KUALA LUMPUR: Sejumlah 11,889 jangkitan baharu COVID-19 dilaporkan dalam tempoh 24 jam yang lalu.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata ia menjadikan kumulatif kes COVID-19 di negara setakat ini adalah 2,257,584 kes.

Sarawak masih merekodkan jangkitan kes tertinggi dengan 2,413 kes.

Selangor dan Johor merupakan negeri yang merekodkan kes melebihi 1,000 kes iaitu masing-masing 1,568 dan 1,217 kes.

Sementara itu, dalam kenyataan media hariannya. Dr Noor Hisham berkata sejumlah 15,891 kes sembuh dilaporkan.

"Daripada 11,889 kes harian yang dilaporkan pada hari ini, 179 kes (1.5 peratus) adalah kategori 3, 4, dan 5; dan 11,710 kes (98.5 peratus) lagi adalah terdiri daripada kategori 1 dan 2," katanya.

Dalam pada itu, kes kini dirawat di unit rawatan rapi (ICU) adalah 904 kes manakala 492 kes memerlukan alat bantuan pernafasan.

Berikut senarai penuh pecahan jangkitan baharu kes COVID-19:

Sarawak - 2,413 (212,037)
Selangor - 1,568 (679,230)
Johor - 1,217 (197,062)
Perak - 959 (103,188)
Sabah - 872 (198,845)
Kelantan - 858 (116,166)
Pahang - 831 (65,548)
Pulau Pinang - 779 (130,988)
Kedah - 710 (135,545)
Terengganu - 699 (56,344)
Melaka - 378 (58,723)
Kuala Lumpur - 289 (186,349)
Negeri Sembilan - 197 (97,441)
Perlis - 81 (3,973)
Putrajaya - 36 (6,180)
Labuan - 2 (9,965)