COVID-19: 1,924 kes baharu, 12 kematian direkodkan

Astro Awani
Februari 25, 2021 10:49 MYT
Kes sembuh pula direkodkan sebanyak 3,752 kes menjadikan jumlah keseluruhan sembuh adalah sebanyak 263,761 kes. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Sebanyak 1,924 kes positif baharu COVID-19 dilaporkan setakat 12 tengah hari Khamis, menjadikan jumlah kumulatif positif adalah sebanyak 293,698 kes.
Daripada jumlah tersebut, sebanyak 1,918 adalah kes tempatan manakala enam kes merupakan kes import.
Selangor merupakan negeri yang mencacatkan jumlah kes positif bahari paling tinggi dengan 666 kes diikuti Johor (257), Sarawak (219) dan Kuala Lumpur (218).
Sebanyak 12 kes kematian direkodkan menjadikan jumlah kumulatif adalah sebanyak 1,100 kes.
Kes sembuh pula direkodkan sebanyak 3,752 kes menjadikan jumlah keseluruhan sembuh adalah sebanyak 263,761 kes.
Jumlah kes aktif adalah sebanyak 28,837 kes dengan 205 menerima rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) dan 92 diberikan bantuan alat pernafasan.
Berikut adalah jumlah kes positif baharu COVID-19 mengikut negeri:
Selangor: 666
Johor: 257
Sarawak: 219
Kuala Lumpur: 218
Pulau Pinang: 162
Perak: 120
Sabah: 93
Negeri Sembilan: 62
Kelantan: 44
Kedah: 29
Melaka: 22
Pahang: 19
Terengganu: 6
Labuan: 4
Putrajaya: 2
Perlis: 1
#COVID-19 #kes positif #jumlah kematian #Sembuh #unit rawatan rapi #KKM