Seorang lagi rakyat Malaysia meninggal dunia akibat COVID-19, menjadikan jumlah kumulatif kematian adalah sebanyak 63, atau 1.6 peratus daripada jumlah keseluruhan kes, kata Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah.
Menurut beliau,mangsa merupakan seorang lelaki berusia 71 tahun, dan pernah mempunyai sejarah menghadiri perhimpunan keagamaan di Sulawesi, Indonesia, dari 17 hingga 24 Mac lalu.
“Beliau telah dirawat di Hospital Enche’ Besar Hjh Kalsom, Johor pada 5 April 2020 dan disahkan meninggal dunia pada 6 April, 2020, jam 11.00 malam,” kata Dr Noor Hisham dalam sidang media harian, di sini pada Selasa.
Sementara itu, Dr Noor Hisham berkata, sehingga pukul 12 tengah hari Selasa, terdapat 170 kes baharu yang telah dilaporkan.
“Ini menjadikan jumlah kes positif COVID-19 di Malaysia adalah sebanyak 3,963 kes. Sehingga kini, seramai 92 kes positif COVID-19 sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU). Daripada jumlah tersebut, 50 kes memerlukan bantuan pernafasan,” katanya lagi.
Dr Noor Hisham berkata, terdapat 80 kes yang telah pulih dan dibenarkan discaj pada hari ini.
“Ini menjadikan jumlah kumulatif kes yang telah pulih sepenuhnya dari COVID-19 dan telah discaj daripada wad adalah sebanyak 1,321 kes (33.33 peratus daripada jumlah keseluruhan kes),” katanya lagi.
Firdaus Azil
Tue Apr 07 2020
Dr Noor Hisham berkata, sehingga 12 tengah hari Selasa, terdapat 170 kes baharu yang telah dilaporkan, menjadikan jumlah kes sebanyak 3,963.
AWANI Ringkas: Beras dibuang sebab telah rosak, tidak selamat
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
[INFOGRAFIK] Letusan Gunung Ruang
Berikut adalah info berkenaan dengan letusan Gunung Ruang di Wilayah Sulawesi Utara.
Kanak-kanak perempuan 8 tahun cedera dipercayai jadi mangsa buli anak jiran
Polis mengesahkan menerima laporan kejadian kanak-kanak berusia lapan tahun, dipercayai menjadi mangsa buli anak jiran di Hulu Langat, di sini baru-baru ini.
Perang Iran-Israel, kesan kepada geopolitik Asia Barat
Penasihat Kehormat, Humanitarian Care Malaysia (MyCARE), Prof Madya Dr Hafidzi Mohd Noor memberikan analisis semasa mengenai perang Iran dan Israel serta kesannya kepada geopolitik di Asia Barat.
Colombia bergelut masalah air, takungan negara kering
Rakyat di seluruh Colombia bergelut dengan catuan air apabila takungan di negara itu kering.
Menurut National Interconnected System XM, takungan di Colombia telah jatuh mendadak kepada paras di bawah 28.75% daripada kapasitinya.
Menurut National Interconnected System XM, takungan di Colombia telah jatuh mendadak kepada paras di bawah 28.75% daripada kapasitinya.
Ketua tentera Kenya maut dalam nahas helikopter
Ketua tentera Kenya, Francis Ogolla, meninggal dunia dalam nahas helikopter di bahagian barat negara itu pada Khamis.
Perkara itu diumumkan Presiden Kenya, William Ruto dalam ucapan yang disiarkan di televisyen.
Perkara itu diumumkan Presiden Kenya, William Ruto dalam ucapan yang disiarkan di televisyen.
Jangan panik berita palsu tsunami di Sulawesi - BASARNAS
Susulan amaran tsunami yang dikeluarkan Badan Geologi Kementerian Tenaga dan Sumber Daya Mineral Indonesia di Sulawesi akibat letusan Gunung Ruang.
Pegawai Komunikasi Badan Nasional Pencarian dan Pertolongan (BASARNAS) Manado, Feri Ariyanto menasihatkan kepada penduduk Indonesia dan negara sekitar supaya tidak panik dengan berita palsu di media sosial.
Pegawai Komunikasi Badan Nasional Pencarian dan Pertolongan (BASARNAS) Manado, Feri Ariyanto menasihatkan kepada penduduk Indonesia dan negara sekitar supaya tidak panik dengan berita palsu di media sosial.
Ruang udara Sulawesi merbahaya, buat penerbangan dan manusia
Penutupan lapangan terbang dan ruang udara bagi penerbangan komersial di Sulawesi dan kawasan terjejas adalah berpandukan kepada arahan pihak berkuasa Indonesia.
Justeru Pegawai Komunikasi Badan Nasional Pencarian dan Pertolongan (BASARNAS) Manado, menasihatkan orang ramai patuh kepada arahan, kerana abu volkano yang terlepas di udara adalah merbahaya, terutamanya hubungan secara terus kepada manusia.
Justeru Pegawai Komunikasi Badan Nasional Pencarian dan Pertolongan (BASARNAS) Manado, menasihatkan orang ramai patuh kepada arahan, kerana abu volkano yang terlepas di udara adalah merbahaya, terutamanya hubungan secara terus kepada manusia.
Polis tumpas sindiket bekal sistem rekod, kira wang kepada pusat panggilan
Polis menumpaskan sindiket membekalkan sistem rekod dan mengira wang kepada pusat panggilan bagi menjalankan penipuan dalam talian yang menumpukan kepada warga China.
Malaysia kecewa AS veto, halang PBB iktiraf negara Palestin
Malaysia melahirkan kebimbangan dan kekecewaan susulan tindakan Amerika Syarikat menggunakan veto untuk menghalang Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNSC) daripada mengiktiraf Palestin sebagai ahli penuh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) walaupun seruan jelas oleh majoriti ahli PBB.
Hamilton optimis kedudukan lebih baik di GP China
Lewis Hamilton melihat potensi kedudukan yang lebih baik dalam saingan Grand Prix yang kembali ke China buat pertama kali dalam tempoh lima tahun, hujung minggu ini.
'Selfish!' - Fasha Sandha sedih raya di Perlis tak jadi gara-gara dijangkiti COVID-19
Fasha berkata dia mula melakukan pemeriksaan COVID-19 selepas berasa tidak sihat badan dan mengalami bersin tidak henti sejak Raya pertama.
Kes COVID-19 catat penurunan ketara pada ME 14/2024 - KKM
Jumlah kes COVID-19 menurun 97.1 peratus kepada 493 kes pada Minggu Epidemiologi ke-14 (ME 14/2024) iaitu bagi tempoh 31 Mac hingga 6 April lepas berbanding 17,256 kes pada ME 1/2024.
China jadikan pengalaman pencegahan COVID-19 untuk hadapi pandemik masa depan
China akan menjadikan pengalaman dalam pencegahan dan kawalan COVID-19 untuk membuat persediaan yang lebih proaktif untuk menghadapi pandemik masa depan seperti "Penyakit X".
Negara berdepan ketirisan subsidi diesel serius - Amir Hamzah
Negara kini sedang berdepan isu ketirisan subsidi diesel yang serius dan wujud kemungkinan terdapat pihak yang tidak layak masih menikmati subsidi itu, kata Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah.
Kematian akibat kemalangan jalan raya lebih tinggi daripada COVID-19 - Anthony Loke
PDRM akan mengeluarkan data mengenai kemalangan jalan raya pada setiap hari, bukan setahun sekali seperti diamalkan sebelum ini.
Ismail Sabri ziarah lapan beradik yatim piatu akibat COVID-19
Ismail Sabri tiba kira-kira jam 2 petang di kediaman lapan beradik itu di Taman Adenium, Bukit Beruntung pada Selasa.
Teori konspirasi 'Penyakit X'
Ahli teori konspirasi AS sekali lagi membuat 'keuntungan' selepas PBB memberi amaran tentang wabak lebih berbahaya iaitu 'Penyakit X'.
Reformasi dasar, kukuhkan perlindungan, produktiviti pekerja tidak formal
Reformasi dasar perlu dilakukan dalam usaha meningkatkan perlindungan dan produktiviti pekerja tidak formal di Malaysia.
Lebuh raya perlu ada sistem pemberitahuan Smart Lane lebih berkesan - Ahmad Maslan
Semua lebuh raya perlu mewujudkan satu sistem pemberitahuan Smart Lane yang lebih berkesan, bagi mengurangkan kesesakan lalu lintas khususnya ketika cuti perayaan.