COVID-19: 1,722 kes baharu, dua kematian dicatat

Astro Awani
Oktober 5, 2022 23:30 MYT
Kes aktif COVID-19 dalam negara kini berjumlah 23,038 manakala 22,011 pesakit sedang menjalani kuarantin di rumah. - Foto fail/BERNAMA
KUALA LUMPUR: Jangkitan baharu COVID-19 dalam negara pada Rabu naik ke 1,722 kes berbanding 1,483 kes pada hari sebelumnya.
Menurut data KKM di portal COVIDNOW, dua kes kematian dicatat semalam di mana kedua-dua kes tersebut berlaku di luar fasiliti kesihatan atau 'brought-in-dead' (BID).
Sementara itu, kes aktif COVID-19 dalam negara kini berjumlah 23,038 manakala 22,011 pesakit sedang menjalani kuarantin di rumah.
Dilaporkan 979 kes dirawat di hospital dengan 26 pesakit memerlukan alat bantuan pernafasan.
Negara juga mencatatkan 1,639 kes sembuh.
#COVID-19 #kes positif #kes kematian #COVIDNOW