COVID-19: 1,544 kes baharu, dua kematian direkod

Astro Awani
Mei 24, 2022 01:30 MYT
Terdapat pertambahan 1,544 kes baharu direkodkan dengan kes aktif COVID-19 seluruh negara ketika ini adalah 25,148. - Foto fail
KUALA LUMPUR: Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) melaporkan dua kematian baharu setakat tengah malam tadi.
Ini menjadikan jumlah keseluruhan kematian disebabkan pandemik berkenaan sebanyak 35,645 kes, daripada 4.48 juta kes positif COVID-19 yang dikesan.
Menurut data KKM di portal COVIDNOW, tiada kes kematian berlaku di luar hospital atau 'brought-in-dead' (BID).
Sementara itu, terdapat pertambahan 1,544 kes baharu direkodkan dengan kes aktif COVID-19 seluruh negara ketika ini adalah 25,148.
Daripada jumlah itu, 24,009 individu atau 95.5 peratus daripadanya sedang menjalani kuarantin di rumah.
Seramai 1,078 pula dirawat di hospital dengan 39 pesakit ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU).
#COVID-19 #kes kematian #COVIDNOW #bid