dirawat di hospital dengan 26 pesakit ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU).
#COVID-19 #kes kematian #COVIDNOW #kes positif