COVID-19: 10 lagi kluster dikenal pasti, 6 babit tempat kerja

Astro Awani
April 7, 2021 12:16 MYT
Sebanyak 10 kluster baharu dilaporkan hari ini. - Bernama
KUALA LUMPUR: Sebanyak 10 kluster baharu dilaporkan hari ini membabitkan negeri Selangor, Pulau Pinang, Johor dan Sarawak.
Berikut adalah perinciannya.
Kluster Jalan Simpang Balak
Kluster ini dikenal pasti hasil saringan bersasar di tempat kerja melibatkan pekerja-pekerja sebuah kilang yang terletak di Jalan Simpang Balak, Kajang, Hulu Langat.
Jumlah kes: 20
Kluster Jalan Keretapi
Kluster ini dikenal pasti hasil saringan bersasar di tempat kerja melibatkan pekerja-pekerja sebuah kilang yang terletak di Jalan Keretapi Lama, Kapar, Klang.
Jumlah kes: 81
Kluster Jalan Padang Benggali
Kluster ini dikenal pasti hasil saringan bersasar di tempat kerja melibatkan pekerja-pekerja sebuah kilang yang terletak di Jalan Padang Benggali, Teluk Air Tawar, Seberang Perai Utara.
Jumlah kes: 42
Kluster Sungai Kluang Empat
Kluster ini dikenal pasti hasil saringan bersasar di tempat kerja melibatkan pekerja-pekerja sebuah kilang yang terletak di Hilir Sungai Kluang 4, Zon Perindustrian Bebas Bayan Lepas, Barat Daya.
Jumlah kes: 33
Kluster Persiaran Indahpura Utama
Kluster ini melibatkan pekerja-pekerja sebuah syarikat perkhidmatan yang terletak di Persiaran Indahpura Utama, Kulai.
Jumlah kes: 11
Kluster Jalan Persiaran Putri
Kluster ini melibatkan sebuah majlis sosial yang telah diadakan pada 28 Mac 2021.
Jumlah kes: 15
Kluster Highline
Kluster ini melibatkan kru-kru sebuah kapal yang berlabuh di Perairan Pengerang, Kota Tinggi.
Jumlah kes: 5
Kluster Tembok Choh Dua
Kluster ini melibatkan sebuah pusat tahanan yang terletak di Jalan Ulu Choh, Pontian.
Jumlah kes: 10
Kluster Sungai Kawi
Kes indeks bagi kluster ini merupakan lelaki warganegara Malaysia berusia 30 tahun dari Sungai Kawi, Meradong, Sarawak.
Jumlah kes: 127
Kluster Jalan Bangunan Kerajaan
Kluster ini melibatkan kakitangan sebuah pusat pentadbiran awam yang terletak di Jalan Bangunan Kerajaan, Beluru.
Jumlah kes: 37
#kluster #COVID-19 #Seberang Perai #Kluang #Kulai #Kajang #Klang #Selangor #Sarawak #Johor